Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, July 16, 2011

Panasss..!!! Rakyat Malaysia lebih tahu tipu Anwar berbanding orang luar..!!!

Gambar ini jelas menunjukkan agenda politik di sebalik bayangan Bershit..!!! Khuakkhh Ptuihhh..!!!

Dunia arab sebenarnya sangat mengagumi Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh kerana kemajuan, kestabilan dan juga pemimpin negara berjaya memerintah Malaysia dengan Adil dan saksama. Walaupun Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum serta agama, pemimpin Islam negara berjaya menjadikan Malaysia sebagai antara negara paling membangun di rantau Asia.

Rakyat di negara-negara Arab khususnya Mesir sering berharap mereka dianugerahkan pemimpin Islam seperti yang ada di Malaysia. Tun Mahathir adalah diantara pemimpin yang paling mereka sanjungi dan pemimpin yang paling mereka kagumi diatas kejayaan beliau mengemudikan Malaysia menjadi negara Islam yang paling membangun.

Tetapi, hari ini rakyat Mesir disajikan dengan berita kurang baik tentang Malaysia. Semuanya gara-gara seorang pengkhianat negara yang bernama Anwar Ibrahim. Mesir yang baru dilanda angin perubahan revolusi 25 Januari telah dikejutkan dengan perhimpunan haram BERSIH yang dikatakan mahu menggulingkan kerajaan Malaysia pimpinan DS Najib Tun Razak.

Semua akhbar-akhbar utama Mesir seperti AL AHRAM dan MISR EL YOUM telah menyiarkan berita tentang tunjuk perasaan BERSIH yang kononnya mahu menuntut pilihanraya yang lebih adil dan telus. Gambar-gambar penangkapan peserta perhimpunan Haram tersebut telah digembar-gemburkan sebagai kekejaman pihak berkuasa negara didalam menangani kehendak rakyat.

Bagi mereka yang tak tahu apa-apa tentang suasana sebenar politik Malaysia, pastinya ini akan menimbulkan rasa tak puas hati mereka terhadap kepimpinan kerajaan. Dan bagi yang cintakan negara, perkara ini sudah tentu menjadi sesuatu yang amat memalukan kerana ia bukan menggambarkan keadaan yang sebenar.

Disebalik semua kekalutan ini, pasti ada seseorang yang sedang tersenyum puas dengan apa yang berlaku. Dia tentunya si pengkhianat negara dan bangsa, Anwar Ibrahim. Anwar tentu sangat gembira apabila dunia sedang mengutuk Malaysia dan mengeji pentadbiran DS Najib. Matlamatnya untuk memburukkan DS Najib di mata luar tenyata telah berjaya.

Kini terbukti, perhimpunan haram BERSIH 2.0 adalah satu muslihat Anwar Ibrahim dan pembangkang di Malaysia untuk menjatuhkan imej negara di mata dunia. Anwar mahu dunia khususnya Barat melihat pentadbiran DS Najib adalah setaraf dengan Libya, Tunisia, Mesir dan juga negara-negara Arab yang sedang bergolak.

Dalam pada itu, percayalah bahawa keyakinan rakyat Malaysia terhadap kerajaan pimpinan DS Najib kini semakin meningkat selepas usaha kerajaan yang berjaya mengekang perhimpunan haram tersebut. BERSIH 2.0 telah berjaya dileraikan didalam tempoh yang singkat serta setiap pesertanya berjaya ditangani dengan baik oleh pihak berkuasa. Rakyat didalam Malaysia nampak hakikat ini.

Kita sebenarnya tak perlukan penghakiman dari masyarakat luar kerana yang paling penting ialah perspektif rakyat didalam negara sendiri terhadap keupayaan kerajaan menjaga ketenteraman awam. Penghakiman dan penilaian sebenarnya dibuat oleh rakyat Malaysia, bukannya rakyat di UK ataupun di Australia.

Rakyat Malaysia sendiri sedia maklum sama ada pilihanraya di negara ini adil ataupun tidak. Anwar dan Pakatan lupa bahawa selama ini rakyat Malaysia lah yang membuang undi di setiap pilihanraya, bukannya rakyat Mesir atau Libya.

Dan apabila Anwar serta pembangkang memperlekehkan keputusan majoriti rakyat yang memilih kerajaan sedia ada dengan menganjurkan perhimpunan Haram BERSIH 2.0, ia secara langsung telah memburukkan imej Anwar dan Pakatan sendiri di mata majoriti rakyat di negara ini. Inilah yang dikatakan senjata makan tuan.

Mungkin Anwar berjaya memburukkan Malaysia dan imej DS Najib di mata dunia luar, tetapi Anwar tak berjaya membodohkan rakyat Malaysia keseluruhannya. Dan andainya benarlah seperti kata Anwar yang puluhan ribu rakyat turun ke perhimpunan BERSIH 2.0.., apakah ia mewakili 27 juta rakyat Malaysia untuk membenci pentadbiran DS Najib?

Bodoh lah Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan kalau itulah yang mereka fikirkan. Realiti selalunya takkan sama dengan fantasi. Angan-angan takkan sama seperti dunia nyata. Apa yang Anwar ada sekarang ini hanyalah fantasi dan angan-angan sahaja untuk takluk Malaysia. Realitinya DS Najib lah yang menjadi ketua negara Malaysia didunia nyata. Itu saja yang kita semua perlu tahu.

Sumber: klik sini

2 comments:

usin said...

habis tu nk marah sapa? BUKAN KE SEPATUTNYA KITA MAKI HAMUN MENTERI DI KDN. APA YG DIA BUAT & APA YG DIA TAK BERANI BUAT? SUSAH SGT KE NAK ARAHKAN SUPAYA PASSPORT ANWAR DITAHAN? ADA BANYAK SEBAB & ALASAN UNTUK BERBUAT DEMIKIAN. SEBAB ANWAR SEDANG MENGHADAPI KES JENAYAH SEKSUAL. DLM MASA YG SAMA DIA SEDANG BERUSAHA DI PERINGKAT ANTARABANGSA MEMBURUK2KAN NEGARA SENDIRI UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SENDIRI. HISYAMUDDIN, JGN MALUKAN DATUK DAN AYAHMU DGN KELEMAHANMU... KALAU TAK BERANI, LETAK JE JAWATAN KAMU TU. KERANA SIKAP PENAKUTMU ITU, HABIS ROSAK REPUTASI MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSA...

anti bohmau said...

AKU SANGAT2 YAKIN, BERSHIT HANYALAH, KATA ORANG PUTIH, "A STORM IN BERSHIT CUP!!" SETAKAT NI IMPAKNYA SGT ELEEEEHH..SIOT!!

MUNGKIN DUNIA LUAR BOLEH LIHAT HANYA SUATU HARI ITU SHJ DEMO BERLAKU. LEPAS TU KUALA LUMPUR SENYAP!!!! KEMBALI SPT BIASA...

BERBANDING DGN DEMO DI NEGARA2 LAIN, BERHARI2, BERMINGGU2 BERSILIH GANTI KRN KETIDAKCEKAPAN PIHAK BERKUASA MRK MENANGANI KEADAAN.

AKU SUKA LA JUGAK KRN PENDEKATAN YG KERAJAAN AMBIL MENGHALANG DEMO MEREBAK KE SEBAHAGIAN BESAR BANDARAYA BERJAYA. DEMO HANYA SUAM2 KUKU LEPAS SEKERAT HARI...

KERAJAAN MASIH BAGI PELUANG KPD MAHKAMAH UTK MENGHUKUM NWAR...NAK BUKTIKAN KPD MRK YG MENCEMUH KERAJAAN SUPAYA SEDAR YG SEBENARNYA KERAJAAN SGT ADIL & BAIK DGN MEMBENARKAN PENJAHAT NWAR NI BEBAS KE SANA KE MARI BAGI MENJALANKAN AKTIVITINYA MEMBURUK2KAN KERAJAAN, BANGSA & AGAMANYA SENDIRI KRN AKHIRNYA PEKONGNYA SENDIRI AKAN TERSERLAH!! KITA BOLEH KUMPUL BANYAK2 APA DIA KATA, BUAT & TUDUH SEMUA PIHAK LAIN & LEPAS TU KITA GUNAKAN UTK JERAT LEHERNYA KEMBALI!

TUDUHAN NWAR & PENCACAI2NYA BAHAWA KERAJAAN ZALIM, KERAJAAN KUKU BESI, KERAJAAN THOGHUT & KEJAM ADALAH TIDAK BERASAS BILA DIA DILIHAT TIDAK PERNAH DIHALANG, DILARANG MAHUPUN DIKURUNG WALAUPUN MENJADI ORANG YG DITUDUH. BUDAK TADIKA PUN BOLEH NAMPAK BETAPA AUTANYA NWAR JIKA DIA KATA KERAJAAN ZALIM PADA DIA. ANAK AKU DARJAH 2 PUN TAU KATA "PANDAILA NUAT BERLAKON!!" HA! HA!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!