Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, July 13, 2011

Gemparrr..!!! Anak Muda mahasiswa marah dikatakan MENTAH..!!!

Nasib baik kena tutup mulut je...kalau aku...aku kasi pelempang jepun..!!!
Anak Marhaen says:
July 12, 2011 at 3:05 am

mcm ni la… sya pun anak muda… knape di katakan mentah??? klu mentah, tk perlu la buat akta AUKU, tk perlu la d wujudkan plihnrya kampus, tk perlu la dsogokkan dgn team pro-mahasiswa atau pro-inspirasi dsb… klu d fikirkan mntah, biar je la, bnda mentah, ke mana la sgt, ni tidak, bnda mentah ni la yg di takut dan di sekat habis-habisan… klu tk nk ank muda berpolitik, please, stop kan dlu politik di sekolah… knape perlu ada logo ’1′???, cntohnya, 1murid, 1sukan… awl2 lagi ank2 muda di didik dgn cra plitik, dlm bku sjrah d tulis pula, UMNO pejuang bangsa, itu dan ini tk ke plitik… bukan nk slh kan sape2… cuma, klu ank muda bersuara, knapa di katakan mentah, ape yg mentah??? bkn ke sistem pmbljaran yg d terapkan tu sdah cukup ‘bagus’, sndri ajar, sndri yg ckap mentah dan tk bleh pakai… apa cerita???
-org tgh, tk cndong ke sana, tk berat ke sini


Aku menerima komen dari seorang anak muda berkenaan artikel aku di sini.
Melalui komen anak muda ini, aku dapati dia agak marah bila dikatakan "mentah". Dia mempersoal tentang AUKU dan logo "1" di sekolah, kononnya itu unsur "politik". Dia juag persoalkan kandungan teks buku sejarah yang menulis UMNO merupakan pejuang bangsa...

AUKU ditubuhkan untuk memenuhi permintaan mahasiswa dan mahasiswi bagi melantik sebuah jawatankuasa perwakilan pelajar. Jawatankuasa ini adalah wakil kepada pelajar-pelajar untuk menyuarakan buah fikiran, cadangan dasar dan kepentingan pelajar universiti kepada pihak pengurusan Universiti.

Namun, ia diresapi pengaruh politik bila beberapa parti politik pembangkang membawa masuk pengaruh mereka ke dalam kampus. Ini berlaku sejak zaman 70'an lagi. Sebab itulah AUKU diperkenalkan dan menghadkan campur tangan pelajar dengan politik luar serta terhad dalam kampus sahaja.

Sebab itu, tiada UMNO, MIC, MCA atau BN di dalam politik kampus. Namun, dengan niat meluaskan pengaruh politik terhadap pelajar kampus, PAS dan PKR telah menyusup masuk ke dalam politik kampus. Sebab itulah banyak pelajar tak puas hati dan memberontak kerana mereka dihasut secara halus dengan ideologi pembangkang yang sentiasa melihat Kerajaan sebagai tidak betul, yang betulnya hanya pembangkang saja...paham ke tidak ni?

Berkenaan logo "1" tu di sekolah atau di mana-mana saja. Itu bukan politik. Itu merupakan dasar kerajaan yang mahu mengeratkan kembali perpaduan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan bangsa di negara ini. Dasar Kerajaan dan politik banyak bezanya...

Jika mahu berpolitik di sekolah, Kerajaan boleh meletakkan logo BN, UMNO, MCA, MIC dan sebagainya di buku-buku teks atau buku tulis murid-murid di semua sekolah bantuan penuh Kerajaan.

Sebenarnya, propaganda yang menyatakan logo "1" itu merupakan "politik" adalah kerja pihak pembangkang. Mereka sebenarnya takut dengan logo "1" itu kerana selama ini mereka sedang berusaha untuk memecah belahkan perpaduan kaum, agama dan budaya di kalangan masyarakat negara ini. DAP dengan sikap chauvinisnya, PAS dengan "Isle terlampau"nya dan PKR dengan agenda "nak jadi PM"nya. Harap faham untuk isu logo "1" ini.

Kejadian yang terpahat dalam sejarah tidak boleh dipadam. Begitu juga soal silibus yang berada dalam buku teks Sejarah di sekolah. Takkanlah bila ditanya siapakah yang memperjuangkan kemerdekaan maka kita jawab DAP atau PKR? Masa tu PAS tidak wujud, PAS juga serpihan UMNO dan Ustaz Fuad tubuhkan PAS bila dia kalah bertanding dengan Tunku Abdul Rahman untuk jawatan Presiden UMNO. Itu fakta sejarah. Takkan boleh diubah. Itu bukan politik, itu fakta. Faham ke tidak budak mentah ni..?

Sebab tu aku kata anak-anak muda mahasiswa yang berdemo dengan Bershit dan sokong pembangkang tu MENTAH! Korang tak tahu fakta sebenar, korang main ikut saja apa yang disumbat oleh propaganda pembangkang! Silap-silap, kalau pembangkang cakap "bapa kemerdekaan" tu ialah Chin Peng, tentu korang percaya!

Melalui komen anak muda ini saja aku boleh katakan memang dia "mentah". Dia mentah soal politik, mentah soal dasar, mentah cara berfikir, mentah untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

Dik, belajar dulu kat universiti tu. Gunakan ilmu yang ada dan fikir sebaik-baiknya. Banyakkan membaca tentang fakta dari kedua-dua belah pihak. Jangan ikut semberono je. Meskipun nama blog ini adalah "DukeofUMNO", tidak semestinya blog ini menyerang pembangkang saja, kadang-kadang UMNO pun dipulas telinga! Contohnya, Pak Lah dan KJ!

Dik, jangan marah kalau aku katakan yang kamu memang mentah. Belajar lagi dik. Jangan campur dulu soal politik. Bila dah benar-benar masak, barulah bersuara. Jika tidak, adik juga yang kena "booo.." dan dikatakan mentah dan tak bijak. Adik tak suka orang kata begitu, kan? So, dengar nasihat aku...

17 comments:

Anonymous said...

mantap bang, satu penerangan yang buatkan budak mentah K.O.

Anonymous said...

gitu ler budak2 sekarang..maklumla celik jer mata..kesenangan dah ada..jadi ler warga yg tak tau menghargai apa yg dia ada...sedey betul..bayangkan la..masa BERSIH hari tu...ada budak medic yg belajar kat Ireland tajaan kerajaan Malaysia kebetulan diaorg tgh cuti sekarang turut sama menghentam kerajan ...join demo..alahai ..rugi jer tanggung diaorg belajar..for sure habis belajar nanti muka2 ni ler yg jadi pelapis pembangkang...

Anonymous said...

last sekali puak-puak budak melayu ni la yang pointer tak seberapa..pasai lali khayal denagn politik..anak-anak cina cubuk cucuk jugak tapi belajaq baguih jugak...melayu cuma cukup makan nak pass..;epaeih tu cari kerja degan gomen/GLC jugak sebab setengah tu soft skill tak dak..nak ckp english pon macam budak-budak sekolah rendah lagi...tapi bab poltic No.1...otak lembab

jo said...

Memang mentah pon..tak tau apa-apa sebenarnya dia ni..lebih terpengaruh..tak tahu hujung pangkal...memang mentah!

jo said...

Memang mentah pon..tak tau apa-apa sebenarnya dia ni..lebih terpengaruh..tak tahu hujung pangkal...memang mentah!

izad12 said...

jangan kata dia mentah.pelajar universiti tu.kecerdikannya melebihi rakyat majoriti yang telah berpuluh tahun hidup dan mengalami pelbagai pengalaman hidup.lebih sesuai kalau kita katakan mereka sebagai golongan istimewa dan hebat sehingga mampu merubah kehidupan seperti yang dimimpi2kan para pemimpi yang sentisa mencari tapi tak pernah berjumpa apa yang dicari kerana yang dicari tak wujud.

CIKGU WANZU (BAHASA MELAYU) said...

bukan setakat mahasiswa, kat sekolah pun budak2 dah diserap dgn dakyah pembangkang...kerajaan buat semua tak betul, yg betul pembangkang...siapa yg membawa dakyah2 ini meresap kpd bdk2 sekolah? mesti la cikgu-cikgunya yg kebanyakan pro pembangkang. Ini kenyataan, situasi skrg kebanyakan guru2 di sekolah memihak kpd pembangkang...ini realiti dan terjadi di sekolah sy sendiri...boleh dikatakan 70% guru di sekolah sy pro pembangkang...habis bdk2 sekolah di sogok dgn dakyah2 jahat...

Perantau said...

saya setuju dengan pendapat DoU. Komen yang diberikan oleh pelajar tersebut memang jelas menunjukkan mindanya telah dipenuhi dengan dakyah2 pembangkang. Ini kerana sampai fakta sejarah dan politik pun tak dapat nak bezakan. Nombor '1' ni pun masih nak dijadikan isu dengan mengaitkannya dengan politik. Walhal benda ni dah berkali-kali dijelaskan bahawa ianya adalah satu usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat. Bila kerajaan tidak membawa perubahan, pihak pembangkang pasti akan mengecam kerajaan kerana tidak mampu mengurus dan mentadbir negara berbilang kaum dengan baik. Tapi bila dasar '1 Malaysia' diperkenalkan dikatakan pula agenda politik. Senang cerita, puak2 ni tidak akan pernah mengatakan apa yang kerjaan buat itu baik. Yang baik hanyalah datang dari mereka dan kaum kerabat mereka.

Abu Garcia said...

Alahai budak mentah yang bebel tu pun bila grad tak tentu dpt kerja ... jgn lupa diri le...

Anonymous said...

sah budak tu 'mentah' cam xpercaya bdak tu blajar kt U pemikiran cam budak skol menengah jer.,

takkan logo 1 tu dikaitkan dgn politik,,dah jelas itu kan dasar kerajaan menyayukan kaum di malaysia,,,dia xnmpk ke dlm logo 1 ada bendera malaysia bkn lambang bn lah

Anonymous said...

Pelajarn kat sekolah dan uni tak cukup. To be WISE = education + experience. Bukan experience saja tapi pengalaman hidup. Bolih cakap mcm tu di Malaysia semua ok, cuba kat S'pork, masuk lokap la kau. Kau ada di Uni tu pun sape yg bina? Belajr lah rajin2, kerja dan berpengalaman dan bertanggungjawap. Lepas tu masuk politik. Mentah masuk politik pun tak bolih juga sebab tak bolih rasional dlm pemikiran. jelajah dan pandang dunia yg luas tu, pasti kau balik cium bumi Malaysia ni. Hai mentah, mentah mamat ni.

Pdl said...

Alahai budak mentah.. Adus!!adus!! gini ke tahap IQ ko.. Ye ke ko tu budak U?
Anak kawan yg sekolah menengah rendah pun tau apa makna 1 malaysia. kalo itu pun ko tak paham, memang ko MENTAH. menerima pemikiran budak mentah memang memudaratkan.
Tak caya? cuba ko makan Nasik mentah, apa jadi?

Anonymous said...

saya sokong pendapat DoU. setahu saya pilihanraya kampus utk mahasiswa mahasiswi perjuangkan hak2 mereka sebagai pelajar. x kira la perjuangkan apa pun mcm makanan sedap/murah kat kantin utk pelajar2 ker,kos fotokopi yg murah ker,bantuan amal utk pelajar2 yg susah ker atau mcm2 lg yg pelajar2 ni buley perjuangkan. Bkn pejuangkan bender2 yg tiada kene mengene dgn hal2 pelajar. belajar dulu smpi lulus la dik.Jgn keluar esok pastu minta keje dgn gomen gak, udeh......kalu buley pelajar2 yg mcm ni pas belajar tukar warganegara terus la....

KZSO said...

alaaa...mamat ni masuk ke u pon pakai kuota...lepas tu ambik program/kursus paling senang..tapi bila result keluar..cukup-cukup makan jer... bila grad tak dapat keje (sbb result cukup makan dan sikap yg buruk)..marahkan kerjaan...alaaa lepas grad keje sebagai coffee boy dgn anwar, ambiga dan lim kit siang jer laaa

andi said...

kepada budak mentah sila lah menjawab balik. pakcik DOU boleh membantu tu :P

Anonymous said...

Salam, saya kebelakangan ini banyak berfikir sendirian dan kekadang berbual dengan kelompok saya soal orang-orang Melayu ini. Saya rasa bukan setakat budak mentah ni mentah, kita umumnya bangsa Melayu ni juga mentah.

Secara ikhlas saya rasa dari kepimpinan, buah fikiran mahupun penulisan, orang Melayu dalam UMNO lebih matang dan kurang mentah dari orang Melayu di pihak pembangkang. Tidak perlu kita lihat jauh, cukup dengan skim2 cepat kaya ni, MLM, forex, gores & menang yang banyak terkena orang Melayu. Bukan setakat orang biasa, yang saya saksikan sendiri lecturer, pegawai kerajaan kelas A, pengurus GLC, HR consultant (speaker / trainer) dan yang dalam s/khabar Dato' Dr Fadilah Kamsah pun terkena nak beli kereta murah.

Ahli UMNO mungkin ramai yang bermasaalah. Tapi pemimpin UMNO jauh lebih hebat dan matang dari pemimimpin pembangkang. Macammana professor macam Shahnon Ahmad boleh buat buku 'Shit'. Budak mentah pun boleh menilai hati dia. Sasterawan Negara boleh ikut Ambiga (btw mana seorang lagi kawan dia yg sama2 berdemo dulu, yg mukanya bahagian atas bibir panjang).

Kesimpulan saya org Melayu memang mudah lupa macam cakap Dr M. Lupa bagaimana org Melayu diperlakukan selepas Jepun kalah WW2, lupa amanat, kata2 Hj Hadi, Nik Aziz yg dulu2, lupa kita dpt tempat di MRSM/univ krn kuota, lupa diri dll.

Bak kata Dr M kalau kita tidak belajar dari sejarah, kita kan membuat kesilapan yang sama berulang2. Sekarang ini kesilapan2 UMNO nak diulang oleh pihak PAS, dan mendapat sokongan dari sebhgn orang2 Melayu. Alangkah rugi bangsa kita.

Ida Zul said...

memang setengah masak pun budak ni! belum abih mngaji, belum ada tanggungjawab, tak rasa nak terbeban lagi. nanti dia dah kerja, ada anak bini, barulah matang skit. la ni kata org klate, baru 'stengah empuk'!!
may be book wise but not steet wise!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!