Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, July 30, 2011

Nasrudin Tantawi kena gempur Pas Kedah dulu..!!!


"Kita memang hendak mengambil tindakan ke atas pusat-pusat hiburan haram ini tetapi ada sebab tertentu tak boleh bergerak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Di atas adalah kenyataan yang diberikan oleh Exco Kerajaan Pas Kedah, Dr. Ismail Salleh berkenaan premis-premis hiburan dan rumah urut yang tumbuh bak cendawan di negeri Jelapang Padi itu. Sumber penuhnya di sini.

Apa yang menariknya, kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kedah itu macam tak ada rasa bersalah. Macam kewujudan premis-premis maksiat itu perkara biasa pulak! Dia beri alasan bahawa ia beroperasi secara haram. Habis tu Kerajaan Pas Kedah jadi tunggul...???!!!

Paling best ialah kenyataan di atas. "Sedap" sungguh bunyinya! Memang nak ambil tindakan, tapi "ada sebab tertentu" tak boleh bergerak? Apa makna ayat ni? Ayat kepala hotak dia? Macam tu?

Sebab apa tak boleh ambil tindakan? Sebab DAP? Sebab hangpa makan duit haram dari tauke-tauke tu? Atau pasal hangpa pun dok pi sama masuk tempat tu? Lagu tu? Tu pasai hangpa tak mau ambik tindakan, kan?

Sebab-sebab tertentu kononnnn...Khuaaakkk Ptuihhhh..!!! Aku berani jamin, kalau BN yang memerintah sekarang, dah tentu hangpa balun pasal benda ni kaw-kaw punya, kan? Sekarang? Mana Nasrudin Tantawi? Manaaaa??? Dula kata nak gempur Genting Highland. Dia kena gempur Pas Kedah dulu nampaknya..!!!

6 comments:

Anonymous said...

Satu alasan yang sangat lemah untok di terima. Begini lah jadi nya kalau mengaku ...lebeh islamic dari orang lain. Perwatakan yang sangat bodoh lagi sombong.

Anonymous said...

berjuang la umno utk rampas kedah sblum jd mcm penang.disko,pub,rumah urut,rumah jalang smua ada.aku dok penang dh mcm dok kat danok.klau tak rampas kembali kedah.wabak maksiat akn menular dgn cepat utk jatuhkn iman manusia.puak pas jgn blakon alim sgt kata maksiat ni utk kaum kafir ja.

hitch said...

inilah dikatakan kaum munafik...!kata org laen tapi diri sendiri lagi teruk.....tapi depa ni masih x sedar2 diri lagi....!Depa ni lagi teruk kaum dari munafik zaman Rasullah....

Anonymous said...

Salam,

Kebanyakan pimpinan PAS ini saya rasa cetek ilmunya. Yang dia tahu dan berkelebihan cari makan & kekayaan dengan ilmu agama saja. Lepas ceramah tunggu duit, ngajar gaji harap upah. Jadi jiwa mereka corrupt dan bergantung pada harta dunia.

Itu sebab isi ceramah hanya memberi halwa telinga pada pendengar. Kalau orang suka dengar keburukan orang mereka akan berikan. Kalau isu UMNO boleh untungkan poket diaorang, mereka mainkan dan malahan sanggup berdusta dan memfitnah. Bila nak memerintah mereka bodoh.

Pengikut mereka pula adalah sama, buta sejarah, buta perihal global. Kalau kejatuhan Melaka dulu puak-puak seperti inilah jadi pengkhianat dan punca kejatuhan kita.

Islam tidak dihayati sepenuhnya. Kalau dulu haji hadi kata UMNO kafir kerana mengamalkan politik suku islam suku, itulah sebenarnya orang2 PAS ini. Saya orang UMNO, berjiwa UMNO dan ramai rakan saya orang biasa dalam UMNO mempunyai kefahaman yang jelas tentang Islam hasil usaha UMNO. Yang jadi pembantut kepada usaha ini adalah campurtangan dan didikan dari juak PAS ini.

Saya ingin beri satu contoh untuk difikirkan. Semasa saya di MRSM dulu ada satu ustaz PAS (saya simpul sebab dia suami/isteri guru juga disitu pernah sebut dikelas saya yang mengatakan kes memali itu jihad). Ustaz PAS ini dalam seminggu lebih tidur dari mengajar. Saya senior kepada saudara Akram Syah Sanusi, dia mungkin tahu siapa ustaz ini. Selalunya dia datang ke kelas dia mintak 2-3 student jaga kalau2 pengetua lalu, yang lain dia suruh tidur, alasannya ustaz letih le hari ini. Jadi banyak boleh kita kupas tentang Islam PAS ini. Halal/haram rezeki dia boleh dipertikaikan, juga sifat amanah dia dalam menjalankan tugas.

Kadang2 saya rasa betullah seperti kata Abdullah Munsyi, yang Melayu ini semakin hari semakin 'bodoh'. Mungkin hang tuah kata, tak Melayu hilang didunia. Tapi buat apa, bila hampir2 nak hilang baru nak bersatu, berusaha untuk survival bangsa. Tidak dapat saya bayangkan masa depan anak2 saya dengan sikap kebanyakan Melayu kita sekarang ini.

kahimi

SyedAbuSayyaf said...

sembang saja lebih juak2 hamPAS ni...tapi penakut macam pondan bila kena gertak dengan DAPigs

Anonymous said...

nak komen skit pasai nasrudin ni


dia ni memamg fanatik..tapi tak berapa cerdik....kat kedah tu..
pasai apa nasrudin tantawi ni.. tak pi nasihat azizan mb , jgn dok ambek tanah wakaf madrsah salihiah di jalan tambang badak tu...

dengar kata hebat sangat , siap demo lagi lah di melaka ..bila kerajaan melaka nak ambil tanah surau pasti bukit katil...
bila terkena ..kat puak dia sendiri....jadi penakut pulak..

apa punya hipokrit pemuda pas nasrudin tantawi ni..nama saja macam orang beragama..tapi hati kecik halus..nak tegur kerajaan pas kedah...pi lah tegur ..buat demonstrasi sket kat wisma darulaman tu....ada berani...

cerita benar ni..cuba search .surau dan pasti bukit katil melaka ..dalam google video....hipokrit sangat nasrudin tantawi...

wahai orang orang pas...insaflah..sekiranya anda beriman....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!