Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, July 25, 2011

GEMPARRR...!!! Status terkini Pok Nik Ajis...?!!!


Semalam, saya ada mendapat maklumat dari seorang rakan berkenaan status terkini Pok Nik Ajis sebagai MB Kelantan. Khabarnya, Pok Nik kini bagaikan "hidup segan mati tak mahu". Pok Nik kini hanyalah boleh dikatakan sebagai "patung" yang berkuasa untuk tandatangan dokumen sahaja!

Dulu, pejabat MB berada di tingkat 3. Tapi memandangkan Pok Nik bermasalah nak naik ke tingkat 3, maka pejabatnya dipindahkan ke ground floor. Tak payah naik tangga. Tapi, yang musykilnya, dikhabarkan keadaan meja MB itu seolah-olah dia bukan MB. Tak ada apa-apa dokumen atau fail pun atas mejanya sebagaimana pejabat MB lain.

Menurut rakan saya, MB juga sudah agak nyanyuk. Pelupa! Ada satu insiden dimana Pok Nik meminta seorang tetamu membawa pulang satu dokumen yang telah ditandatangannya selaku MB. Namun, mujurlah ada yang perasan dan sempat meminta semula dokumen tersebut sebelum tetamu itu keluar dari kawasan pejabat MB Kelantan itu.

Dikhabarkan juga bahawa terdapat sebuah katil bujang di dalam pejabat MB. Katil tersebut difahamkan sebagai persediaan sekiranya Pok Nik rasa kurang sihat dan ingin berbaring rehat...

Saya ingin bertanya. Dalam keadaan Pok Nik yang kurang sihat, sering keluar masuk hospital (tapi sakit-sakit pun sempat pergi melawat sampau ke luar negara dan buat umrah sambil naik kerusi roda!), apakah Pok Nik mampu menggalas tanggungjawabnya sebagai MB Kelantan lagi?

Mampukah dia melaksanakan tanggungjawab MB yang berat itu? Mampukah dia menjawat jawatan Mursyidul Am yang memerlukan daya pemikiran yang sihat? Mampukah dia memajukan Kelantan dalam keadaan uzur? Sedangkan ketika dia sihat pun Kelantan mundur ke belakang, apatah lagi kalau dia uzur?

Saya difahamkan bahawa ADUN Pas Kelantan sering mengambil kesempatan ke atas Pok Nik untuk tandatangan surat permohonan projek dan peruntukan. Mungkin kerana Pok Nik malas nak fikir banyak, maka dia senang-senang saja sign permohonan itu.

Bagaimanapun, modus operandi ADUN-ADUN Pas ini di"kantoi"kan oleh Husam. Husam marah pada ADUN-ADUN Pas yang cuba mengambil kesempatan itu. Bagaimanapun, harapkan pagar, pagar makan padi. Rupanya, dalam marah-marah Husam pada ADUN-ADUN itu, dia sendiri pulak yang ambil kesempatan dengan cara yang sama! 2 X 5, 5 X 2..sama saja jawapannya!

Justeru itu, saya fikir, adalah wajar untuk Pas menamatkan riwayat perkhidmatan Nik Aziz dari terus menerajui Kelantan ke arah kemunduran. Kesian pada orang-orang Kelantan yang dinafikan hak oleh Pok Nik untuk terus maju dan lebih terbuka minda mereka dengan arus pembangunan. Tapi, bersetujukah Pas Kelantan untuk ubah teraju? Itu rakyat Kelantan yang kena decide...

6 comments:

kluangman said...

Takkan nak tunggu pejabat dipindahkan ke Lower Ground kot baru nak bersara, masa tu kira Allah dah pecat dah..

Anonymous said...

kluangman,

komen ko lawak dowh, aku kekek x benti dari tadi...pindah ke lower grod...itu kubor ko nak mampos??? *bujang lapok* :P

Anonymous said...

Dosa sesana Islam banyak. Selagi orang yang teraniaya dan diumpat keji tidak maafkannya, mulut pulak celupar, kita tengok je apa endingnya nnti..dia belum tentu lg jd penghuni syurga wlpun serban sebakul..di akhirat nnti semua jd saksi. Di dunia boleh le berlakon politik berkawan dgn komunis lim kit siang dan lim guan eng, bersubahat dengan penzina, peliwat, penkhalwat. Guna agama untuk MEMUSUHI SESAMA ISLAM DEMI NIKMAT DUNIA YG SIKIT. BIARLAH DIA TANGGUNG AZABNYA DI DUNIA LAGI. JANJI ALLAH TETAP BENAR.. TIADA YG TERLEPAS DARIPADA PEMBALASANNYA..

rakab said...

Nik Aziz sepatutnya tak duduk kerusi MB tu dari awal lagi. Walaupun lebih 20 tahun jadi MB, tapi pencapaiannya tak seberapa. Tambahan pula selalu uzur.

Kehadirannya di kerusi itu semata-mata untuk memastikan Kelantan kekal di tangan PAS,.......itu saja.

Megat Alam Gempita said...

Guru Wali sanggup bekerjasama dengan Syaitan hingga Tuhan pun dikatanya selalu mencarut...memang celaka 33x

Lower ground...takut meroyan terjun tingkap kot! hehehe nak ke underground bila lagi?

Jangan lupa tidur selimut dengan bendera PAS jika mati terus ke sorga

imas said...

Memang org-org Kelantan telah dinafikan hak utk pembangunan tetapi bukan oleh Pok Nik tapi oleh Pok Dir & Pok Jib

Bila Kak Su Bersuara... Heh!