Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, June 2, 2011

Panasss...!!! Sampai hati Nasrudin Tantawi "belasah" Nik Aziz semalam...iskkk..iskkk..!!!



Semalam, Nasrudin Tantawi ada suruh Kerajaan PAS Kedah & Kelantan supaya peka dengan kehendak rakyat. Lepas tu, untuk PAS di negeri Selangor & Penang, dia suruh tunai manifesto PRU12 yang diorang janjikan dulu. Saya ketawa besar dengar apa yang Nasrudin Tantawi katakan itu!

Dalam konteks mantik, nampaknya Kerajaan PAS Kedah belum cukup peka dengan kehendak rakyat. Tak apalah, sebab PAS Kedah baru memerintah Kedah. Belum cukup berpengalaman dan cetek corak pentadbirannya. Azizan pun pernah mengaku, lepas dapat perintah Kedah, "baru dia tahu bahawa banyak manifesto yang depa tak mampu buat!".

Tapi, di Kelantan, PAS dah perintah lebih dari 20 tahun! Masih juga tak peka-peka dengan kehendak rakyat! Nik Aziz dan pemimpin PAS Kelantan ni "pekak-pekak" belaka ke apa? Nak kata tak berpengalaman, diorang dah perintah Kelantan lebih dari 20 tahun! Nampaknya, kepimpinan Pok Nik masih gagal dimata Nasrudin Tantawi!

Berani betul Nasrudin bantai Pok Nik dalam ucapannya semalam. Nasrudin, Pok Nik tu dah tua, kenapa kamu bantai dia lagi? Kesian la kat dia...dah la dia khabarnya ada kanser prostat tahap 5, jangan la balun dia teruk-teruk! Kamu kata Pok Nik "pekak" dan tak cukup peka? Ishhh...tak cium bau syurga nanti kamu ni nanti Nasrudin oiii..!

Di Selangor & Penang pula, PAS tak perintah, PKR dan DAP yang perintah. Macamana nak tunai manifesto PRU12? Kat Selangor tu, arak yang dirampas pun Hasan Ali kena hantar balik! Tak ada suara langsung! Nama saja PAS perintah sama-sama, tapi nampak sangat PAS tak ada kuasa apa-apa...jadi balaci je la kat Selangor tu!

Kat Penang? PAS terus tenggelam di bawah "Khalifah" Guan Eng diorang tu! Apa yang PAS mampu buat kat Penang? PKR pun kena "makan" dengan DAP, apatah lagi PAS? Lagi teruk la PAS Penang kena main dengan DAP! Lagi teruk dari tahap balaci nampaknya...

Mungkin itu yang Nasrudin nak katakan semalam. Tapi dia berkias dan tak "direct to the point" la. Biasalah, Nasrudin pun Melayu jugak, ada sifat berkiasnya.

Pada saya, kalau Nasrudin nak PAS menunjukkan kuasa dominan dalam menentukan dasar, ia hanya mampu dilakukan sekiranya PAS sertai BN. Sekurang-kurangnya dasar PAS akan dipertimbangkang apabila ada dikalangan pemimpinnya yang akan dilantik menjadi Menteri. Dalam Pakatan, jangan haraplah! Dapat jadi Exco pun, tak ada suara, apatah lagi nak laksanakan dasar PAS! Hancusssss...

p/s: Bijak la sikit dalam hal tahaluf siyasi, cara platform yang lebih menguntungkan dasar..bukan platform yang membalacikan diri sendiri! Paham ke, Nasrudin?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!