Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, June 7, 2011

Sejukkkkk sesangattt..!!! Ini rupanya "Pedang Allah" yang buat video clip tak senonoh tuuu..!!!

Inilah rupanya "Pedang Allah" yang buat video klip tak senonoh tu...!!!

Panas jugak hati ini bila membaca twitter dan melihat sikap Gambit Saifullah, pengarah klip video "Marilah". Dalam video klip itu Gambit Saifullah mengarahkan Shah Jazzle dan Prema Yin melakokan adegan "pasangan suami isteri yang sedang ghairah berkelamin". Kononnya, klip video itu untuk tontonan luar negara!

Hebat benar alasan Gambit Saifullah untuk menghalalkan perkara yang haram!

Cuba tengok apa yang ditulis di twitternya...kurang ajar betul..!!!

Saya andaikan nama "Gambit" itu adalah nama glemer, manakala "Saifullah" adalah namanya yang sebenar. Untuk pengetahuan pengarah tersebut, "Saifullah" membawa maksud "pedang Allah" dan gelaran sebegitu pernah diberikan kepada pahlawan Islam yang digeruni, Khalid Ibnu Al-Walid.

Oleh itu, saya mengandaikan Gambit Saifullah beragama Islam. Namun, sebagai seorang pengarah yang beragama Islam, apakah dia tidak peka pada hukum halal dan haram dalam Islam? Bukan saja berpegangan tangan sesama bukan muhrim, malah melakonkan adegan panas antara suami isteri! Siapa nak tanggung dosa Shah Jazzle dan Prema Yin?

Cuba tengok...cari la idea lain kalau nak tunjuk intim pun..ini bukan hollywood brooo...

Shah Jazzle ada membuat permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam. Sekurang-kurangnya dia meminta maaf. Tapi maaf tu, maaf la jugak, lain kali jangan buat lagi. Fikir dulu sebelum buat apa-apa pun! Rujuk pada Islam dulu!

Tapi, Saifullah ternyata angkuh apabila mempertahankan tindakannya itu. Malah cuba memberikan "lame excuse" untuk menegakkan benang yang basah! Video klip itu untuk tontonan luar negara? Video klip berbahasa Melayu? Jangan nak temberanglah, bro! Orang bodoh saja yang beri alasan begitu. Bro nak tunjukkan kebodohan sendiri di khalayak ramai ke?

Sudahlah begitu, Saifullah ni melenting pula bila ditegur! Adakah patut dia meng"anjing"kan sesiapa saja yang menegurnya. Cuba lihat twitternya, adakah terpamer kekesalan dari respon yang diberikan itu? Angkuh benar! Sudahlah buat sesuatu yang haram, bila ditegur, dianjingkan pulak kita. Wajarkah begitu?

Pasa saya, Gambit Saifullah wajar di "ban" sahaja dari sebarang aktiviti hiburan tanahair. Sesiapa yang menyokong atau memberikannya ruang untuk berkarya, turut wajar diboikot! Gambit Saifullah harus di "gam"..!!!

Kecuali, dia bertindak memohon ampun dari Allah, serta bertaubat dari dosanya itu. Kemudian, dia mesti mengeluarkan kenyataan meminta maaf secara terbuka atas ketelanjurannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak yang menegurnya. Dan dia perlu dipantau beberapa tahun agar tidak mengulang perkara-perkara yang menghalalkan perkara yang haram! Itu sebagai pengajaran.

Jika tidak, biarlah karier seninya berkubur selamanya. Industri hiburan tanahair tidak memerlukan seorang karyawan yang bersikap kurang ajar pada hukum Islam. Industri hiburan negara tidak memerlukan seorang karyawan yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan budaya ketimuran. Buat masa ini, Gambit Saifullah harus dihukum!

KPKK harus bertindak..!!!

4 comments:

Anonymous said...

Kenapa Menteri yang betanggungjawab tidak GAM terus artis ini,dah terang lagi bersuluh video tu melanggar adat kesopanan orang melayu yang ditonton oleh semua lapisan masyarakat,artis buka baju kena GAM,jangan pilih bulu la Rais Yatim

mualaf said...

anak2 melayu dok merapu sesaja...anak2 cina dok rebut nak dpt biasiswa...

Anonymous said...

Video ini taklah tahap porno seperti video yang diulangtayang hari2 di TV3. Takde pulak puak2 UMNO mengutuk.

Anonymous said...

Budak tak berapa cerdik... tok sah dilayan

Bila Kak Su Bersuara... Heh!