Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, July 28, 2011

Palanivel patut henti mintak itu dan ini..! Contohi Kamalanathan lagi baikkk..!!!


Dilaporkan di sini, Presiden MIC, G Palanivel mahu Kerajaan BN bantu MIC dengan memberikan peruntukan yang lebih besar kepada masyarakat India untuk "memujuk" mereka kembali kepada BN.

Betul ke kalau beri peruntukan yang besar, maka baru kaum India nak sokong BN? Kalau beri sedikit maka tak sokonglah, begitu? Selama ni, tak cukup lagi ke BN beri bantuan pada MIC dan seluruh kaum India sejak merdeka?

Palanivel perlu rujuk balik kepada cara Tun Sambathan menyatukan kaumnya di bawah MIC. Palanivel perlu kerja keras dan gunakan apa saja yang ada untuk kembalikan sokongan India kepada MIC berbanding dengan sikap meminta-minta.

Dulu ketika di zaman Tun Sambathan, tidak ada apa pun yang kaum India minta selain dari status kewargenegaraan dan permintaan itu diberikan dengan persetujuan kontral sosial dan jus soli.

Kini, Palanivel nak peruntukan pulak? Peruntukan dah diberi, namun katanya tak cukup. Habis tu Palanivel nak berapa banyak? Jangka panjang? Semua dah diberi dah! Jangka panjang, jangka pendek, semua dah diberi Kerajaan.


Cuma terpulang bagaimana Palanivel mengagihkannya pada masyarakat India. Sokongan dari rakyat sebenarnya tidak bergantung pada peruntukan semata-mata. Tahap dan "performance" pimpinan MIC pun diambil kira. Rasanya Palanivel perlu tengok pada diri sendiri dahulu sebelum bersikap meminta-minta pada Kerajaan.

Aku tengok, banyak yang kurang dalam kepimpinan MIC, terutama Presiden MIC sendiri. Pada aku P Kamalanathan lebih bagus berbanding Palanivel sebenarnya. Palanivel naik jadi Presiden pun pasal Samy Vellu. Nak harapkan pengaruh Palanivel untuk jadi Presiden MIC, rasanya dia tak mampu pun...

p/s: Tu pun ada hati nak mintak peruntukan lebihhh...?!

4 comments:

Anonymous said...

Rumah dia sendiri ada 2 pembantu rumah, nak mintak apa lagi..

Tapi tak bantu kaum sendiri, sorang Indon, sorang Filipino.

Pandai cakap ajer Pala ni.. Apa kemudahan kebas kat diri sendiri..

whiteorange said...

Sekarang ini pemimpin pemimpin Bukan Melayu baik yang di BN mau pun bukan , berlumba lumba mahu menjuarai kaumnya.

Dikalangan parti parti komponen masing masing menuntut itu dan ini, walaupun ia melanggar kesepakatan yang telah dipersetujui bersama, demi memenangi hati pengundi kaum masing masing.

Pergaulan aku dengan kaum China sebenarnya menunjukkan bahawa mereka bukan semua yang menentang kerajaan.

Rakyat sebenarnya kecewa dengan wakil rakyat yang sukar didekati apatah lagi yang lokek tanggung jawab

Masalah sama juga dihadapi oleh kaum India.

Sebahagian Wakil rakyat UMNO juga dilihat masih lagi dibuai mimpi mimpi indah

Sama ada anda perasan atau tidak, PM dan TPM bertungkus lumus turun padang setiap masa cuba menawan hati rakyat. Tapi pemimpin pemimpin lain bagaimana???

Seolah olah menteri cuma ada dua di Malaysia iaitu PM dan TPM. Kesian aku tenguk DSN dan TSM.

Zaman pemimpin turun padang secara bermusim sudah berlalu.

Zaman pemimpin turun padang janji itu janji ini bila terdesak sudah juga berakhir.

Perkhidmatan yang berterusan adalah apa yang diperlukan rakyat. Turun padang yang berterusan adalah apa yang rakyat mahukan.

Retorik bukan lagi hidangan istimewa untuk rakyat ..

Jadi, sementara pembangkang sedang bobrok ini, pemimpin pemimpin BN wajib ambil peluang ini untuk memenangi hati rakyat, bukan nya dengan menabur janji janji manis ataupun mendesak itu ini semata mata mahu menjuarai kaumnya ..

Rakyat cukup tersentuh apabila pemimpin sering mendampingi rakyat.

Anonymous said...

tanya dia berapa ramai MIC dah daftar pengundi semejak dia jadi ketua MIC. kalau bawah dari pkr cakap kat dia baik dia berhenti je jadi ketua.

Anonymous said...

Kuil haram mereka minta halalkan, nak lebih peruntukan untuk sekolah Tamil dan minta lebih menteri dari MIC dan macam-macam lagi. Prestasi PRU 12 merosot teruk nak minta itu dan ini. Kebanyakan pemimpin mereka menang pun dikawasan majoriti Melayu. Dia boleh jamin ke kalau peruntukkan diberi mereka sokong BN?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!