Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, June 28, 2011

Tidak mengapakah Malaysia nanti berPMkan seorang pelanggan China Doll?


Fakta di mahkamah jelas menunjukkan bahawa sememangnya 99.99% lelaki di dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim, papa kepada Izzah, suami kepada Wan Azizah. Itu fakta yang tidak boleh dipertikai lagi. Siapa yang mempertikai, boleh didakwa atas tuduhan menghina mahkamah.

Bagaimanapun, saya percaya, masih ramai lagi puak-puak penyokong pakatan haram yang menolak fakta tersebut. Ada yang menyatakan mustahil lelaki itu adalah Anwar. Ada yang mempertikaikan kajian dan siasatan kedua pakar dari U.S itu. Malah ada yang mempersoal mengapa tidak dikatakan lelaki itu 100% Anwar Ibrahim?

Pada saya, puak-puak ini hanyalah puak-puak upahan Anwar yang ditugaskan khas untuk menangkis isu yang mendedahkan keburukan Anwar. Atau, mereka ini adalah golongan puak taksub kepada Pak Syiekh, kononnya bekas Presiden ABIM takkan bersikap begitu!

Mereka ini adalah golongan yang "hopeless"! Sekiranya Anwar berzina di depan mereka sekali pun, tentu mereka akan kata itu bukan Anwar. Golongan sebegini memang wujud di dalam PKR dan pakatan rakyat..

Namun, bagi rakyat yang rasional mindanya, tentu mereka menerima baik fakta mengenai Anwar tersebut. Sudah ternyata lelaki itu Anwar, habis tu nak kata macamana lagi? Takkanlah nak kata lelaki itu Nik Aziz Nik Mat pulak!

Saya fikir, sekiranya terbongkar sebuah video seks yang pelakonnya hanya mirip sedikit sahaja dengan pemimpin BN tentu semua juak-juak Pakatan Haram itu akan melompat-lompat menuduh beliau. Dan sekiranya pakar menganalisis video tersebut menafikan dakwaan itu, sudah tentu juak-juak itu akan terus menerus menuduh pemimpin BN sebagai pelakon video itu.

Begitulah juak-juak Pakatan Haram yang tidak mahu mengakui tentang kebenaran dan membezakannya dengan fitnah. Mereka tahu hukum fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh, namun mereka ketepikan hukum Allah itu semata-mata demi kepentingan politik.

Sebab itulah saya katakan bahawa mereka hilang rasional berfikir. Mereka melebihkan politik berbanding hukum Islam itu sendiri. Mereka berdegar-degar bersembang mengenai Islam, tapi diri mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka sedang menolak ajaran Rasulullah SAW yang sebenarnya...

Wallahua'lam.

2 comments:

semod merah said...

http://drmaza.com/home/?p=1430

semod merah said...

http://drmaza.com/home/?p=1430

Bila Kak Su Bersuara... Heh!