Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, July 13, 2011

Panasss..!!! Desak SUHAKAM bubar..!!! Bela penderhaka titah YDP Agong.!!!


Plot drama yang sama setiap kali adanya perhimpunan haram. Pertama soal hak berhimpun dalam perlembagaan, kedua soal keganasan polis, ketiga penglibatan SUHAKAM sebagai badan membela hak asasi manusia (kononnya).

Tajuk dan pokok utama ialah perhimpunan Bersih itu adalah perhimpunan haram, takdak permit dan kebenaran berhimpun. Ya, hak berhimpun dalam perlembagaan memang ada disebut tapi kenalah disusuli dengan undang-undang, peraturan dan sebagainya.

Umpamanya beginilah, anak-anak warganegara Malaysia yang lahir disini automatik jadi rakyat Malaysia, kalau ikut perlembagaan, tapi kalau mak bapaknya tidak daftarkan kelahiran dan bayi tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara sampai ke sudah, siapa pun boleh mempertikaikan hak kewarganegaraan itu.

Contoh itu menunjukkan perbezaan/kaitan antara perlembagaan, undang-undang dan peraturan disebut dalam baris yang sama.

So disini yang kita nak pertikaikan peranan SUHAKAM. Dalam nak membela hak asasi manusia, SUHAKAM hanya nampak apa yang salah(?) dilakukan polis, terlupalah dia yang paling bersalah ialah peserta perhimpunan haram tersebut sebab kalau depa tak berhimpun, polis pun tidak akan bertindak.

Sementara tuduhan atas kesalahan yang dikaitkan dengan polis itu masih lagi samar-samar kebenarannya, perusuh dan pendemonstrasi Bersih 2 ini sudah jelas melanggar undang-undang.

Tak payah suluh-suluh lagi dah, memang dah jelas salah. Jadi kenapa SUHAKAM bela mereka ni semua juga?

SUHAKAM dengan PAS (dulu) kalau diteliti betul-betul memang tidak ada perbezaan sangat dari segi cakap separuh benar. Yang berbeza SUHAKAM putar belit dari segi undang-undang, PAS putar belit al-Quran dan hadis.

Penulis rasa tak perlu ulas putar belit PAS dalam soal al-Quran itu sebab PAS pun sudah tidak lagi memperjuangkan Islam, sebaliknya negara berkebajikan.

Kenapa SUHAKAM senyap soal keperluan memohon permit untuk berhimpun dibawah undang-undang dan membela pesalah undang-undang yang bukan setakat menganjurkan perhimpunan haram, malah majoriti pemimpin mereka melanggar perintah mahkamah supaya tidak berada di Kuala Lumpur? Semua ini jelas melanggar undang-undang.

Dan apabila setiap kali undang-undang dilanggar, tentulah pihak polis sebagai badan penguatkuasa perlu melaksanakan tugas mereka atau rakyat akan mempersoalkan polis balik.

Polis bukan manusia ke? Apa pendapat SUHAKAM tentang hak asasi manusia polis pula?

Bagaimana pulak hak asasi rakyat yang mahu hidup aman damai dan tidak diganggu dengan kekecohan yang dicetus para pendemonstrasi haram? Tidakkah SUHAKAM mahu mengambil kira soal ini sekali?

Tidak cukup dengan Majlis Peguam yang bertindak sebagai badan berpihak dalam menghalang polis menjalankan tugas, SUHAKAM pula mahu menjadi badan kedua yang bertindak sama?

Sebagai badan yang ditubuhkan kerajaan BN, dibayar gaji, elaun dan apa segala kemudahan yang perlu, SUHAKAM secara undang-undangnya melapur kepada DYMM Yang Dipertuan Agung. Pendirian SPB yang tidak bersetuju dalam soal perhimpunan haram ini jelas, berdasarkan titah khas baginda pada 3hb Julai 2011, peliknya SUHAKAM pula mengambil pendirian mahu membela pelaku perhimpunan haram ini!!

Jika inilah peranan SUHAKAM – membela pesalah undang-undang, penulis cadang dibubarkan terus sahaja badan ini. Orang-orang pencen yang menganggotai badan ini perlu dibiarkan gemuk dengan pencen yang diterima sajalah, tak perlu lagi ditambah kegemukkan itu dengan elaun SUHAKAM pula.

Sejarahnya juga SUHAKAM ini tidak punya wibawa untuk mengendalikan isu-isu hak asasi manusia di Malaysia. Pada satu ketika, bekas menteri yang mengarah tindakan tembak ke atas 14 pengganas PAS di Memali juga pernah mengetuai SUHAKAM. Apa cerita?

Sekarang pun orang yang mempe’kerusi’kan SUHAKAM duduk berpuluh tahun di luar negara sebagai diplomat atas wang rakyat, apa yang dia tau soal kepentingan keselamatan dalam negara? Dah balik ke negara ini, kereta pun ada pemandu yang bawa, barang dapur rumah pun ada orang lain yang belikan, apa yang dia tahu pasal kesusahan rakyat?

Elok perbelanjaan yang dikeluarkan untuk SUHAKAM itu, diperuntukkan kepada Unit Anjing Pengesan Polis, ada juga menafaat dan faedahnya.

Sumber: myKMU.net

3 comments:

Anonymous said...

Aku dah lama menyampah dengan SUHAKAM ni.Dema lebih fokas untuk jadi populis.

Anonymous said...

Bagitau PM, biar saya je jadi Pengerusi SUHAKAM tu, tak yah lantik orang2 yang tak tau mengenang budi dan tak tau menghormati hak orang lain...

ajai62 said...

Assalam Bro

Kat Malaysia ni Suhakam tak diperlukan sebab mereka tegar menyokong pembangkang... Rubbish...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!