Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, June 4, 2011

Panasss..!!! Mat Sabu menang, Al-Juburi pening kepala..!!!




Nampaknya Pemilihan Pas pada Muktamar kali ini tidak boleh diselamatkan lagi. Pas semakin "mati" perjuangannya ekoran kemenangan Erdogan yang menguasai pucuk pimpinan Pas, kecuali bagi jawatan Presiden.

Bagaimanapun, saya merakamkan tahniah kepada "sahabat baik" Anwar, Mat Sabu yang berjaya menang sebagai Timbalan Presiden Pas. Saya rasa, Anwar mungkin menyumpah-nyumpah atas kemenangan Mat Sabu yang merupakan pengasas kepada gelaran "Al-Juburi" ini!

Sebagaimana kita tahu, hubungan Anwar-Mat Sabu memang tak pernah baik. Malah dikhabarkan bahawa pertelingkahan mereka memang serius hingga melibatkan pergaduhan secara peribadi (personal). Bukan hanya kerana gelaran "Al-Juburi" saja, sebenarnya banyak lagi "rahsia" Anwar yang ada dalam poket Mat Sabu! Mungkin itu yang dibimbangkan oleh Anwar...

Bagaimanapun, mungkin hati Anwar diubati dengan kemenangan Husam yang menjadi agennya di dalam Pas sejak sekian lama. "Pelaburan"nya terhadap Husam membuahkan hasil sedikit kali ini. Sekiranya Pok Nik mati pun sekali, Anwar ada "suara" jugak lagi dalam Pas!

Nampaknya, Pas sudah tidak lagi mementingkan kepimpinan ulama. Habis ulama dinyahkan. Mungkin ini kerja puak-puak Erdogan di dalam Pas. Sahabat-sahabat saya di dalam Pas, yang kebanyakkannya merupakan graduan dari Al-Azhar dan universiti-universiti di timur tengah turut menyatakan kekesalannya berhubung keputusan pemilihan Pas kali ini.

Saya kata pada sahabat saya yang sedang duduk di sebelah saya, "Bro, rasanya anta kena bertanding pemilihan Pas musim depan". Dengan selamba dia menjawab, "Ana tak gila jawatan macam puak-puak Erdogan tu..", katanya. Namun, sekiranya terpaksa, sahabat saya ini tidak menolak untuk bertanding sekiranya Erdogan terus merosakkan Pas pada masa akan datang!

Saya aminkan saja kata-katanya...

1 comment:

Anonymous said...

kita tunggu dan lihat ... apa yang akan berlaku selepas ini ...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!