Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, June 30, 2011

Gemparrrr..!!! Lynas: Bukti Fuziah Salleh TIPU RAKYAT...!!!

Aku tak faham dengan Fuziah Salleh, bekas Ketua Penerangan PKR yang bermusuh dengan Azmin Ali ini. Sudah la tak reti apa-apa pasal sains nuklear, tapi nak jadi "bandit queen" bantah Lynas di Gebeng, Kuantan.

Kononnya, dia prihatin sangat pasal kepentingan rakyat. Padahal, dia tipu rakyat dengan menimbulkan persepsi bohong mengenai Lynas. Dia takut-takutkan rakyat, kononnya Lynas tu akan jadi macam loji nuklear yang meletup macam di Fukushima baru-baru ini.


Padahal, Lynas tu hanyalah macam kilang kimia biasa saja. Malah kilang elektronik kat Penang tu lebih banyak keluarkan radiasi berbanding Lynas. Itu pakar penguatkuasa kawalan tenaga atom yang cakap! Pakar tu bebbb! Bukan Fuziah Salleh yang tak tau apa-apa pasal sains nuklear...!

Si Fuziah ni asyik bantah saja. Benda takde ancaman, dia kata ada ancaman. Benda tak ada apa-apa, diada-adakan. Dia bukan ada fakta pun. Dia main bedal saja. Bila orang pakar panggil dia untuk taklimat penjelasan, dia tak pernah datang pun! Bukan baru orang panggil dia, dari 2008 sampai sekarang, sekali pun dia tak pernah hadir!

Elok rakyat di Parlimen Kuantan kasi ajar Fuziah Salleh ni. Ni...baca kat bawah ni fakta mengenai Lynas. Dari pakar...bukan dari Ahli Parlimen "cap ayam" dari Kuantan tu...!!!
Lynas Kilang Kimia Biasa, Bukan Nuklear KUALA LUMPUR – Lynas hanyalah merupakan sebuah kilang memproses kimia nadir asli (ore) dan bukannya sebuah loji nuklear sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh sebilangan ahli politik pembangkang.

Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Hasmadi Hassan berkata, Lynas bukanlah sebuah loji memproses nuklear sebagaimana di Fukushima, Jepun, dan tidak merbahaya sama sekali terhadap rakyat sekitarnya.

“Lynas bukan loji nuklear macam di Jepun, ia hanya proses ‘ore’ (nadir asli) yang tidak memberi sebarang ancaman kepada kehidupan sekitarnya.


“Salah faham ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Kuantan (PKR) Fuziah Salleh, yang tak pernah turun ketika kami beri penjelasan mengenai Lynas,” katanya pada sidang akhbar penjelasan khas berhubung isu Lynas, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata, laporan penuh telah diberikan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai Lynas, malah mendapat sokongan penuh dari badan pemantau nuklear antarabangsa tersebut.


Hasmadi berkata, Malaysia menetapkan standard yang tinggi terhadap kawalan radiasi di Malaysia yang menetapkan hanya 1000 Bq per kg berbanding 20,000 Bq per kg di China dan 4,000,000 Bq per kg di Australia.


Bagaimanapun, Hasmadi menyatakan bahawa Lynas hanya memberikan 0.002 millisievert (mSv) setahun kepada penduduk tetap sekitar kilang tersebut.


“Paras ini adalah jauh lebih sedikit berbanding sinar radiasi yang dihasilkan oleh kilang-kilang elektronik dan bahan kimia sedia ada di Malaysia,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, pihaknya yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan tenaga atom dan nuklear di negara ini telah menjalankan kajian terperinci mengenai ‘ancaman’ yang didakwa oleh Fuziah mengancam kesihatan penduduk sekitar Gebeng dan hasilnya menunjukkan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.

Hasmadi juga turut mengecam tentang andaian yang dibuat oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa kematian seorang pegawai di Lynas baru-baru ini dikaitkan dengan kanser akibat kesan radiasi dari Lynas.

“Kilang Lynas itu belum pun siap strukturnya, bahan mentah pun tidak ada lagi dan masih dalam proses pembinaan.


“Bagaimana pula nak tuduh dia meninggal dunia disebabkan radiasi nuklear? Tak logiklah begitu, dia meninggal kerana sakit jantung,” ujarnya lagi.


Hasmadi turut berharap agar pihak yang keliru atau sengaja mengelirukan isu berhubung Lynas agar mendengar penjelasan dari golongan pakar yang diiktiraf IEAE dan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas mengenainya.

Isu pembinaan kilang Lynas dari Australia sebelum ini dibantah oleh beberapa ahli politik pembangkang atas dakwaan mengancam kesihatan penduduk setempat di daerah Gebeng, Kuantan.

Mereka juga turut mempersoalkan tentang kebimbangan mengenai kebocoran nuklear dan gas nuklear sebagaimana yang berlaku pada loji nuklear di Fukushima, Jepun, selepas dilanda gempa bumi serta tsunami baru-baru ini. -
mynewshub.my

7 comments:

Anonymous said...

KENAPE LA FUZIAH NI..
BERLAGAK PANDAI TAPI BOBOH RUPANYA...

Anonymous said...

bodoh rupanya si Fuziah ni...

Anonymous said...

Kepada saudara/i, kilang kimia yg telah beroperasi di Gebeng sekarang sebenarnya lebih bahaya sekiranya berlaku kebocoran berbanding dgn Lynas, tp bila ahli politik yg bercakap, susah sikit, tambah lagi ahli politik yg pengetahuan mengenai sains agak kurang. Yg nyatanya Lynas BUKAN loji Nuclear, tahap radiasi yg bakal terhasil adalah di bawah paras yg dibenarkan, sedangkan penggunaan h/phone pun menyebabkan kita terdedah kpd radiasi yg tak kurang bahayanya, sedarkah kita? Rasionalnya pihak berwajib telah menetapkan standard kepada tahap pencemaran/radiasi yg bakal dihasilkan dan kerajaan berhak mengarahkan Lynas ditutup setelah beroperasi sekiranya ia tidak mematuhi peraturan yg telah ditetapkan. Rasionallah sikit. Saya pun jenis kritis juga tp takkanlah smua benda kita nak bangkang, mana yg patut kita bangkang, kita bangkanglah, mana yg tak patut kita terimalah.

Anonymous said...

puziah mp kuantan ni macam budak sekolah yang ponteng tapi nak jawap peksa. bila dapat markah, marah kat cikgu, sekolah sampai ke menteri. tanya pasal apa dia tak lulus cemerlang.

bila orang buat perjumpaan penerangan, dia lari tak datang. orang open pintu untuk penerangan percuma, dia tolak mentah-mentah. saja nak popularkan diri. dah nampak bodoh macam fauziah salleh mp kuantan yang bodoh bengap bebal bangang bahlol tah apa lagi nak kata pun tak tau.

yang pandainya, mengelirukan orang bodoh yang tak tak tau berfikir macam ahli pas. bagi orang sakit hati.

Anonymous said...

SY X BPIHAK PADE SESIAPA
BUT THIS IS MY COMMENT

JD MCM NE PLAK DENGAN NEW YORK TIME KATE Y LYNAS 2 BERISIKO
CBE TGK KT BWH NI

http://www.nytimes.com/2011/03/09/business/energy-environment/09rare.html?pagewanted=all

N ABOUT NAK BLI ALAT UTK CEK RADIASI,4 WAT??ORG KG BUKAN TAHU PON GUNE ALAT 2,KLU ADE RADIASI PON C LYNAS BLEH TPU KATE X DE PAPE.SUME NYE SELAMAT.MANE KITE TAU.

RADIASI BUKAN 1 BENDE Y KTE LEH TGK DALAM MASA SINGKAT.IA AMIK MASE UNTUK BERLAKU PERUBAHAN DALAM CELL BADAN.

KLU BERLAKU RADIASI,CBE TGK IMPLIKASI Y TERJADI KAT JEPUN..
BARANGAN DIORANG SUME NEGARA REJECT.
DIORANG NEGARA MAJU,JD UNTUK MEREKA BOLEH BANGUN SEBERAPA BANYAK MEREKA JATUH,JALAN ROSAK PON 6 HARI DAH ELOK BALIK.
KLU MALAYSIA PLAK,JALAN PON X PERNAH ADE Y ELOK, X ABIS2 BERGELOMBANG. LGSG XDE KUALITI.

MALAYSIA NI CUMA NEGARA PENGGUNA,X DE MENGELUARKAN APE2 TEKNOLOGI PON, Y ADE PON CUME KLAPE SAWIT, GETAH.KLU BLAKU RADIASI KT NEGARA KITE ADE KER ORG NK BLI MINYAK SAWIT KITE @ GETAH KITE?SKG NI PON,PRODUK2 KITE PON ORG X BRAPE NAK PANDANG.KTE SENDIRI PON PKI PRODUK ORG.
SUME
JD PATUTKAH KTE BIARKAN LYNAS BEROPERASI??

I DON THINK MY WORD IS RIGHT,
BUT 4 ME IT IS RIGHT,
BUT WAT ABOUT U???

Anonymous said...

pernahkah NY times bagi good comment tentang apa yg m'sia nk buat?. hang kena bentuk sikit otak hang yg bodo tu utk paham helah di sebalik news ni di keluarkan.
RE adalah satu material yg amat crucial la ni. tanpa RE segala rencana US utk advanced kan lagi weapon development dia akan terencat (salah satu kegunaan RE). US Molycorp ambil masa 2-3 thn lagi utk materialize operation dia dan lynas hanya perlu < 1 year utk operate. di sebabkan sekatan kuota export RE dari china ke pasaran luar bermakna US terpaksa melutut dan sujud ke china utk dapatkan bekalan RE. At the same time lynas dh sign contract utk supply 100% RE ke customer lain yg mana US terlepas peluang utk dapatkan RE dari lynas. so nak tak nak samada US melutut ke buntut china or jeorpardize lynas utk elakkan negara lain dptkn stok RE dr lynas.....agak2 faham x ngok??
soal radiasi x timbul langsung.....hang kalau ngok dlm radiasi toksah lah nak tulis konon mcm paham sgt abt radiation....aku yg certified radiation protection officer (RPO) dari MINT pun malu baca ulasan yg tunjuk kebodohan hang tu. toksah kata la pakar dlm nuclr sc. kalau hang tak paham mSv or Bq/gm jgn cakap lah...!! hang paham dak ngok?? hang dok melangut depan tv tengok video x senonoh tu lagi tinggi radiation. ada ka pulak banding RE plant dengan loji power nuklear....bodo punya bangsa!!

lastly hang quoted:
I DON THINK MY WORD IS RIGHT,
BUT 4 ME IT IS RIGHT,
BUT WAT ABOUT U???

aku kata:
memang hang wrong pun...dh tu jahil bangsa bebal xnak belajar. bykkan baca & buat research sebelum hang nak tulis. itu the first thing yg hang kena buat....

Dari Hamba Allah yg masih cetek ilmu...

Anonymous said...

abistu kenapa x tangkap aje Fuziah ni ek?...kalo betul la die tipu rakyat kenapa x tangkap dan kenakan tindakan kerana menghasut dan menakut-nakutkan rakyat erk?..aku pon kompius....ni mesti ade something ni kan?..kalo betul Fuziah ni tipu confirm awal2 lagi dah kena tangkap kan?...macam anwar tu haa..haha..apa lagi...kasi tangkap sume yang anjur perhimpunan tu...tengok diorang boleh defend x diri diorang di mahkamah....."x tau tapi berbuat..kayuh perahu di atas darat"

Bila Kak Su Bersuara... Heh!