Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, July 10, 2011

Panasss...!!! Aku nak tanya Anwar...dah dapat MC dari doktor ke belum..?!!!


Jika pada tahun 1998 dahulu sebarang berita yang melibatkan kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menimbulkan simpati rakyat kepadanya, namun berbeza pada tahun ini, berita ‘kecederaan Anwar’ disambut dengan gelak ketawa dan sindiran sinis kepadanya.

Rata-rata mempersoalkan bagaimana Anwar yang dikelilingi body guard, boleh cedera parah hingga terpaksa dimasukkan ke hospital dan diberikan oksigen, sedangkan para penyokongnya yang juga bertempur dengan gas pemedih mata, tidak pula bersikap demikian.

“Tak kan kononnya ‘bertempur’ dengan semburan gas pemedih mata FRU boleh cedera parah seperti yang digambarkan itu? “, kata Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar sambil ketawa ketika dihubungi AIDCNews.

“Ini perangai lama. Bila gagal plan A, buat pula plan B untuk alih perhatian. Dia sengaja mahu masuk hospital untuk dapatkan MC untuk tangguhkan kes liwatnya”, katanya.

Anuar mencabar bekas bosnya jika benar beliau berani ‘bertempur’ dan sanggup lawan tetap lawan, lawanlah kes liwat di mahkamah secara anak jantan.

“Jika benar berani, ikhlas, lawan segera kesnya di mahkamah. Tidak perlu berdolak-dalik, tumpu kepada kes dan kemukakan fakta pembelaan”, katanya.

SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan berkata, Anwar sewajarnya menanggung risiko akibat dari perancangan dan tindakannya menganjurkan perhimpunan haram yang bermatlamat untuk menghuru-harakan negara.

“Kita tahu Anwar sanggup lakukan semua itu untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap pelbagai isu moralnya, kes liwat, kes skandal seks dengan pelacur.

“Dia juga tahu populariti dirinya dan partinya jatuh merudum, jadi dia tiada pilihan lain, terpaksa merancang rusuhan di jalan raya”, katanya.

Menurutnya, Anwar bersunguh-sungguh mahu melakukan rusuhan di jalan raya semata-mata untuk menarik perhatian Barat dan meniru apa yang berlaku di Timur Tengah dengan harapan agar pihak Barat akan campur tangan dan terus membantunya di Malaysia.

“Terdorong dengan kebangkitan rakyat di luar negara yang menumbangkan kerajaan dengan demonstrasi. Maka Anwar yang gila kuasa, yang melakukan apa sahaja, asalkan berjaya menghuru-harakan negara untuk tarik perhatian dunia.

“Apa pun perhimpunan ini gagal. Anwar gagal menarik penyokongnya turun ke jalan raya, malah jauh lebih kecil dari sasaran awal yang diwar-warkan seramai 300,000 orang.

“Jadi bila gagal sampai target, jawabnya Anwar terpaksa masuk hospital lah”, katanya.

Sumber: AIDC

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!