Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, June 22, 2011

Tahniah Malaysiakini, anda memang hebat..!!! No.1 pembelit berita...


Semalam, malaysiakini dimarah Hakim Mahkamah kerana menyiarkan berita bohong. Pada saya, mungkin Hakim tu sudah hilang sabar dengan editor dan wartawan malaysiakini yang sering spin berita, kononnya lebih sensasi...

Tapi sehingga kini, malaysiakini masih lagi belum membuat satu kenyataan permohonan maaf bagi siaran berita yang di anggap bohong oleh Hakim tersebut. Mungkin malaysiakini tidak punya rasa bersalah atau malu dengan teguran keras itu. Memang muka tembok, mungkin...

Setahu saya, saya pernah berbicara dengan salah seorang wartawan malaysiakini. Menurut wartawan itu, sekiranya gerakan reformasi tidak wujud, tidak mungkin malaysiakini akan wujud. Jika tidak kerana Anwar, mungkin malaysiakin tidak akan pernah lahir. Maksudnya, malaysiakini dilahirkan kerana Anwar dan agenda reformasinnya...

Jelas sekali malaysiakini boleh dikatakan sebagai pro-pembangkang. Meskipun dinafikan oleh pihak editornya, Prem dan Steven Gan, semua rakyat negara ini tahu "tuan ghaib" disebalik malaysiakini, "Konrad...", anda sambung sendiri...

Setahu saya, malaysiakini tidak pernah menyiarkan perkara positif mengenai kerajaan. Memang benar dia melaporkan apa yang dikatakan, tapi laporannya itu jelas sekali memutar belitkan kenyataan sebenar yang cuba disampai. Hati-hati apabila membaca di malaysiakini..

Sebagai contoh, bagaimana Shahrizat Jalil tiba-tiba saja dikecam oleh rakyat tentang kejadia tanah runtuh di Hulu Langat...

Ada wartawan bertanya pada Shahrizat, adakah mangsa tragedi ini hanya melibatkan anak yatim sahaja? Shahrizat menjawab, tidak semua mangsa adalah anak yatim. Dengan ayat itu saja, malaysiakini mampu spin kenyataan Sharizat hingga Menteri itu dilihat negatif dan dikaitkan dengan isu double standard antara anak yatim dan bukan anak yatim. Padahal, Shahrizat hanya menjawab soalan dengan betul dan menjelaskan fakta tragedi...

Satu isu lagi ialah apabila Shahrizat ditanya sama ada Madrasah tersebut didaftarkan di bawah kementerian. Oleh kerana Madrasah tersebut tidak pernah didaftarkan dibawah kementerian, maka Sharizat pun jawab, tidak pernah didaftarkan. Terus malaysiakini dan malaysian insider "quote" jawapan itu dan spin berita seolah-olah Syahrizat seolah-olah membezakan sama ada madrasah tersebut didaftarkan atau tidak sebelum bantuan diberikan. Padahal, madrasah itu mendapat bantuan yang paling banyak dari Kerajaan dan pelbagai Kementerian meskipun tidak didaftarkan.

Itu baru dua contoh isu yang di spin oleh malaysiakini. Banyak lagi yang di spin. Tiap-tiap hari di spin. Mana tak seronoknya mereka spin. Dengan spin story, bohong, tipu dan putar alam laporan sebenar, malaysiakini boleh berbangga dengan kedudukan ketiga tertinggi dalam ranking alexa. Putar alam mereka mendapat sambutan baik dari rakyat! Tentulah malaysiakini akan lipat gandakan usaha spin story mereka itu...!

Sudah tentu rakyat suka berita yang sensasi. Namun, dengan nilai berita yang bohong, di spin sesuka hati begitu, pada saya, laporan mereka itu layak di tong sampahkan saja. Tidak beretika dan banyak helahnya. Tidak mencapai maksud kenyataan yang disampaikan pun. Lebih banyak sampah dari kebenaran...

Bila malaysiakini nak mohon maaf dari mahkamah dan rakyat malaysia? Tak malu ke duduk diranking nombor 3, tapi kuat menipu dan putar belit? Ermm..mungkin malaysiakini bangga dengan kejayaan mereka memutar belitkan minda rakyat Malaysia. Tahniah la malaysiakini. Anda memang hebat menipu rakyat!

1 comment:

Anonymous said...

MalaysiaKuno Pukimak!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!