Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, July 30, 2011

MIC dapat kerusi Menteri penuh, kalau fail lagi Palanivel patut letak jawatan..!!!


Hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa permintaan G Palanivel yang mahu seorang lagi menteri penuh dilantik dari MIC telah diluluskan. Ini membawa maksud, berkemungkinan besar Palanivel akan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Aku tak mahu sebut Palanivel naik jadi Menteri sebab dia belum secara rasmi angkat sumpah. Okay. Permintaan Palanivel sebelum ini untuk diberikan "peruntukan yang lebih" telah berjaya. Najib sedia beri "peruntukan" tersebut.

Namun, Palanivel kena tahu satu perkara. Permintaannya telah diberikan dan ini bermaksud Palanivel tidak lagi punya alasan untuk MIC tidak dapat sokongan kaum India. Dalam erti kata lain, Palanivel mesti buktikan MIC dapat menyatukan kembali bangsa India untuk menyokong BN sebelum PRU 13!

Itu harga yang Palanivel mesti bayar dengan pemberian jawatan Menteri Penuh ini. Sekiranya Palanivel gagal, maka harus diingatkan padanya, TIADA MAAF BAGI MU dan TIADA PELUANG KEDUA untuk kegagalannya. Itu yang perlu Palanivel letak dalam kepala!

Anyway, tahniah pada MIC atas kejayaan perlantikan seorang lagi Menteri penuh dari parti itu. Tapi MIC perlu pantau prestasi Palanivel. Sekiranya dia gagal, kasi hantam terus jatuh sama diaaaa...!!! Ada faham ka ane?

MIC mesti parti pilihan utama masyarakat India - Najib

PUTRAJAYA 30 Julai (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak mahu MIC dilihat sebagai sebuah parti yang kuat dan menjadi pilihan utama masyarakat India di negara ini.

Justeru, Perdana Menteri mengingatkan anggota MIC supaya bersatu padu dan tidak berpuak-puak kerana mereka mempunyai peranan untuk berkhidmat kepada masyarakat India, sekaligus dapat menarik sokongan kaum itu terhadap Barisan Nasional (BN).

"Kalau kita hendak menentukan MIC parti pilihan utama kaum India di negara ini, MIC mesti bersifat inkslusif dan mesti merupakan sebuah parti di mana tidak ada puak dalam MIC. Perlu ada satu MIC sahaja.

"Kalau kita tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura, kita tengok walaupun kita ada penyerang yang hebat...kalau pertahanan lemah..gol kita bocor. Kita tidak berjaya.

"Maknanya kalau MIC mahu kuat, kepimpinan di semua peringkat mesti bergerak sebagai satu pasukan yang padu. Barulah MIC akan menjadi sebuah parti yang kuat,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-65 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan bekas presiden parti berkenaan, Datuk Seri S.Samy Vellu. — Bernama

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!