Iklan Berbayar

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Sunday, June 19, 2011

Gemparrrr..!!! Harun Din keluar Pas, masuk UMNO..?!!!


Penjenamaan semula PAS telah mengakibatkan “pengusiran” beramai-ramai golongan ulama.

Harun Taib telah “dihanyutkan” ke Laut Selatan, dan Hasan Ali “dicampakkan” ke lombong pasir yang tumbuh melata di Selangor Darul Ehsan. Itulah akibat gara-gara mahu menjadikan Islam dan Melayu bersatu, suatu yang pantang bagi PAS dibawah naungan Nik Aziz.

Perkembangan mutakhir ini amat membimbangkan umat Islam yang mahukan penyatuan, namun ianya adalah khabar gembira buat pemegang panji-panji Azazil.

Umum sedang menanti nasib yang bakal menimpa seorang lagi tokoh dari pro ulama yang sangat dihormati, baik di dalam PAS sendiri ataupun UMNO.

Ustaz Harun Din pernah menjadi ikon ulama apabila pengaruhnya cukup kuat di hati sanubari umat Islam waima beliau berkeputusan untuk menyertai perjuangan Islam PAS. Sehingga kini, rasa hormat dan kasih kepadanya tetap utuh, berikutan ketetapan akidahnya berhubung Islam.

Sebagai contoh, kenyataan beliau berhubung dengan isu kalimah Allah benar-benar membuatkan golongan Erdogan terpukul. Tegas dan tiada kompromi, itulah yang ditunjukkan oleh Ustaz Harun Din. Dan kenyataan itu membuatkan Khalid Samad meracau dan melolong, bagai disampuk polong akibat tamparan yang amat hebat itu. Sudahlah tidak disokong kenyataannya oleh Ustaz Harun Din, Khalid Samad telah dihentam teruk oleh media, terutamanya bloger. Rakyat Selangor juga telah bangkit membuat beberapa bantahan keras terhadapnya.

Golongan Erdogan terutamanya Khalid “Gereja” Samad tidak akan dapat melupakan “malapetaka” itu. Ustaz Harun Din jelas mendukung perjuangan Islam yang telah dibenihkan sejak asal penubuhan PAS.

Seperti telur dihujung tanduk, begitulah keadaan Ustaz Harun Din ketika ini. Seolah “tali gantung” telah disediakan dihadapannya, hanya menantikan waktu yang tepat untuk menjerut lehernya. “Pembunuhan”nya mungkin tidak praktikal berikutan arus penolakan yang bakal wujud dari dalam parti, taktik “pengasingan” mungkin adalah yang terbaik. Ustaz Harun Din bakal “dipulaukan” dengan meminimakan kemunculannya di khalayak ramai di majlis-majlis PAS.

Tidak mustahil sekiranya media mereka seperti TV PAS dan Harakah diberikan “kawalan” ketat, yang akan menyaksikan Ustaz Harun Din hilang pengaruh sedikit demi sedikit. Dari yang sedikit, dominannya semakin luntur dan rapuh.

Akhirnya Ustaz Harun Din hidup seperti dalam buangan, dan sebenarnya proses ini telah berlaku tatkala beliau mengeluarkan fatwa berhubung isu kalimah Allah. Dan sehingga kini, proses “pengasingan” itu masih lagi berjalan bagi melengkapkan “perfect game”.

Cuma masa yang akan menentukan berakhirnya riwayat politik beliau…. Golongan Erdogan bertepuk riang!

Sumber: Klik tang ni

7 comments:

kluangman said...

Mereka wajar terus berada dlam PAS untuk menjaga kepentingan Islam dan ahli2 PAS yang masih tidak sesat.

PAS sekarang bersifat sementara, akan kembali pulih jika ada dia tiga orang dapat disingkirkan termasuk Nik Aziz, Husam dan Mat Sabu dll.

Bingai @ Bangang said...

aku setuju dengan kluangman supaya UMNO ada check and balance

XooX said...

salam...
blog tuan telahpun dilinkkan ke blog saya.
harap dapat linkkan juga blog saya di blog tuan.
terima kasih!

http://jendelamy.blogspot.com/

izad70 said...

sekiranya ada keikhlasan dalam perjuangan menegakkan ajaran islam, tinggalkanlah parti2 politik dan bergeraklah melalui badan2 dakwah. parti politik adalah alat untuk meraih kuasa dan wang.hanya mereka yang bermimpi sahaja yang menjadikan politik sebagai cara untuk berdakwah dan hanya mereka yang bodoh sahaja akan percaya pada keikhlasan perjuangan ahli2 politik.

airman_1 said...

pas adalah parti politik bukan parti islam dan telah brsekongkol dgn dap utk hapus melayu dan is[am melalui konsep baru negara kebajikan;;;kah...kah...kah..khhhhhhh

Anonymous said...

pas adalah sebuah parti politik yang ramai pemimpinnya telah tenggelam punca. Pemimpinnya telah banyak menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal sehinggakan mereka dan pengikut-pengikut mereka begitu berkecamuk dari segi pemikiran, kepercayaan, dan amalan.

Kebanyakan pemimpin pas sebenarnya cetek ilmu tetapi gah mendabik dada seolah-olah mereka ini pandai dalam agama. Jiwa mereka sebenarnya kotor dan amalan mereka songsang. Semoga masih ada pemimpin-pemimpin mereka yang mampu membetulkan keadaan.

Pemimpin-pemimpin dalam pas yang masih mampu membezakan yang salah dan benarlah yang perlu berjihad untuk membersihkan parti mereka dari mereka yang telah terpesong jauh dari ajaran Islam ini.

Adalah menjadi kewajipan mereka untuk membetulkan keadaan dan menyelamatkan mereka yang telah hanyut jauh. Jika tidak, habislah kebanyakan pengikut mereka yang rata-rata boleh dikategorikan sebagai "bodoh" kerana mereka hanya mengikut secara membuta tuli.

Mungkin Harun Dinlah penyelamat mereka. Jika benarlah Harun Din seorang Islam tulen, maka baiklah beliau kekal berada dalam pas dan melaksakan kewajipannya membantu mereka yang telah sesat ini.

Anonymous said...

Yang baik tu tetap baik, yg mengikut syarak tu jgn kita nafikan samada dari umno baik pas...kita kena akui. yg tak betol tu gunakanlah akal yg dikurniakan Allah SWT utk mempertimbangkannya.