Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, July 10, 2011

Panasss..!!! Siapa kata perhimpunan aman tak payah permit?


Ramai puak-puak Pakatan Haram yang merungut dengan tindakan yang diambil Unit Tindakan Khas atau lebih dikenali sebagai FRU terhadap mereka pada perhimpunan Bershit 2.0, semalam. Menurut mereka, itu adalah hak mereka untuk berhimpun secara aman sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang di bawah artikel 10 Perlembagaan Negara.

Baiklah, saya berikan di sini “artikel 10″ yang mereka katakan itu.
Artikel 10.

Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

(1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);

(a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

(b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;

(c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.

(2) Parlimen boleh dengan undang – undang menggunakan:

(a) Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

(b) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

Memang jelas artikel di atas memberikan kebebasan untuk berhimpun secara aman. Memang benar. Tapi, mengapa puak-puak Pakatan Haram ini hanya melaungkan mengenai perkara 1(b) saja? Sedangkan artikel 10 itu tidak terhenti di situ, ada lagi sambungannya!

Cuba lihat perkara 2(a), 2(b), 2(c) dan perkara 4, mengapa perkara-perkara ini tidak dilaungkan sekali bahawa mereka wajar disekat dari sebarang perhimpunan, sama ada aman atau pun tidak? Nampak sangat puak-puak Pakatan Haram ini hanya melaungkan hak mereka untuk berhimpun, tapi menafikan hak-hak yang lebih banyak kepada pihak berkuasa untuk menyekat perhimpunan yang menyusahkan rakyat semalam!

DYMM Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Negara sudah bertitah supaya tidak menghuru-harakan negara dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan menitahkan agar mereka berhimpun di stadium. Tapi mereka sengaja seolah mempermain-mainkan titah Baginda Tuanku dengan melakukan demonstrasi jalanan menuju ke Stadium Merdeka pula! Elok mereka-mereka ini dibuang negara saja…

Selain itu, pihak berkuasa tidak mengeluarkan permit kepada mana-mana pihak untuk berhimpun pada 9 Julai, semalam. Sama ada aman atau tidak, pihak berkuasa menggunakan segala peruntukan yang ada untuk menolak semua permohonan tersebut, apatah lagi polis menemui pelbagai jenis bahan letupan dan molotov cocktail. Atas dasar keselamatan dan ketenteraman awam, polis berhak untuk menolak permohonan mereka.

Oleh itu, sama ada mereka mengadakan perhimpunan secara aman atau tidak, semalam, perhimpunan mereka itu tidak sah dan haram di sisi undang-undang. Apa yang mereka enggan atau tidak faham ialah setiap perhimpunan beramai-ramai di tempat awam, mestilah memiliki permit dari pihak berkuasa dahulu. Perkara pokoknya ialah PERMIT!

Apakah mereka fikir memandangkan mereka mengadakan perhimpunan secara aman maka mereka tidak perlu permit dari pihak berkuasa? Kepalao hotak mereka! Logik akal pun boleh fikir..! Sekiranya anda memohon permit untuk berhimpun secara ganas, apakah pihak berkuasa akan meluluskan permohonan itu? Sudah tentu mereka akan memohon diadakan perhimpunan secara aman! Budak kecil pun tahu fikir benda ni…

Tapi, memandangkan perhimpunan Bershit pada 2007, fahaman komunis yang menular dalam unsur-unsur perhimpunan itu, ditambah lagi dengan penemuan bahan-bahan letupan bersama beberapa helai T-shirt Bershit, apakah yang anda jangkakan? Jika anda seorang Ketua Polis Negara, apa tindakan anda? Mahukah anda meluluskan permohonan permit mereka? Takkan itu pun tak boleh fikir?

Bila tidak diberi permit, maka jadilah perhimpunan tersebut sebagai berstattus HARAM. Haram di sudut perundangan. Sebagai pihak yang mendaulatkan undang-undang negara, pihak polis wajib mencegah perkara yang memungkinkan undang-undang negara itu dicabul. Itu tugas hakiki mereka!

Oleh itu, tidak salahlah sekiranya PDRM meminta mereka bersurai secara baik. Namun, oleh kerana mereka tetap berdegil, maka tidak ada pilihan bagi polis untuk menggunakan cara kekerasan. Inilah yang puak-puak Pakatan Haram itu andaikan sebagai “provokasi pihak polis”. SUARAM pula mengandaikannya sebagai “intimidasi pihak polis”. Padahal, tindakan polis itu adalah menjadi tugas dan hak mereka sebagai pihak berkuasa!

Tak payahlah SUARAM cakap banyak. Sekiranya ribuan rakyat Malaysia berkumpul, berhimpun, menyalak-nyalak ibu pejabat SUARAM, apa yang SUARAM nak buat? Mampukah SUARAM memenuhi permintaan mereka yang karut marut itu? Apa SUARAM nak buat kalau mereka nak SUARAM ditutup dan dibubarkan? Apa SUARAM nak buat kalau mereka nak bakar pejabat SUARAM? Itu kehendak rakyat jugak! Apa SUARAM nak buat? Mahu tak mahu, polis jugalah yang SUARAM panggil untuk kawal keadaan dan minta mereka bersurai, bukan???

Saya faham, tidak ramai antara kita yang tahu serba sedikit mengenai undang-undang. Sama lah seperti saya. Namun, jika tidak tahu, usahlah terima bulat-bulat saja apa yang didendangkan kepada kita. Hasilnya, kita juga yang merana nanti. Buktinya, semalam lebih seribu ditahan polis, ramai menerima libasan cota, lebam sana bengkak sini, pedih biji mata, kulit gatal-gatal dan kena tahan telinga di tengking FRU (cakap lembut-lembut mereka nak dengar ke?)..!!!

Justeru itu, saya harap mereka-mereka yang tertipu semalam supaya lekas sedar bahawa kamu semua telah diperalatkan oleh Anwar, Mat Sabu, DAP dan konco-konconya demi kepentingan politik mereka. Hasilnya, kamu yang merana. Rasa nak marah pada mereka? Tak payah marah sangat, kamu juga yang bersalah kerana mengikut membuta tuli. Terjemahkan kemarahan dan kesedaran anda semua di peti undi nanti. Itu saja yang terbaik buat masa ini…


Sumber: myKMU.net

1 comment:

Anonymous said...

bila otak dh letak kt lutut mcm 2 lah. jgn disebabkan fahaman politik yg berbeza kita gadaikan masa depan anak2 kita.... mereka pn mahukan keamanan di masa akan datang,usah memperjudikan masa depan negara & bangsa.... -deep driving team-

Bila Kak Su Bersuara... Heh!