Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, July 25, 2011

Malaysiakini laporkan fitnah pun orang suka baca?


Kreadibiliti malaysiakini untuk melaporkan berita nampaknya berada ditahap paling bawah standard pemberitaan. Low standard and low class. Tapi itulah portal yang puak-pauk pembangkan suka baca. Kritis, katanya.

Namun, terbukti portal pembangkang itu melaporkan berita yang tidak punya kreadibiliti untuk memesongkan minda rakyat. Jelas niat jahat pada "headline"nya meskipun berita yang sewajarnya dilaporkan adalah bertentangan. Ini bukanlah satu etika yang baik dalam bidang kewartawanan.

Sebagai contoh, saya berikan laporan terbaru yang saya petik dari portal bangang tersebut...
MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.


Dakwaan itu bagaimanapun belum dapat disahkan buat masa ini. Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya setakat ini belum berhasil.
Tanpa pengesahan dari tuan yang ampunya kenyataan, malaysiakini sudah melaporkan berita tersebut dalam portalnya. Berita di atas belum pun disahkan oleh pihak MKN sendiri. Namun sudah diterbitkan oleh malaysiakini berasaskan "sumber"nya.

Persoalannya, dari mana sumber tersebut? Adakah ia rasmi dari pihak MKN sendiri. Bagaimana jika sumber itu berbohong? Bagaimana jika sumber tersebut berasaskan niat yang jahat? Bagaimana jika sumber itu dari pemimpin pro-pembangkang yang sengaja nak buat cerita? Mana kreadibiliti dan etika malaysiakini?

Sebelum ini, malaysiakini pernah kantoi banyak kali. Sebagai contoh ialah undian yang dijalankan oleh mstar berkenaan Bershit 2.0. Sesuka hati saja malaysiakini lapor kononnya Bershit dapat sokongan 1.32 juta orang dan kemudian mstar melaporkan undian tersebut tipu dan telah dimanipulasi pihak tertentu yang dipercayai berkepentingan dengan Bershit! Malaysiakini tak malu ke???

Seperkara lagi ialah mengenai "rempuhan land rover polis terhadap Mat Sabu". Malaysiakini terang-terangan melaporkan Mat Sabu menuduh land rover polis yang punya angkara. Malaysian Insider pun lapor land rover jugak. Last-last, Mat Sabu kata dia dilanggar pula oleh Waja! Siapa yang malu? Mat Sabu atau malaysiakini yang betul?

Walau bagaimanapun, malaysiakini tetap menjadi pilihan puak-puak pembangkang untuk mendapatkan maklumat. Ranking malaysiakini berada ditahap paling atas meskipun selalu berbohong dan spin stories. Apa sudah jadi pada puak-puak pembangkang yang lebih mempercayai spin dan laporan yang tidak benar dari Malaysiakini?

Mereka lebih suka pada tohmahan dan fitnah editorial portal tersebut? Jelas sekali minda mereka lemah dan terpedaya. Bila orang kata mereka bodoh, mereka marah. Tapi bila dibuktikan dengan fakta, mereka marah kita balik. Macam tu ke "open minded"? Poddahhhh la weiiii...

4 comments:

Anonymous said...

biarkan diorang percaya sebab apa yg ditulis adalah mengikut kehendak mereka, kalau yg tak mengikut kehendak mereka menti diorang boikot.

AnaQarbana said...

malaysiakini dan harakah dialy serta seangkatan dengannya...
semuanya berita fitnah...palsu...khabar angin..dan spekulasi murahan..

Anonymous said...

bro lu tgkla wartawan malaysiakini tahap intelek taraf bwh lutut.ade sorang tu belajar univeristy xhabis sbb monteng.pastu minta masuk jd wartawan msiakini dpt terus jd hero

Tokek Man said...

Pelik....dulu orang sokong Islam kerana keindahannya....tapi sekarang orang sokong PAS kerana cerita fitnahnya.....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!