Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, June 23, 2011

Tak payah la cakap banyakkkk...ISAkan aje..!!!


“Prevention is better than cure”, begitulah lebih kurang bunyi pepatah Inggeris. Saya bukannya pandai sangat berbahasa Inggeris, saya bukan produk PPSMI. Namun, cikgu subjek Bahasa Inggeris saya dulu pernah ajar mengenai pepatah ini. Maksudnya, “pencegahan lebih baik dari mengubati”…

Maksud tersirat dari pepatah tersebut ialah kita mestilah mengambil langkah pro-aktif untuk mencegah sesuatu perkara negatif dari berlaku dengan melakukan tindakan yang sewajarnya. Sebagai contoh, sekiranya kita tahu Perhimpunan Bersih itu membawa mudarat kepada ramai pihak, maka ia harus dicegah sebelum berlaku.

Baru-baru ini, Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hisyamuddin ada menyebut bahawa pihaknya tidak akan mengeluarkan permit kepada Bersih 2.0, PERKASA dan Pemuda UMNO berhubung tujuan mereka untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini. Itu langkah pertama untuk menyekat perhimpunan itu dari terus menyusahkan warga ibunegara pada tarikh tersebut.

Namun, saya ingin tegaskan di sini, saya menunggu langkah kedua dari PDRM dan KDN sendiri untuk menahan semua pemimpin cuba mencetuskan kekacauan itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada saya, untuk peringkat pertama, PDRM dan KDN wajib menangkap pemimpin Bersih 2.0 atau mana-mana pemimpin politik yang menyatakan pendirian menyokong dan bakal menyertai Bersih 2.0.

Ini adalah memandangkan mereka inilah punca untuk mencetuskan kekecohan pada 9 Julai ini. Sekiranya mereka diISAkan, berkemungkinan Bersih 2.0 akan dibatalkan kerana tidak ada penganjur yang berkaliber untuk mencetuskan kekecohan itu.

Setelah pemimpin Bersih 2.0 diISAkan, sila tahan pula pemimpin PERKASA dan Pemuda UMNO sekiranya mereka memutuskan untuk mengadakan perhimpunan Gerak Aman – Anti Bersih 2.0 itu. Ini adalah untuk memastikan tiada langsung sebarang cubaan untuk mengadakan demonstrasi jalanan pada 9 Julai ini. PDRM wajar tahan semua “kepala-kepala” pengacau ketenteraman rakyat ini.

Namun, sekiranya Bersih 2.0 dibatalkan setelah pimpinannya ditahan, saya dimaklumkan bahawa PERKASA dan Pemuda UMNO turut akan membatalkan rancangan masing-masing ekoran tidak ada apa yang hendak dibantah lagi. Oleh itu, mungkin PDRM tak perlu lagi menahan pemimpin PERKASA dan Pemuda UMNO lagi, kecuali mereka tetap berdegil untuk berhimpun pada 9 Julai itu nanti.

Sehingga kini, lebih dari 400 laporan polis telah dibuat terhadap rancangan Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung pada 9 Julai, bulan depan. Di Facebook pula, lebih dari 1000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat mengutuk, mengecam dan membantah rancangan NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai “Bersih”.

Kesimpulan dari bantahan tersebut, Perhimpunan Bersih 2.0 yang didalangi oleh pihak Pakatan Pembangkang ini jelas memudaratkan. Petekma, sebuah persatuan Teksi di Lembah Klang juga baru-baru ini membuat laporan polis, membantah Perhimpunan tersebut dan menyatakan bahawa perhimpunan sebegitu mampu mengurangkan rezeki mereka sebanyak RM150.

Namun, meskipun pelbagai bantahan dan laporan polis dibuat terhadap bantahan tersebut, sehingga sekarang, masih belum ada sebarang tindakan dilakukan terhadap penganjur perhimpunan yang menyusahkan rakyat itu. Apakah laporan-laporan polis tersebut tidak laku di mata PDRM?

Saya menantikan tindakan. Saya faham bahawa pihak polis harus menyiasat sesuatu laporan polis yang dibuat sebelum di ambil tindakan terhadap mereka. Namun, secara logiknya, apa lagi yang nak di siasat oleh PDRM? Bukankah sudah jelas bahawa perhimpunan tersebut bakal menimbulkan kekacauan dan huru-hara pada 9 Julai nanti?

Kita imbas kembali perhimpunan Bersih pada tahun 2007. Pada mulanya, penganjur mendakwa bahawa perhimpunan itu akan dibuat secara aman, tanpa menimbulkan sebarang aktiviti negatif. Kemudian apa yang berlaku? Saya fikir, pihak PDRM lebih tahu dan lebih arif tentang apa yang berlaku ketika itu memandangkan merekalah yang berhadapan dengan pencetus kekecohan tersebut.

PDRM tidak ingatkah bagaimana pengacau-pengacau keamanan awam itu mencederakan anggota polis yang ditugaskan mengawal perhimpunan pada 2007 tersebut? Apakah PDRM lupa bagaimana mereka dibaling batu dan berhadapan dengan ribuan pengganas awam yang memakai baju kuning sambil memaki hamun serta mencarut pada mereka?

Pada hemat saya, sewajarnya pihak PDRM, khususnya Ketua Polis Negara mengambil tindakan keras terhadap mereka-mereka yang bakal mencetus kekacauan ditempat awam ini. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah “senjata” paling ampuh untuk mematahkan kekecohan yang bakal melumpuhkan lalu lintas berjam-jam di ibu negara itu.

ISA adalah di dalam bidang kuasa PDRM dan bukannya terletak di tangan Kerajaan atau Menteri Kementerian Dalam Negeri. ISA adalah kuasa yang diletak di dalam penguasaan PDRM dan hanya perlu diserahkan kepada Menteri KDN untuk ditandatangani. Tandatangan tersebut hanyalah sekadar protokol untuk dipatuhi.

Janganlah Ketua Polis Negara rasa bimbang dengan ancaman atau kutukan dari pihak pembangkang. Puak-puak itu memang sedia maklum sering menyerang dan mengutuk pihak PDRM setiap masa. Sama ada PDRM tahan mereka di bawah ISA atau tidak, mereka akan tetap memperlekeh dan mengecam PDRM.

Pada saya, PDRM perlu lebih peduli dengan kecaman atau sindiran rakyat sekiranya gagal menangani perhimpunan yang bakal menyusahkan mereka. Sekiranya perhimpunan ini gagal disekat oleh pihak polis dan berlaku sesuatu yang tidak diingini, rakyat akan menuding jari pada PDRM juga. Oleh itu, usah fikir lagi, tahan saja “kepala-kepala” perhimpunan Bersih 2.0 itu di bawah ISA.

Barulah PDRM akan dilihat sebagai “mendahulukan dan mengutamakan rakyat”! Pada saya, biarlah kita dicemuh pihak pembangkang yang tidak bertamadun itu dari dicemuh rakyat yang sepatutnya kita lindungi dan hormati hak serta kepentingan mereka. Semoga PDRM lekas-lekas ambil tindakan!

Sumber: dari sini

6 comments:

Anonymous said...

aku tak kisah hisamuddin nak guna apa undang2 sama ada ISA atau lain terpulanglah yang penting pembenterasan kepada mereka yang hendak menkucar kacir negara perlu dilaksanakan dari sekarang. Meneteri KDN jangan hanya pandai berkata2 tapi tindakannya tiada,

Abbs said...

kah kah kah... yg membantah 14222 manusia bangang dan bodoh.. yg nak himpunan BERSIH secara aman 1372219 manusia yg mahu kan perubahan. kah kah kah

kah kah kah.. wei brader.. ape lagi nak di kate.. lu ingat rakyat mesia sanggup lagi ke kene kelentong dgn pemimpingok umno apco lu tu ? kah kah kah..

lu kene ingat KERAjaan sapu mesia ni tahu akibatnye jika mereka menangkap pemimpin2 pembangkang skang kerana ape yg berlaku di mesir dulu 90% boleh berulang.. kah kah kah

lu ingat golongan muda macam lu ke golongan2 tua yg bongok2.. tak tahu perlembagaan..

himpunan di benarkan lew dalam perlembagaan.. lu ni ngaji ke tak pasal perlembagaan ni ? kah kah kah..

nasib lew lu nak aprove kew idak komen gua ni kah kah kah

Anonymous said...

sumbat je sume dalam ISA tu..muat

mesir tak sama dgn malaysia, senario berbeza

kalau stakat berpandukan stat yang sah2 meragukan baik tak payah..

aku cukup suka ada perhimpunan ni, seronok tgk polis libas budak2 melayu bodoh yang tak sedar diri tu

Anonymous said...

hak untuk berhimpun mmg ada dalam perlembagaan

tapi kene ada permit

by the way org tua2 tak bodoh macam orang muda sekarang ni

dan perlembagaan tu org tua2 gak yg buat bukan budak baru abih u atau tak pernah masuk u

Anonymous said...

nak berhimpun melalak sampai nak mampus pun buat jer kat Stadium..apahal nak buat tepi jalan..kerja bodoh dan menyusahkan org ramai..

Kamal Sanusi said...

Satu pihak mahukan bersih. Satu pihak mahukan kotor.

Pandai-pandailah hampa nak yang mana satu kerana ianya mencerminkan sikap dan tabiat diri sendiri.

Org putih yg pernah jajah Malaysia kata "Courtesy begins at home"

Kalau rumah pun dok kotoq, penghuni dia pun pengotor, dan tentu dia akan memilih apa yg kotoq saja.

Heheeheee....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!