Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, June 19, 2011

Panasss..!!! Bukti Nizar memang bengap bertingkat-tingkat..!!!


Memang betul sangatlah kalau dikatakan Nizar Jamaluddin meroyan sebab kehilangan jawatan Menteri Besar Perak. Kesempatan selama 11 bulan buat Nizar Jamaluddin memegang jawatan Menteri Besar Perak, telah menjadikan matanya buta dan hatinya benak. Sehinggakan dalam banyak perkara, Nizar Jamaluddin tidak dapat mengenalpasti siapa yang lebih utama dan dalam bidang tugas siapa untuk sesuatu isu yang ditimbulkannya.

Apabila Nizar Jamaluddin membangkitkan usul Kementerian Pertahanan yang dimenterikan oleh Zahid Hamidi agar menyediakan tanah seluas 20 ekar untuk bekas anggota tentera, bekas Menteri Besar Perak itu sebenarnya tidak lebih daripada seorang munafik yang mempunyai lidah bercabang-cabang.

Ini adalah kerana kuasa memberi tanah adalah hak mutlak kerajaan negeri. Apa yang dilakukan oleh Nizar Jamaluddin sepanjang 11 bulan dia menjadi Menteri Besar?

Nizar Jamaluddin tidak peduli pun dengan bekas anggota tentera, sebaliknya yang didahulukannya adalah bekas penyokong-penyokong komunis dan simpatisan yang diletakkan serta dikumpulkan oleh kerajaan penjajah British di atas tanah Sultan yang kemudiannya dinamakan sebagai Kampung Baru.

Kepada golongan yang pernah menimbulkan kekacauan di negara ini, Nizar Jamaluddin telah memberikan hak pajakan selama 999 tahun. Tidak pula kedengaran sebarang usaha daripada Nizar Jamaluddin untuk mengenang kembali jasa-jasa anggota tentera yang telah berjaya mengamankan dan mematahkan kekacauan yang dilakukan oleh pengganas-pengganas komunis serta talibarut-talibarut mereka yang berada di luar hutan.

Bahkan DAP yang menjadi tuan besar kepada Nizar Jamaluddin mendesak kerajaan agar membenarkan Chin Peng menghabiskan sisa-sisa usianya di Malaysia, khususnya di Perak, kononnya, kubur ibu bapanya di Setiawan. Paling dikesalkan ialah apabila Chin Peng diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara, walaupun hakikatnya Chin Peng dan Parti Komunis Malayanya hanya membawa lebih banyak kesusahan, kemudaratan dan kekacauan kepada rakyat negara ini.

Sejarah Parti Komunis Malaya dan keganasan mereka di Perak juga sangat banyak. Tidak perlulah diungkit tentang estet-estet getah orang putih yang dijahanamkan, tetapi kegiatan komunis yang memusnahkan prasarana seperti serangan ke atas sistem keretapi terutama di Bukit Berapit, memberikan kesan yang sangat besar kepada penduduk Perak. Zaman di mana pengangkutan utama rakyatnya adalah bas dan keretapi, komunis menjadikan sistem pengangkutan yang paling banyak digunakan oleh rakyat awam sebagai sasaran dalam usaha untuk menimbulkan kegerunan kepada mereka.

Teluk Intan, Sungai Manik, Cenderung Balai, Langkap, Sungai Siput, Lenggong, Gerik dan banyak tempat lain di seluruh Perak mencatatkan keganasan komunis yang bukan sedikit. Walaupun para propaganda komunis masih berterusan menggambarkan pengganas-pengganas komunis sebagai Tentera Rakyat, namun saksi-saksi hidup tidak pernah bersetuju untuk memberikan label tersebut kepada mereka. Apatah lagi hajat dan tumpuan sebenar pengganas komunis untuk menjadikan Tanah Melayu salah satu koloni di bawah panji-panji Komunis China memang jelas terutama dengan Buku Merah yang menjadi kitab wajib mereka.

Apa sudah jadi dengan Nizar Jamaluddin? Apakah kerana Nizar Jamaluddin baru sedar, Pasir Panjang dan Bukit Gantang merupakan penempatan bekas tentera terutama sekali di Manjung, membuatkan dia menukar kepala otaknya? Kononnya dia memperjuangkan bekas-bekas tentera walhal pada ketika dia menjadi Menteri Besar, perjuangannya adalah untuk bekas-bekas komunis?

Ketika menjadi Menteri Besar Perak, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) pernah membuat permohonan tanah kepadanya tetapi jawapan yang diberikannya ialah dia tidak mempunyai kuasa untuk perkara tersebut. Padahal semua orang tahu, dia sebenarnya memang tidak berkuasa kerana dia hanyalah boneka yang dikawal oleh DAP terutama sekali oleh Nga-Ngeh!

Menurut Zahid Hamidi, Kementerian Pertahanan sentiasa memberikan sokongan kepada semua permohonan tanah untuk anggota tentera. Bagaimanapun, kuasa mutlak memberi tanah adalah milik Kerajaan Negeri.



Sumber: Click sini.

2 comments:

Anonymous said...

MUAK LAH TENGOK MUKA YG DAGU RATA DGN LEHER NIH !!

MASA AKU SEKOLAH DULU, MASA KAT KAMPUS DULU DAN MASA DAH KEJE SEKARANG NI..TERJUMPA MUKA YG SEPESEN MCM NIH MEMANG KARAKTER DIA 'IQ SLOW' DEKAT2 'BODOH2 ALANG' CUMA MEREKA NAMPAK PANDAI SAMPAI MASUK U SBB RAJIN.

MEREKA NI SAMA SEPERTI ORG PENDEK.. IAITU "SHREWD AND CUNNING"..CERDIK TAPI HATI KERING!
DAN ADA KECENDERUNGAN BALAS DENDAM SBB MASA BUDAK SELALU KENA BULI.

MAKA BILA DAH BESAR..SPESIS NI DEMAND PERHATIAN..SBB TU RAMAI SPESIS NI ADA NAMA.. CONTOHNYA ISA SAMAD, PAK N.AJIS (PENDEK) DAN NIZAR, SALAHUDIN (DAGU ALIAS LEHER)

Anonymous said...

komunis dah ke bandar le pakai KOT DAN TAI kereta pun besar

Bila Kak Su Bersuara... Heh!