Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, July 27, 2011

Bodoh Saifuddin Abdullah menjangkit pada Nasrudin Tantawi..!!!


Nasrudin Tantawi hairan dengan khabarnya ada lebih 1600 orang pengundi berusia lebih 100 tahun di Perak. Dalam kenyataannya di sini, kebengapan otak Nasrudin itu jelas dipamerkan apabila bertanyakan soalan mengenai kebenaran dakwaan tersebut dalam sistem database SPR.

Itulah, kerja nak membangkang saja. Bila orang beri penjelasan, korang taknak dengar. Cuba dengar elok-elok apa yang cuba disampaikan oleh SPR. Fahami dan letakkan diri dalam situasi diorang, maka korang akan faham mengapa jadi begitu pada sistem database SPR.

Menurut penjelasan dari pihak SPR, pihak mereka tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan untuk memotong nama pengundi dari senarai daftar mereka selagi tidak dilaporkan kematian seseorang itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

Aku nak tanya korang. Sekiranya datuk, nenek, ayah, ibu atau saudara mara korang meninggal dunia, korang ada pergi buat report polis, kan? Ada tak lepas tu korang pergi buat report pada Jabatan Pendaftaran Negara? Jarang sangat kita dengar orang pergi lapor pada JPN, kan?

Maka, sebab tu la ada nama orang yang dah lama meninggal punmasih ada dalam database SPR. Mungkin ramai tertanya, kenapa SPR tak direct dengan database polis dan akan potong nama individu yang meninggal apabila laporan polis dibuat.

Nak tahu, jawapannya? Simple saja. SPR tidak ada kuasa untuk berbuat prosedur begitu kerana tiada peruntukan di sudut undang-undang. Itu saja alasannya. Oleh itu, jalan penyelesaian terbaik ialah menggubal undang-undang untuk meminda akta SPR tersebut.

Caranya? Kena buat proposal pada AG. Kemudian, AG akan bawa benda tu pada Kerajaan dan usulkan dalam parlimen. Perbahasan usul dibuat di Parlimen dan jika usul tersebut dipersetujui 2/3 ahli Parlimen, maka selesailah masalah tu.

Nampak tak? Senang, kan? Tak payah pergi buat demo jalanan. Tak payah nak derhaka pada DYMM YDP Agong. Tak payah nak rugikan negara. Tak payah nak menyusahkan rakyat dan polis. Dan tak payah nak susah-suah kena pukul dengan cota, kena tangkap dan kena sembur air atau gas pemedih mata!


Tapi, kenapa Bershit tak fikir nak buat begitu? Sebab...diorang "terlebih" pandai! Diorang sengaja buat begitu untuk melakukan provokasi terhadap SPR dan Kerajaan. Mereka sengaja nak cabar DYMM YDP Agong. Mereka sengaja nak cabar Polis. Mereka nak tunjuk hebat pada rakyat. Mungkin itu yang dimaksudkan dengan "demokrasi" ala-ala Saifuddin Abdullah untuk menghalalkan demosntrasi kottttt...???

Sumber: klik sini

2 comments:

Anonymous said...

Mereka memang cari PASAL dan cari HAL sebab memang Tak ada apa nak buat pun...maklumlah kerja untuk rakyat pun Semua BN yang buat..

nur jihad said...

tahniah la pd duke of umno, aku belum duke tp aku generation of umno! bijak cara hang menghujahkan hal spr tu, memang begitu caranya kita melampiaskan idea, bukan seperti komen bloggers dlm malaysiakini yg sudah tentunya geng pkr/pr/bersih yg sgt dangkal otaknya! kita kena terus mencernakan idea yg bernas dlm usaha menangkis tohmahan malaysiakini bloggers! jgn jd mcm antimamak and geng yg memang sgt bodoh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!