Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, July 14, 2011

Panasss..!!! "Bersihkan negara dari keganasan polis" atau "bersihkan negara dari pengkhianat dan petualang negara"?


"Bersihkan negara dari keganasan polis" atau "bersihkan negara dari pencetus kekecohan, huru-hara, pengkhianat dan petualang negara"? Haramkah Daily di sini menulis dan menuduh polis sebagai ganas. Benarkah apa yang dituduh? Atau ia hanyalah sekadar satu lagi propaganda politik pembangkang yang tak habis-habis?

Setujukah anda sekiranya saya mengatakan bahawa polis terpaksa bertindak secara standard procedure bertaraf dunia untuk mengekang huru-hara dan perhimpunan haram pada Bershit 2.0?

Pada saya, sekiranya tidak mahu dipancut dengan semburan air kimia, jangan cetus huru-hara atau demonstrasi jalanan yang menyusahkan rakyat dan negara.

Sekiranya tidak mahu ditembak dengan gas pemedih mata, jangan cuba cetus provokasi terhadap polis yang meminta secara baik pada awalnya supaya membatalkan hasrat mengadakan perhimpunan haram.

Sekiranya tidak mahu dipukul dengan cota merah FRU, jangan cuba bertindak menyerang polis sebagaimana yang dibuat oleh Bershit!

Polis tidak bertindak ganas sekiranya Bershit 2.0 mendengar nasihat agar bersurai, tidak bertindak menyerang polis, tidak mengadakan demonstrasi jalanan, memaki hamun polis, buat provokasi dan sebagainya.

Namun, memandangkan Bershit seolah-olah mencabar polis dengan melakukan perkara-perkara bodoh tersebut, maka dapatlah "habuan"nya.

Sebenarnya mereka boleh mengelak dari melakukan sedemikian. Bershit boleh berhimpun di stadium yang lebih besar di luar KL. Bershit boleh menyusun atur program sebagaimana rapat umum atau majlis solat hajat di stadium seperti sebelum ini yang dihadiri oleh ribuan penyokong mereka.

Mengapa kali ini mereka tak boleh pula buat begitu? Sebab mereka punya agenda politik tersendiri! Sebab itu mereka dapat sakit!

Sekarang, mereka berura-ura untuk mengadakan Bershit 3.0 pula. Pada saya, buatlah Bershit 1000.0 sekali pun, saya tak heran! Tapi buatlah di tempat yang tak menyusahkan rakyat sehingga jalan-jalan di KL terpaksa ditutup demi memenuhi kehendak nafsu politik mereka! Buatlah..saya cabar sekiranya mereka benar ikhlas..!

Sekiranya terjadi Bershit 3.0 nanti dengan cara yang sama seperti versi 2.0, maka jelaslah Bershit tidak ikhlas dalam tuntutan mereka. Sudahlah menyusahkan rakyat dan negara, tidak efektif pulak tu! Tak satu pun tuntutan mereka dipenuhi lagi sehingga kini!

Itu membuktikan cara Bershit itu salah dan niat mereka tidak ikhlas! Lepas tu nak salahkan polis sebab halang mereka? Kepala hotak mereka la..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!