Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, July 1, 2011

FAKTA..!!! Justifikasikan sama ada wajar Perhimpunan Kotor diteruskan...


Di bawah ini aku titipkan fakta-fakta dari sudut perundangan dan perlembagaan untuk kalian semua membuat justifikasi mengenai perhimpunan Kotor 2.0. Wajarkah perhimpunan kotor ini dianjurkan? Apakah ianya sah dan dibenarkan dari sudut perundangan? Apakah perhimpunan ini wajar disertai? Baca sendiri...

Artikel 10.

Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

(1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);

(a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

(b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;

(c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.

(2) Parlimen boleh dengan undang - undang menggunakan:

(a) Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

(b) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasa (2) (a) , Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.


p/s: Nampak sangat Ambiga manipulate mind rakyat...dia baca quote yang atas saja...quote yang bawah di tak baca punnn..!!!

3 comments:

farti said...

benar ialah betul dan salah ialah tidak betul..


Sensasi saat ini:
ISU PALING PANAS!!

Servant of God said...

Cayalah! Thanks for sharing!

Bertambah2 peluru aku tembak anak2 gampang Pakatan Rakyat nih.

Suzaku05 said...

Nice!!! Saya mmg dah lama cari benda ni. Thanks bro. And i already posted yur link in FB hopefully u dont mind.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!