Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, July 24, 2011

Confirmed..!!! PRU 13 dalam masa beberapa bulan lagi..!!!


Sah! Memang sah!!! Pilihanraya Umum ke-13 sangat hampir. Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum rakyat negara ini akan mengundi memilih Kerajaan. Ini bukan aku yang kata. Ini Timbalan PM yang kaya, Tan Sri Muhyiddin Yasin di sini.

Padanlah aku tengok puak-puak Pakatan Haram ni berkumpul tiap-tiap minggu menyusun strategi jangka masa pendek dan panjang. Padanlah, ada thinktank Pakatan Haram yang di"grounded" untuk meng"execute"kan satu persatu misi mereka. Dan patutlah blogger-blogger pakatan haram ini berkumpul setiap minggu kat hotel! Ada misi rupanya...

Bagaimana dengan UMNO? Aku tengok macam Najib dan Muhyiddin saja yang bersungguh-sungguh. Yang lain tu macam "terpaksa" je aku tengok. Ketua-ketua UMNO Bahagian pun hanya sebok kuatkan jawatan dalam parti je. Padahal diorang tak dapat sokongan rakyat di kawasan diorang punnn...

Pemuda UMNO? Entah la. Aku tengok, pimpinan KJ lebih banyak melingkup dari membina. Walau pun aku juga ahli Pemuda UMNO, pada pengamatan aku, Pemuda UMNO dibawah kepimpinan KJ bagaikan hilang identiti Pemuda Melayu Islam. Seolah-olah yang wujud sekarang ialah "Pemuda KJ" saja. Tak lebih dari itu. Betul tak Tun Faisal? Pada aku...Pemuda..entah la...tak boleh diharapkan...

Puteri UMNO? Terus terang aku katakan, Puteri UMNO sudah hilang "aura"nya. Bukan sekarang saja, malah sejak kepimpinan Datuk Noraini lagi. Puteri hanya hebat ketika Datuk Azalina mengepalainya. Meskipun agak kelihatan "ganas" tapi mampu memberi kesan yang intelek dan membawa imej Puteri yang jitu. Datuk Rosnah must do something about these...

Aku tak mau sentuh soal MCA, MIC atau parti komponen lain dulu. Parti diorang, pandai-pandai la diorang jaga. Kalau diorang lebih-lebih aku balun je...

Blogger pro-UMNO? Amacam? Semalam aku tak masuk internet pun. Tapi kecoh pasal Gomo vs Tun Faisal. Aku malas nak campur sebenarnya hal ni. Tapi memandangkan soal ni membabitkan blogger pro-UMNO dan aku kenal Gomo personally, aku tengok macam ada yang tak kena dalam argument ni. Frankly, aku rasa UMB tu tak ada pun takpe! Kalau nak adakan jugak, gugurkanlah siapa-siapa yang dah terbukti gagal tuuuu...

Aku ada baca pasal argument diorang. Tipu, rahsia, peruntukan dan sebagainya. Pada aku, ini hanyalah salah faham yang masih boleh diuraikan. Ketidakmatangan Tun Faisal sebagai pemimpin UMB harus diakui oleh dirinya sendiri, kan? Tak perlu ke saluran blog pun untuk selesaikannya.

Dari segi prestasi kerja, aku rasa Gomo lebih berjaya berbanding Tun Faisal. Itu kenyataannya, bro. Masalahnya, "otak doktor falsafah" Tun Faisal boleh terima ke fakta ni? Harap rasional la sikit, bro.

Peruntukan? Kalau Gomo dapat peruntukan pun, aku rasa dia layak dapat. Sebab? Sebab dia buat kerja. Dia deliver! Tun Faisal kata Gomo sebok dengan kes tangkapan polis padanya pada PRN Sarawak. Tapi pada aku, perkara tu banyak membantu. Plus bonus skandal video Anwar yang Gomo dapat, aku rasa he'd deliver more than Tun Faisal yang tenggelam dengan gerak kerja blogger lain. Pada aku, tak payah Gomo, blogger pro UMNO lain pun tahu perbezaan dari segi effectiveness kerja Gomo dan Tun Faisal. So, apa yang nak diungkit pasal peruntukan?

Aku berpendapat, Tun Faisal kena jumpa Gomo sekali lagi. One by One. Face to Face. tak payah ada Razali Ibrahim. Tak payah ada "sidekick" yang nak menyebok. Kalau macam ni punya keadaan, rasanya mantop ke cybertroopers UMNO/BN? Harap fikir yang terbaik laaaaa....

3 comments:

Anonymous said...

saya amat setuju dengan pendapat tuan.Papa gomo adalah saorang blogger yang berani dan delivery yang sangat baik dan tepat.Syabas

Anonymous said...

Sangat setuju dengan kewibaan Papa Gomo sebagai Blogger Pro BN yang sangat berjaya.

Anonymous said...

Sangat setuju dengan kewibaan Papa Gomo sebagai Blogger Pro BN yang sangat berjaya.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!