Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, June 4, 2011

Panasss..!!! Muktamar PAS 2011: Negara Kebajikan BUNUH Negara Islam!


Saya rasa terpanggil untuk mengulas ucap dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berkata mengenai penubuhan “negara kebajikan”, semalam. Dia kemudiannya menegaskan di dalam kenyataan akhbarnya bahawa PAS kini menumpukan fokusnya terhadap negara kebajikan berbanding penubuhan “daulah Islamiyah” yang selama ini dilaung-laungkan oleh PAS sejak zaman penubuhan parti itu.

Kebetulan, saya melalui rakan PAS yang bertugas di Muktamar PAS kali ke-57, berjaya lolos masuk ke sidang media tersebut. Terkejut sungguh saya apabila Hadi menyatakan bahawa penubuhan “negara kebajikan” adalah lebih penting dari penubuhan “negara Islam”! Sebab itulah maka mungkin PAS kini melupakan agenda utamanya untuk menubuhkan negara Islam. Saya yakin, sekiranya Harun Din ada bersama ketika PC tersebut, tentunya kepala Hadi sudah kena “luku” dengannya!

Menurut Hadi, PAS kini tidak mengutamakan negara Islam kerana agenda itu berada di dalam agenda negara kebajikan. Hadi kata, Islam wujud di dalam lingkungan dan merupakan sebahagian dari kebajikan! Pelik betul kenyataannya kali ini.

Pada saya, kebajikanlah yang berada di dalam Islam. Sekiranya menubuhkan negara Islam, sudah tentu negara kebajikan akan terlaksana secara tak langsung kerana kebajikan itu sebahagian dari Islam! Bukannya Islam itu sebahagian dari kebajikan! Kenyataannya itu terbalik dan songsang sama sekali.Tak masuk dek akal pemikiran seorang muslim!!!

Cetek benar kefahaman Hadi tentang Islam. Apakah dia fikir hanya kerana memberikan alasan “tahalluf siyasi” maka PAS dibolehkan mengenepikan Islam dan meng”aula”kan kebajikan? Saya fikir, Hadi mungkin terdesak untuk menjawab begitu ekoran di asak wartawan berbangsa Cina yang bertanyakan tentang negara Islam tadi. Mungkin dia tertekan dan tak perasan bahawa dia telah tersalah beri kenyataan!

Mungkin juga Hadi berkata demikian untuk siaran akhbar Cina dan PAS ingin menarik undi bangsa Cina pada PRU13 kelak. Dengan mengutamakan agenda penubuhan negara kebajikan dan melupakan agenda negara Islam, maka mungkin Hadi fikir dia sudah bijak untuk membeli jiwa pemimpin DAP dan bangsa Cina yang turut hadir ketika dia menyampaikan ucapan dasarnya pagi semalam.

Pada hemat saya, mungkin Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Anwar, Azmin dan Eli Wong sedang berdekah-dekah ketawa mendengar kenyataan Hadi ini. Mungkin mereka sedang mentertawakan PAS yang berpresidenkan seorang yang “bodoh” dan tentunya orang-orang PAS akan mudah dipermainkan lagi selepas ini.

Memang benar pun PAS bodoh, sekiranya tidak, masakan mereka yang selalu jadi balaci pencacai keldaian PKR dan DAP selama ini! Siapa yang sanggup tidur atas jalan sambil pegang bendera? Pencacai PAS, bukan? Untuk pengetahuan pembaca semua, rakan-rakan PAS saya sangat malu dengan perbuatan bodoh itu dan mereka sendiri turut menggelar penyokong parti yang bersifat begitu sebagai “bodoh”, “tolol” dan “pencacai pengangkat najis DAP dan PKR”!

Justeru itu, secara tidak langsung, maka kini sudah sah bahawa PAS sudah melupakan agenda penubuhan negara Islam dan mendaulatkan Islam di negara ini. DAP dan PKR pastinya bersorak sakan. Rakan-rakan PAS saya menggetap bibir marah! Baguslah begitu.

Nampaknya UMNO lebih pantas dan lebih cerdik untuk mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam. Meskipun tidak mengamalkan perundangan Islam sepenuhnya, sesungguhkan Kerajaan kita sedang menuju ke arah itu dan cuma mengambil masa yang lebih sedikit ekoran tidak ada kerjasama dari PAS sendiri. Namun, dari segi dasarnya, UMNO bertahun-tahun membuktikan bahawa dasarnya terhadap Islam lebih sederhana, fundamental dan realistik berbanding PAS yang hanya cakap saja lebih!

Sumber: MyKMU.net

3 comments:

Anonymous said...

bukankah Islam itu meliputi segala bidang...hadi patut mengatakan bahawa perjuangan negara islam diteruskan kerana didalamnya ada negara berkebajikan...

abu idris said...

Ar Rayah World News
Ciri-Ciri Negara Islam Yang Praktis
http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/06/ciri-ciri-negara-islam-yang-praktis.html

rotu.usm said...

Salam kepada semua...nak mintak izin admin nak tumpang promosi perniagaan boleh tak... boleh la klik sini...terima kasih...peace

Bila Kak Su Bersuara... Heh!