Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, June 30, 2011

Gemparrrr...!!! KJ akan ditangkap 4 Julai ini..?!!!


Usaha Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, untuk memulihkan imejnya dengan menyertai “Freedom Flotilla II” mungkin menjadi boomerang yang lebih besar kepada beliau.

Khairy berharap dengan menyertai rombongan Freedom Flotilla II beliau akan berjaya memulihkan imej beliau di dalam negara serta mewujudkan jambatan hubungan yang lebih baik dengan Tun Dr. Mahathir.

Bagaimanapun masalah Khairy lebih besar ialah sama ada berjaya atau tidak misi kedua ini beliau tetap akan menghadapi kritikan sinis. Jika rombongan ini mendapat laluan dari Israel untuk masuk ke Palestin, Khairy mungkin menganggap ia satu kejayaan peribadi beliau. Namun bagi sebahagian orang akan melihat kejayaan tersebut membuktikan belia ada hubungan dengan Israel.

Jika rombongan tersebut gagal, Khairy akan menjatuhkan imej dan maruah Pemuda UMNO kerana gagal menjayakan misi kemanusiaan ini.

Jadi walau apa pun yang berlaku kepada Freedom Flotilla II ini, Khairy tetap akan berhadapan masalah imej dan persepsi yang serius.

Sekarang ini tersebar pula khabarnya bahawa Khairy merancang dan berpakat supaya beliau ditangkap oleh Israel pada 4 Julai 2011 nanti. Jika ini benar-benar berlaku ia merupakan satu tindakan pemulihan politik peribadi yang sangat terdesak.

Khairy mungkin melihat insiden antarabangsa ini akan membantu beliau menjadi hero kepada orang Islam di malaysia dan juga menonjolkan dirinya sebagai ahli politik muda di peringkat antarabangsa.

Namun ia juga tidak mustahil akan menjadi “boomerang” memandangkan terdapat begitu banyak tohmahan sebelum ini bahawa beliau merupakan agen luar yang dirancang untuk mengambil alih kepimpinan negara pada masa hadapan.

Sumber: myKMU.net

4 comments:

Anonymous said...

aku sokong kj ditangkap...menyemak dan takdak hasil untuk negara...ketua pemuda yg takdak karisma utk memimpin pemuda..tp takpa dah masa mertua jd pm banyak mana dah d tutuh....

Anonymous said...

Tangkap je lah, boleh mukhriz jadi ketua pemuda, dia ni jawatan je ada, cuma kerja nya tak dibuat.

Anonymous said...

Ini orang kali kelentong... Elok sangat askar israel tangkap budak nie. Simpan jer kat sana. Ada kat Malaysia pun buat menyemak jer.Sama cam sifu dia (Anu war) aje perangainya. Bapak kepala rasuah

Anonymous said...

org dulu2 naik sebab ketokohan zaman skrg naik di sebabkan perancangan demi individu bermcm2 jenis highlight tpi isi lopong

Bila Kak Su Bersuara... Heh!