Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, July 25, 2011

Panasss..!!! Ada "macai" marah aku bantai KJ...!!!


Pergggghhh...! Baru aku kritik sikit dah naik angin. Kononnya, "jangan kritik KJ". Kononnya, "KJ itu, KJ ini". Begitulah email yang aku terima apabila aku membezakan peranan KJ dan Puteri UMNO baru-baru ni di sini.

Menurut email tersebut, KJ adalah pilihan terbaik yang Pemuda UMNO ada sekarang. Katanya KJ merupakan seorang pemuda Melayu yang bijak, cerdik, humble, berketerampilan, hebat dan macam-macam lagilah dia puji si KJ ni. Naik loya pulak aku nak sebut.

Yang bestnyer tu, dia kutuk aku sebab aku kondem "boss" dia. Terus terang, aku pernah berhadapan dengan KJ dan aku tahu dimana tahap kapasitinya...

Siapa KJ? Adakah dia anak jati Melayu Tanah Melayu? Dia tahu ke adab budaya Melayu? Baru balik dari oversea, terus masuk politik dan kononnya berjuang untuk Melayu, begitu? Terus terang aku cakap, KJ baru belajar nak jadi Melayu, tapi sampai sekarang masih gagal!

Semua orang tahu kudis, kurap, panau dan hanyir yang ada pada KJ sewaktu bapa mertuanya jadi PM dulu. Aku tahu sangat skandal dan segala pergerakan KJ masa dia jadi pegawai khas kepada bapak mertuanya. Ramai rakan-rakan yang merungut dan bercerita. Hasilnya, kami berjaya menurunkan Pak Lah dari kerusi PM.

Yang tak kenal KJ ni adalah budak-budak yang baru belajar tentang politik. Kononnya KJ tu the best. Aku tahu, PR yang ada pada KJ memang hebat. Boleh cair kalau dengar dia berhujah. Mungkin dia belajar dari Anwar. Tapi, itu hanya luaran. Bak kata omputih, don't judge the book by it's cover.

Rata-rata dan majoriti rakan-rakan blogger aku mengutuk dan mengecam KJ. Pada kami, KJ tak layak pun jadi Ketua Pemuda. Namun, mungkin sudah malas nak layan cerita KJ ni, kami "sieze fire". Tapi, aku mintak KJ jangan la keluarkan kenyataan bodoh! Contohnya, suruh bebaskan 6 ekor puak PSM yang kena tahan EO tu.

Apahal dia nak suruh Kerajaan bebas puak PSM tu? Sokong komunis ke KJ ni? Atau KJ nak jadi Ketua Pemuda PSM? Kalau nak sangat, aku alu-alukan je. Masuk la PSM! Blah dari UMNO ni. Aman sikit dunia...

Jangan ingat kami tak tahu bahawa KJ masih mempunyai hubungan intim dengan Anwar. Jangan ingat kami tak tahu tentang fakta tu. Kami baru saja disahkan mengenai perkara tersebut baru-baru ini oleh se"seorang". So far, tak payah la aku dedah siapa se"seorang" tu...

Jadi aku harap, KJ keep his mouth shut! Buat la kerja Ketua Pemuda dan jangan cuba burukkan keadaan. Lu nak berentap, lu tunggu Pemilihan Agung UMNO nanti. Lu jangan kerek sangat. Time tu nanti lu tau la apa nasib lu...

11 comments:

Anonymous said...

satu2 nya Ketua Pemuda yg x ada jawatan....tunggu jelah next pemilihan..macai2 pembodek KJ pun kita kasi lenyap.

Singh Is Kinng said...

HE HE HE ... baru tadi aku kritik pasal UMB kat blog H Halem ... ada macai KJ tuduh aku being handsomely paid by PM office.

Nak jugak aku suruh org ramai percaya aku ni dibayar oleh PM office utk kutuk dan kritik Khairy ... maknanya PM Office merestui KJ kena hina dan kena maki ... juga bermakna pada pandangan PM Office ... KJ semestinya satu liability ... apa la jenis bingai bebudak Khairy ... dok gitu Duke ... HI HI HI

rakab said...

KJ menang ketua pemuda pun sebab undi pecah. Keseluruhannya lebih ramai yang menolak drpd menyokongnya. Itupun pasal pak mentua dia PM.

Semenjak dia jadi ketua pemuda, tak ada apa yang boleh di banggakan pun. PERKASA lebih berkesan drpd dia.
Tapi memang ada beberapa orang exco yang bagus. Kita tunggu dan lihat.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Duke,
Tibai aje lagi. Kesian Pemuda, dapat ketua bangang.

Anonymous said...

Budak2 Pemuda ni pun dah buta hati, buta mata gamaknya, berpolitik pun masih mentah, mengigau siang, udah tu berlagak hebat. Kita tunggu, tengok dan perhatikan gelagat budak2 ni, kemana lepas ni politik diorang

Otai Pemuda

ROSAFID said...

Saya Kata!!! Dapat jadi ketua pemuda pun dengan cara pintu belakang.Sama dengan bekas kawan karib/mentor dia dan nyaris2 jadi Pak Mentua, suka guna pintu belakang.Nasib baik ada orang nak mengalah. Kalau tidak tak tau la aku apa akan jadi pada pemuda UMNO. Tapi balik2 pikir apa dah jadi pada pemuda UMNO sejak dia jadi ketua? TARAAAAAAAK APA APPPPPAAAA. Completely ZERO macam dalam kepala KJ juga COMPLETELY EMPTY. Hanya banyak angin, angan2 nak jadi PM sebelum mencecah umur keramat 40.Jangan bagi dia peluang untuk terus menghancurkan UMNO. Cantas dia sampai dicabut akar tunjang dia dari UMNO dan humban kat laut biar dia mampus lemas.Disini saya ingin memberi nasihat IKHLAS kepada pemuda pemudi melayu yang dah mula2 nak berjinak dengan keadaan semasa politik malaysia supaya jangan sekali kali anda semua terperdaya dengan KJ ni.Dia lah di antara penyebab utama keadaan negara kita yang sedang bergolak tak menentu arah sekarang ini. Dia tak ubah sebagai seorang JUNIOR kepada musuh ketat kita dewasa ini Sheikh Anuar Al Juburi. INGATLAH sekiranya di beri peluang dan ruang saya bolih rasakan yang KJ ni akan menjelma sebagai klone kepada pengkhianat negara nombor 1 sekarang ini malah lebih teruk dan lebih besar lagi kerosakan akan terjadi dan melanda negara TANAH MELAYU kita yang tercinta ini. Wallahu'alam. Wassalam.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Duke,
Sambung tibai lagi. KJ dah menyanyah. Nak jadi peguam Asri. Jangan tak tibai. Aku tibai sikit aje.

Komik Oyunlar said...

thank you nice good site

Ipin said...

Kenali KJ semasa Pak Mertuanya berkuasa dahulu. Apa dia buat. Kemlut yang berlaku sekarang ada kaitannya dgn tindakan KJ semasa berkuasa seperti PM dulu. Jangan lupa itu.

Anonymous said...

Aku ada mengikuti temubual tiga tokoh yang bertanding jawatan KP pada tahun 2009 di Dalam TV. Bila disoal apakah beliau perlukan jawatan dalam kerajaan sekiranya menang KP. Jawapannya jawatan itu boleh membantunya. Berbeza dgn Dato Mukhriz Mahathir. Katanya dia tidak mahu jawatan dalam kerajaan kerana dia hendak memperkuatkan pemuda.

Tetapi pemuda "tolak" calon sejati kerana ........

Masih aku ingat bagaimana kecewanya sebahagian besar pemuda apabila diumumkan KJ menang. Mereka macam tidak percaya kerana KJ mendapat pencalonan paling rendah boleh menang. Pengiraan undi mengambil masa hampir 8 jam menimbulkan keraguan di kalangan pemuda. Maka tidak hairan pemuda memprotes kemenangan KJ dengan jeritan "KJ RASUAH!". (Lihat Utube bertajuk KJ Rasuah).

KJ telah menjadi liabliti kpd UMNO. Dia sekarang telah menjadi musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut.

Waspadalah! Hubayalah!

Anonymous said...

Aku ada mengikuti temubual tiga tokoh yang bertanding jawatan KP pada tahun 2009 di Dalam TV. Bila disoal apakah beliau perlukan jawatan dalam kerajaan sekiranya menang KP. Jawapannya jawatan itu boleh membantunya. Berbeza dgn Dato Mukhriz Mahathir. Katanya dia tidak mahu jawatan dalam kerajaan kerana dia hendak memperkuatkan pemuda.

Tetapi pemuda "tolak" calon sejati kerana ........

Masih aku ingat bagaimana kecewanya sebahagian besar pemuda apabila diumumkan KJ menang. Mereka macam tidak percaya kerana KJ mendapat pencalonan paling rendah boleh menang. Pengiraan undi mengambil masa hampir 8 jam menimbulkan keraguan di kalangan pemuda. Maka tidak hairan pemuda memprotes kemenangan KJ dengan jeritan "KJ RASUAH!". (Lihat Utube bertajuk KJ Rasuah).

KJ telah menjadi liabliti kpd UMNO. Dia sekarang telah menjadi musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut.

Waspadalah! Hubayalah!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!