Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, June 30, 2011

Panasss..!!! Survey warga KL, rakyat marah Kotor 2.0..!!! Kalau PRU, rasanya BN menang besar..!!!


Semalam sebenarnya ialah hari off-day aku. Cuti. Seharian aku round KL buat tinjauan orang ramai mengenai perhimpunan Kotor 2.0. Bermula dari jam 11 pagi, sampai ke waktu Isyak, saja ja aku merayau buat survey sikit. Apa kata rakyat pasal perhimpunan 9 Julai tu...

Rupa-rupanya, dari makcik-makcik dan pakcik-pakcik, sampai la ke bebudak sekolah, diorang semua tak setuju dengan Kotor 2.0 tu. Menyusahkan diorang je, katanya...

Nak tahu sebab utama diorang marah sangat kat perhimpunan tu? Kata diorang, KL ni tiap-tiap hari jalan sesak. Jammed memanjang, terutamanya waktu puncak. Inikan pula 9 Julai nanti!

Diorang kata, mesti polis akan tutup banyak jalan-jalan di KL ni. Nak masuk KL tak boleh. Nak pegi SOGO tak boleh. Nak pegi Jalan TAR tak boleh. Nak lepak CM tak boleh. Nak lepak KLCC tak boleh. Camana nak pegi kalau semua jalan tutup..?!!!

Bila jalan tutup, jalan-jalan yang tak ditutup hanyalah sedikit dan sudah tentu akan menyebabkan kesesakan jalan yang sangat teruk berbanding biasa! Lagi la diorang hangin! Kotor 2.0 punya pasal, habis diorang tak bebas nak ke mana-mana! Tu sebab utama. Tinjauan tu aku buat kat area SOGO dan Jalan TAR semalam.

Lepas tu aku ke Kg Baru. Lepas solat zohor, aku pekena nasi campur kat situ. Sok sek sok sek kat Kg Baru pulak. Dari Masjid Jamek Kg Baru lagi aku dengar diorang merungut pasal Kotor 2.0 tu. Diorang punya la hangin sebab Kg Baru dipilih salah satu check point geng Kotor 2.0 tu!

Diorang kata, hari biasa pun Kg Baru ni sesak dengan kereta. Cuba bayangkan pada 9 Julai ni. Dah tentu diorang nak keluarkan kereta dari garaj rumah pun tak boleh! Pintu pagar dah kena block! Ada sorang pakcik tu, siap kata lagi, kalau dia ada kereta block pintu pagar rumah dia, gerenti dia akan pecahkan kereta tu habis-habisan! Hahahahaaaaa...terus aku ketawa depan dia!

Lepas makan kat Kg Baru, aku turun CM pulak. Saja lepak situ. Dah lama tak jengok brader-brader kat CM tu melukis! Borak punya borak, rupanya brader-brader tu pun hangin jugak dengan Kotor 2.0 ni. Bising dan huru-hara kata diorang! Habis hilang ilham diorang nak berkarya! Aku hanya mampu senyum sumbing...! Lepas solat asar, aku gerak ke tempat lain...

Jalan jammed teruk! Maklumlah...waktu puncak. Baru aku teringat rungutan orang ramai kat SOGO tadi. Dah masuk waktu maghrib, baru aku tiba di The Mall. Solat maghrib kat situ. Then, aku lepak minum kat Starbuck kat depan tu. Rupanya ada beberapa geng Patriot kat situ...

Aku dengar je diorang sembang. Rupanya, diorang kata, puak-puak cyberwar Kotor 2.0 dah turun ke KL. Kebanyakkannya budak-budak muda berbangsa Cina. Diorang tinggal di hotel-hotel area Jalan Raja Laut. Diorang ni katanya ditugaskan buat provokasi untuk Kotor 2.0. Tak tau la betul ke tidak kata diorang tu. Tapi tengok gayanya, betul la tu kot...beriya-iya je nampak cara bercerita!

Bosan lepak kat situ, aku terus move on. Letih punya pasal, aku drive terus balik rumah. Ermmm..rupanya Kotor 2.0 ni menyusahkan rakyat rupanya. Baru aku tauuuu..! Err...puak-puak Kotor tu tau ke diorang tu menyusahkan rakyat? Heh?!

p/s: Rakyat dah mula marah kat puak-puak Pakatan Haram. Rasanya kalau Datuk Seri Najib buat PRU time ni, silap-silap BN boleh menang besarrrr..!!! Hahahaaaaa..!!!

1 comment:

Awan Fantasia said...

jangan jadi macam 13 Mei sudah...

TERPANAS SAAT INI :
Lebih Hangat Daripada BERSIH 2.0

Bila Kak Su Bersuara... Heh!