Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, June 30, 2011

Panasss..!!! Krisis PAS - Anwar "Al-Juburi": PAS perlu hukum sebat ahlinya..!!!


Pas perlu menghukum ahlinya termasuk pimpinan mereka yang pernah menggelarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Al-Juburi’.

Ini kerana ramai para pemimpin Pas dengan tanpa segan silu pernah menuduh Anwar terlibat dengan kes homoseksual sewaktu bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih bersama parti UMNO.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata, kalau Pas benar-benar ikhlas dan istiqamah dalam prinsip mengenai qazaf, maka parti berkenaan wajib menghukum pemimpin-pemimpin mereka dahulu dengan 80 kali sebatan.

Katanya, mereka ketika itu terang-terang melakukan fitnah dan tuduhan liar terhadap Anwar .

” Para pimpinan, penceramah, termasuk ustaz-ustaz Pas menuduh Anwar Ibrahim sebagai Al-Juburi, tanpa bukti, tanpa empat saksi, hanya dengan dakwaan daripada seorang punjabi tak berserban!

” Dalam ceramah, dalam kuliah, dalam tazkirah, dalam himpunan dan dibanyak tempat, label ‘Anwar Al Juburi’ bergema di seluruh pelusuk negara pada masa itu, diiringi dengan lolongan takbir dan derma jihad.

” Teman tak pernah dengar masa itu kepimpinan, ulamak dan ustaz-ustaz Pas berkata tentang qazaf, teman tak dengar langsung ustaz-ustaz Pas bercakap tentang fitnah, teman tak dengar langsung pada masa itu ulamak-ulamak PAS berfatwa mengenai hudud qazaf dan lain-lain, ketika itu mereka tiada empat saksi, mereka tidak ada bukti, mereka tidak ada apa-apa langsung!,” tegasnya.

Beliau melontarkan persoalan tersebut dalam tulisan terbaru dalam blognya di http://zul4kulim.blogspot.com.

Menurut Zulkifli, dan sekarang apabila berhadapan dengan video klip seks, berdepan dengan saksi mata iaitu Datuk Eskay (yang ada ditempat kejadian), berdepan dengan pembuktian pakar dalam dan luar negara akan kesahihan videoklip tersebut, berdepan dengan pengesahan DNA, berdepan dengan kengganan Wan Azizah dan Anwar menunjukkan jam Omega, dan terlalu banyak bukti dan keterangan, para ulama, ustaz dan kepimpinan PAS bukan sahaja menolak secara membabi buta, malah mereka menjatuhkan hukuman qazaf dan mengisytiharkan ianya fitnah.

Katanya, dalam kuliah, tazkirah, ceramah, sampai mimbar Jumaat mereka menghukum qazaf semua orang demi membela seorang manusia yang mereka sendiri isytihar sebagai Al- Juburi beberapa tahun lepas

” Mengapa dengan bukti saksi mata, video klip, keterangan pakar, DNA, jam Omega dan lain-lain, tetiba keluar pula fatwa qazaf, hukum fitnah?

” Kesimpulannya mudah, ini semua adalah retorik dan sandiwara politik semata-mata…dengan memperkudakan ayat Al Quran dan hukum-hakam agama,” katanya.

Kata Zulkifli lagi, kalau Pas beriya-iya mahukan hukum qazaf dan fitnah dalam isu video klip, adalah wajib Pas menghukum para kepimpinan, penceramah dan para ustaz mereka yang menuduh Anwar dengan label Al Juburi, jika tidak, parti itu akan dilihat sebagai tidak konsisten, tidak istiqamah dan memperkudakan agama hanya kerana habuan politik kepartian. - mynewshub.my

1 comment:

Awan Fantasia said...

jika bersalah sila hukum..jika tidak bersalah,sila hentikan fitnah..

Terkini:
PERLUMBAAN MALAM??

Bila Kak Su Bersuara... Heh!