Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, June 9, 2011

Sejuukkk Antartikaaa..!!! Bersih 2.0: Hanya orang bodoh saja yang akan hadir..!!!


Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk menyusup masuk ke Muktamar Pas ke-57 yang berlangsung di Markaz Tarbiyah Pas, Taman Melewar, Gombak. Itupun dihari yang terakhir perhimpunan tersebut. Pad hari terakhir itu, hujan turun dengan lebat, mungkin kerana menyambut kehadiran saya di tempat musuh politik itu.

Ketika mahu pulang, saya terdengar pengumuman dan kempen dari pembesar suara. Rupanya jurucakap tersebut sedang berkempen kepada para ahli Pas untuk menghadirkan diri pada perhimpunan Bersih 2.0, yang dijangka berlangsung pada 9 Julai depan, di ibu negara.

Jurucakap Pas tersebut beriya-iya berkempen meminta para perwakilan dan penyokong-penyokong Pas dari seluruh negara untuk sekali lagi datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk berdemonstrasi jalanan, kononnya mahu memastikan keadilan dan ketelusan pilihanraya.

Pada saya, ini kerja gila! Pada saya, adalah sangat membuang masa, wang ringgit dan tenaga bagi sesiapa saja dari Johor hingga ke Perlis, dari Sabah dan Sarawak, untuk hadir ke Kuala Lumpur hanya semata-mata untuk ditembak dengan meriam air atau “water cannon” yang mampu mereputkan pakaian mereka.

Ini adalah perkara sia-sia dan adalah sesuatu yang bodoh untuk disertai oleh mana-mana individu yang dikurniakan akal yang waras. Apakah mereka fikir dengan berdemo seperti itu maka ia akan menghasilkan perubahan yang positif terhadap desakan mereka? Setahu saya, proses pilihanraya negara ini adalah antara yang paling telus di dunia. Apa lagi yang mereka mahu?

Jika mahu penggunaan dakwat kekal, pihak SPR sudah lakukan lebih dari itu. Jika mahukan pilihanraya yang telus, pembangkan g sendiri punya pemerhati dalam setiap proses pengundian di setiap pusat mengundi. Jika mahu pengundi pos dihapuskan, kemukakanlah mekanisme yang realistik untuk dikaji sebelum diimplimentasikan. Mahu apa lagi? Semuanya boleh dilakukan tanpa berdemo.

Jika sekadar mahu menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, tak payah berdemo pun boleh diserahkan. Mengapa perlu Pakatan Pembangkang ini menyusahkan pengguna jalanraya yang bakal berdepan dengan kesesakan lalulintas dan peniaga yang akan rugi ekoran premis perniagaan mereka terpaksa ditutup kerana keganasan para pendemo?

Pada saya, Demo Bersih 2.0 ini tidak lain hanyalah untuk melakukan provokasi terhadap Kerajaan dan secara tidak langsung merugikan, menyusahkan dan memperbodohkan minda rakyat! Tiada faedah dari segi ilmiah pun yang bakal diperolehi oleh para peserta demo ini.

Pada pandangan saya, adalah lebih berfaedah bagi penyokong Pas dan Pakatan Pembangkang ini menghadiri program yang lebih bermanfaat seperti Karnival Inovasi Islam yang baru-baru ini dirasmikan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong pada 2 Jun yang lalu. Lebih banyak faedahnya dari perhimpunan Bersih 2.0 itu.

Malangnya, amat sedikit sekali dari kalangan penyokong Pas yang ingin menyertai program yang ilmiah, berinformasi dan bermanfaat seperti itu. Karnival Inovasi Islam yang berakhir pada 5 Jun lalu itu tidak disebut langsung oleh jurucakap Pas itu meskipun karnival itu berlangsung ketika Pas sedang bermuktamar. Kempen provokasi lebih menjadi keutamaan Pas berbanding kempen tentan sesuatu yang lebih berfaedah untuk dilakukan.

Justeru itu, saya menggesa kepada para penyokong Pas dan Pakatan Pembangkang agar berfikir dengan akal yang dikurniakan Allah itu sebaiknya untuk menilai sama ada wajar atau tidak untuk membazir tenaga dan masa menyertai perhimpunan yang lebih mirip kepada kekacauan itu atau tidak. Saya tidak memaksa, namun saya fikir, hanya orang tak punya akal saja yang akan hadir.

Sumber: Click sini

3 comments:

Anak Lenggong said...

Penyokong PAS kan selalu letakkan otak dikepala lutut..mereka ni hanya mengikut je arahan daripada pemimpin mereka tanpa memikirkan kesan serta apa tujuan perkara itu diadakan. Disebabkan terlalu tabsub dengan kelentong pemimpin mereka sanggup dijadikan barua..pacacai dan kuda tunggangan cina dap dan nuar brahi. sedangkan pabila mereka ditangkap dan didakwa ..pihak PAS tidak memperdulikannya dengan alasa mereka ni bukan ahli dan juga mereka tidak dipaksa menyertai nya..

Mohd said...

Walaupun apa yg diperkatakan di sini nampaknya mudah sangat tapi fikirkanlah:
1. Pihak Pakatan Rakyat tahu yg mereka tidak mungkin dapat merampas pemerintahan dpd Kerajaan BN dengan cara demokrasi. Kerana rakyat dah nampak cara buruk mereka memerintah di Selangor, Penang, Kedah, Kelantan dan di Perak sekejab. Itulah sebabnya DUN negeri2 ini tidak akan dibubarkan oleh pembangkang jika PRU13 diistiharkan sekarang. Mereka mahu merembat duit rakyat selagi yg boleh.
2. Kaum Cina DAP telah mengarahkan Mat Sabu utk membuat demonstrasi bersih. Mat Sabu memangnya terhutang budi dgn Lim Guan Eng dan DAP Penang dan Mat Sabu pula adalah seorang pakar demonstrasi.
3. Dgn pembiayaan dari DAP, Mat Sabu akan mengumpulkan lebai2 PAS yg sudah biasa jadi keldai DAP.
4. Dgn begitu ramai orang yg berkumpul, adalah sangat mudah utk mencetuskan huru-hara. Akibatnya yg berdemonstrasi akan jadi rusuhan menentang pihak Keselamatan Kerajaan.
5. Pihak DAP akan memerhatikan dari jauh sahaja.
6. Kaum Melayu janganlah lupa bahawa Armada Amerika ada berdekatan saja di Singapore, kononnya utk membuat latihan tentera dgn tentera Singapore.
7. Bila tercetus shj rusuhan di Malaysia, Amerika akan masuk campur dgn membantu perusuh2 menentang tentera Kerajaan, kononnya utk menjaga keselamatan negara Singapore.
8. Senario yg sama akan berlaku spt yg telah terjadi di negara2 Arab baru2 ini.
9. Dgn itu, mudah sajalah bagi DAP memerintah The Republic of Malaysia.
Dari masa itu bermulalah mimpi ngeri utk kaum Melayu yg akan mengemis di tanah air sendiri spt yg telah berlaku di Singapura.
CEGAHLAH SEBELUM PARAH.
Melayu mudah lupa ????????????

Anonymous said...

Mereka sengaja buat kacau dan bila diambil tindakan polis akan membuat macam macam tomahan deraan untuk simpati rakyat. Ini taktik ketua mereka, Al Juburi.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!