Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, June 28, 2011

GEMPARRR..!!! A. Samad Said "meninggal dunia"..!!!


Dari berlatar belakangkan seorang sasterawan, dia bertukar untuk menjadi seorang politician. Dari seorang yang menghambakan diri kepada kesusasteraan, dia bertukar menjadi seorang hamba kepada ahli politik. Nampaknya, dari terus menjadi pejuang bahasa, dia bertukar menjadi pejuang Pakatan dan Perhimpunan Haram..!!!

Dia yang saya maksudkan ialah A. Samad Said. Dahulu, dia adalah seorang yang disegani oleh segenap lapisan masyarakat kerana suaranya yang begitu vokal memperjuangkan bahasa Melayu dan kesusasteraannya.

Dia meletup dengan karya agungnya, Salina, sehingga dia pernah dianugerahkan dengan gelaran sasterawan negara. Sehingga itu, puisi dan karya-karyanya menjadi tumpuan dan rujukan ramai pelajar-pelajar kesusasteraan Melayu.

Malangnya kini, Pak Samad sudah korup ilhamnya. Pak Samad sudah hilang identiti sasterawannya. Pak Samad sudah dirosakkan perjuangannya. Dan negara kehilangan seorang tokoh yang mampu menyumbang ke arah pengkayaan bahasa Ibunda di negara ini.

Kini Pak Samad adalah "belaan" politik. Mungkin Anwar Ibrahim kini menjadi "tuan"nya. Sekiranya dulu dia memberi alasan sebagai pecinta bahasa Melayu ketika menyertai kempen mansuh PPSMI untuk mendesak Kerajaan, apa pula alasan Pak Samad kali ini?

Pak Samad kini duduk sebaris bersama jawatankuasa perhimpunan Kotor 2.0. Kini Pak Samad duduk semeja dengan Ambiga, penyokong kuat muslim murtad dan "ratu" pluralisme yang difatwakan sesat. Pak Samad kini duduk sepentas bersama Pakatan Haram yang jijik akhlaknya..!

Hari ni, Pak Samad dipanggil Polis untuk memberi keterangan dan membantu siasatan berhubung perhimpunan Kotor 2.0 yang Pak Samad sertai. Jika dulu Pak Samad dijemput untuk menerima penghormatan, kini Pak Samad dipanggil Polis untuk membantu siasatan bagi sebuah perhimpunan yang ditolak rakyat.

Tidakkah Pak Samad melihat betapa berbezanya kehidupan Pak Samad sekarang? Pak Samad bukan lagi pejuang bahasa dan kesusasteraannya. Pak Samad tidak ubah seperti alat untuk kepentingan politik sebuah pihak. Nama Pak Samad sudah tercemar..!

Apa kaitannya perjuangan Kotor 2.0 dengan sastera bahasa Melayu? Sejak bila Pak Samad membuat keputusan untuk menjadi pejuang Kotor 2.0 yang bakal menyusahkan rakyat? Siapakah yang mengkorupkan minda sastera Pak Samad?

Saya tidak hairan sekiranya selepas ini Pak Samad akan menulis novel sebagaimana rakan Pak Samad, Shanon Ahmad. Jika Shanon Ahmad menulis buku berjudul "shit!", Pak Samad nak tulis judul apa pula? "Tahi"? Berapa tan makian dan carutan pula yang bakal Pak Samad muatkan dalam novel terbaru itu?

Atau Pak Samad nak tulis rangkaian puisi pula kali ini? Apa judulnya? "Liwat" atau "China Doll"? Berapa banyak pula bait-bait puitis yang bakal menghamburkan cacian dan carutan "indah" di dalamnya?

Pada saya, Pak Samad tidak lagi setaraf Usman Awang atau Pendita Zaaba. Pak Samad lebih sesuai ditarafkan sebaris seperti Shanon Ahmad yang meninggalkan dosa "shit" sebelum matinya...

Entahlah Pak Samad, pada saya...A. Samad Said sudah "mati". Yang ada sekarang hanyalah seorang inidividu bernama Pak Samad Janggut alat politik pembangkang..! Innalillahi wa inna ilaihi rajiunnn...

10 comments:

Anonymous said...

ada lagi tajuk yg penulis tak perasan seperti "Matinya Seorang Patriot" atau "Matinya Seorang Pembelot"

Anonymous said...

Agak Shahnon ahmad dah mati ke??/...tak dengo berita pon...

kluangman said...

Tuan tolong semak samada ada 'cable' kuat dan talibarut Pakatan dalam media prima di mana wardina meaih bebas di tv3 dan pak samad ada dijemput untuk diwawancara di tv9.

Kenapa semua ini tidak terkesan oleh Pengerusi Media Prima? - Bukankah dulu dia rakan karib Anwar?

Anonymous said...

Umur sudah sampai ke penghujung rumah kata pergi , kubur kata mari maafkanlah ianya ...mungkin dia buang tebiat.

Anonymous said...

habis tuah nan sembilan dek celaka yang satu!

hangkedee said...

Pak Lah pelepas bapa segala problem di Msia

reez said...

inilah masalahnya kalo byk sgt membaca dan mengkritik..

sehinggakan kompius ttg diri sendiri..suke hati ko la A Samad Said~

Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat

Anonymous said...

politik malaysia kotor, suke menjatuhkan, hanya untung kepentingan indidu tertentu, susah nak jumpa individu yang bersih dalam politik.

Anonymous said...

Setan belaan anwar dah mampus ke

Anonymous said...

Nak kena jadi penjilat bik mana dulu ke baru layak jadi pembela bangsa.kahkahkah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!