Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, June 29, 2011

Panassss..!!! Wardina beri tempoh 14 hari saja pada blogger..!!! Kalau tidakkk...samannn..!!!


Blogger-blogger yang bertindak menyerang dan menuduh Wardina Safiyyah terlibat dengan gerakan Kotor 2.0 dan Pakatan Haram diberi tempoh 14 hari untuk menarik balik artikel, posting atau entry mereka. Jika tidak, lawyer Wardina akan ambil tindakan undang-undang. Saman le tu maknanya.

Pagi tadi, pada pukul 9 pagi, Wardina bersama lawyernya telah membuat sidang akhbar di Kelab Darul Eshan, berhubung tuduhan beberapa media internet (blogger la tu..)yang menuduhnya terbabit dengan program Najis 2.0 dan besekongkol dengan parti politik pembangkang.

Dalam sidang media tersebut, Wardina menafikan sekeras-kerasnya kedua-dua tuduhan itu dan menjelaskan ia merupakan salah faham yang menimbulkan persepsi buruk terhadapnya. dia turut meminta maaf kepada semua kerana insiden yang dia sendiri tidak menyangka ia akan terjadi begitu. Dia juga menyatakan kesungguhannya untuk tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.

Selanjutnya, Wardina kata, dia akan bercuti selama 2 bulan. Press Conference Wardina pada mulanya hanya memakan masa 10 minit. Dia datang, buat kenyataan lepas tu Wardina nak balik. Tapi wartawan minta Q & A session, PC diteruskan...tu pun lawyer dia lebih banyak cakap dari dia...

Okay. Memandangkan Wardina sudah minta maaf dan jelaskan apa yang berlaku sebenarnya, maka saya pun ingin meminta maaf kepadanya sekiranya ada entry saya yang menyinggung perasaannya. Namun saya percaya, tidak ada satu pun entry blog saya yang menuduh Wardina sebagaimana yang dinyatakannya itu.

Saya tidak pernah menuduh Wardina bergiat aktif bersama PKR, Pakatan Haram atau Najis 2.0. Entry-entry saya mengenai Wardina sebelum ini hanya memohon agar dia menjelaskan beberapa perkara yang agak keliru. Sila klik sini untuk membaca entry itu.

Sebahagian dari persoalan yang saya timbulkan telah Wardina jawab. Namun, ada beberapa soalan yang belum lagi mendapat sebarang penjelasan dari Wardina. Berikut adalah persoalan yang belum Dina jawab:

DINA...SILA JELASKAN SOAL DIBAWAH INI...

Wardina kena jelaskan twitternya ini untuk mengelak kekeliruan berlaku lagi...
  1. Apa maksud Wardina dengan apa yang dikatakan pada twitternya kepada Shahrizat Jalil itu? Wardina nak "sitting in there doing what you're doing"?

  2. Wardina tidak pernah menjelaskan pun tentang twitternya yang ditujukan kepada Shahrizat. Boleh Wardina jelaskan apa motifnya?

  3. Sekiranya Wardina menjadikan Shahrizat sebagai "idol" untuk membuat penggulungan di Parlimen, rasanya Wardina tak perlu tulis di twitter Shahrizat, terutama untuk memberi komen pada twitter Ketua Wanita UMNO itu. Wardina boleh meluahkan kekagumannya pada Shahrizat di blognya, Realams of Constant Change, di facebooknya atau ditwitternya sendiri. Pokok pangkalnya, mengapa perlu respon begitu kepada Shahrizat?
Itu adalah di antara persoalan-persoalan yang perlu Wardina jawab untuk membersihkan namanya. Harap Wardina tidak bersikap seperti Anwar Ibrahim yang enggan menjelaskan tentang OMEGA. Harap Wardina tak marah dan senyum selalu macam dulu-dulu. Tapi penjelasan tetap dituntut agar menghilangkan kekeliruan peminat seperti kami...

p/s: Saya juga peminat Wardina, imejnya bersih dan bertambah baik. Namun sayang, Wardina diperdaya, dipermainkan dan dijadikan "modal politik" oleh Nik Nazmi...harap Wardina keluar dari kelompok itu dari terus mengotorkan namanya...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!