Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, July 27, 2011

GEMPARRR..!!! Mengapa Rabbi Abraham Cooper Sokong Anwar ?


Laman rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim, anwaribrahimblog menyiarkan kecaman Rabbi Abraham Cooper terhadap Utusan Malaysia yang mengaitkan dengan peranan Yahudi di sebalik perhimpunan haram BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

Persoalannya kenapa Anwar berminat menyiarkan pandangan Rabbi Cooper, salah seorang daripada 50 Rabbi Zionis yang paling berpengaruh di Amerika Syarikat (AS) itu dan kenapa pula Rabbi itu berminat mengecam Utusan Malaysia dan kerajaan Malaysia yang disifatkan menyokong Anwar dan pergerakan BERSIH ?

Dalam artikelnya itu, Rabbi Cooper, lebih berminat menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun kini beliau bukan Perdana Menteri Malaysia lagi.

“Dan Mahathir merupakan seorang anti-semitik (anti zionisme) “, kata Rabbi Abraham Cooper yang hanya mengiktiraf Dr Mahathir sebagai anti-semitik di Malaysia dan bukan seteru politiknya, Anwar Ibrahim, yang sebelum ini pernah diwar-warkan sebagai anti-semitik.

Pada Jun tahun lalu, Jackson Diehl dari The Washington Post telah menuduh Anwar Ibrahim sebagai anti-semitik berdasarkan ucapannya dalam demonstrasi di luar kedutaan AS itu yang menuduh kerajaan Malaysia dipengaruhi dasar Yahudi apabila mengupah syarikat firma, APCO Worldwide.

Akibat ucapannya itu, Anwar terpaksa berkunjung ke AS untuk memohon maaf kepada tokoh-tokoh Yahudi terutamanya, Malcolm Hoenlein yang menjadi ketua kepada Rabbi Cooper di AS. Klik di sini

Rabbi Cooper dan Hoenlein merupakan dua tokoh yang dirujuk untuk menjadi penasihat antarabangsa badan penyelidikan Zionis yang berpengkalan di Kanada iaitu The Canadian Institute for Jewish Research (CIJR). Klik di sini.

Bermakna apabila Rabbi Cooper mula mengecam kerajaan Malaysia dan Tun Dr Mahathir memberi mesej bahawa permohonan maaf Anwar telah diterima ?

“Orang-orang Islam (di Malaysia) menuntut kebebasan dan demokrasi yang lebih. Bukan pengaruh Yahudi memandu ahli minoriti untuk berdemonstrasi jalan-jalan di Kuala Lumpur, tetapi disebabkan oleh kegagalan kerajaan Malaysia mengamalkan demokrasi untuk memberi hak dan peluang sama rata kepada semua rakyatnya”, kata Rabbi Cooper yang merujuk kepada kenyataan Maria Chin Abdullah, jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.

Marina Chin Abdullah merupakan tulang belakang BERSIH 2.0 selepas Dato Ambiga Sreenevasan, bahkan peranan Marina lebih meluas berdasarkan rangkaian antarabangsanya yang berkaitan dengan NED (National Endowment for Democracy) dan OSI (Open Society Institute) yang kedua-dua badan ini didalangi oleh agenda zionis.

Sekurang-kurangnya, empat NGO yang digunakan oleh Marina Chin untuk mencapai objektif demokrasi di Malaysia iaitu EMPOWER, NIEI (National Institute for Democracy and Electoral Integrity), JAG (Joint Action Group for Gender Equality) dan WDC (Women’s Development Collective)

Marina Chin juga merupakan Pengurus Kanan SIS (Sister In Islam). Klik di sini.

Untuk mengetahui kenapa Rabbi Cooper berminat dengan politik Malaysia, mari kita soroti peranannya dalam politik Indonesia.

Din Merican, pegawai khas Anwar dalam tulisannya Tribute to Gus Dur (President Abdurrahman Wahid)’ mendedahkan Gus Dur merupakan sahabat karib Anwar Ibrahim.

Semasa hayatnya, Gus Dur pernah dibawa berkali-kali ke Malaysia oleh Datuk Ravi Dharan, (seorang ahli bisnes pro Anwar) dan kali terakhir Gus Dur berkempen kepada Anwar ketika Ketua Umum PKR itu bertanding dalam pilihanraya parlimen Permatang Pauh (2008).

Menurut Din Merican, apabila Gus Dur meninggal dunia, Rabbi Cooper merupakan satu-satunya tokoh zionis yang mengiktiraf sumbangan Gus Dur dalam memperjuangkan demokrasi di Indonesia.

Bunyi seperti aneh apabila seorang muslim meninggal dunia diiktiraf oleh seorang Rabbi, tetapi itulah fakta sejarah yang berlaku kepada Gus Dur.

Sumber:klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!