Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, June 27, 2011

Gemparrr..!!! Cara hentikan Kotor 2.0 dikenal pasti..?!!!


Ada cara untuk hentikan Kotor 2.0 dari terus meresahkan rakyat. Ada cara untuk menghalang perhimpunan Kotor 2.0 ini dari terus mencetus huru-hara sebagaimana yang berlaku di Dataran Tahrir.

Tapi siapa yang mampu melakukannya? Bagaimana dengan cadangan dibawah? Anda setuju?

KUALA LUMPUR – Masih ada 13 hari lagi sebelum tarikh pertembungan di antara penyokong Perhimpunan Bersih 2.0 dan penyokong yang membantah perhimpunan itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) serta Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Benarkah perhimpunan itu akan berlangsung secara aman? Siapakah yang rugi dan siapakah yang cuba mengambil kesempatan?

Mengimbau kembali sejarah perhimpunan Bersih kali pertama pada 2007, puluhan ribu penyokong perhimpunan itu membanjiri ibu negara.

Perhimpunan Bersih 2007 itu turut menyaksikan pertumpahan darah berlaku akibat pertempuran peserta perhimpunan ‘aman’ itu dengan PDRM.

Kononnya PDRM telah melakukan provokasi terhadap mereka, sedangkan pihak berkuasa hanya menjalankan tugas mereka untuk menyekat sebarang kejadian yang menggangu ketenteraman awam dan memelihara keamanan ibu negara.

Sejak itu, PDRM telah diburuk-burukkan oleh pihak Bersih dan parti politik pembangkang dengan mendakwa mereka sebagai ‘anjing’ kerajaan yang diperalatkan.

Kecaman demi kecaman diberikan kepada pihak berkuasa meskipun ada di antara anggota PDRM itu berlumuran darah dibelasah peserta Bersih 2007 itu.

Penganjur perhimpunan itu sengaja memilih untuk mengadakan demonstrasi itu di jalan-jalan utama dan pusat-pusat tumpuan pengunjung ibu negara seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman berdekatan kompleks membeli belah Sogo.

Ini menyebabkan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur lumpuh dan sesak teruk.

Kesesakan lalu lintas tersebut telah menyebabkan pemandu-pemandu teksi di ibu negara kerugian hampir RM150 sehari.

Sementara peniaga-peniaga sekitarnya terpaksa tutup kedai lebih awal bagi mengelak perniagaan mereka terus terganggu ekoran kekacauan yang berlaku.

Selain itu, imej negara juga turut tercalar teruk ekoran perhimpunan tanpa permit itu berlangsung dan mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Apakah ini yang ditafsirkan sebagai perhimpunan ‘aman’ oleh pihak penganjur perhimpunan Bersih itu? Penulis agak keliru dengan definisi ‘aman’ mengikut kaca mata Bersih 2.0.

Pada pandangan penulis Istana Negara merupakan benteng terakhir bagi menghalang perhimpunan haram ini dari terus menghuru-harakan negara.

Hanya titah Yang DiPertuan Agong sahaja yang mampu menghentikan perhimpunan ini dari terus menyusahkan rakyat.

Penulis juga merayu kepada mereka yang menyatakan komitmen untuk menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini untuk membatalkan hasrat.

Kepada penganjur Bersih 2.0, ubahlah lokasi perhimpunan 9 Julai ini ke stadium sebagaimana yang dicadangkan pihak berkuasa sebelum ini.

Berhimpun di dalam stadium tidak membantutkan maksud dan tujuan perhimpunan itu diadakan. Malah bakal dipuji oleh rakyat sebagai penganjur yang bertimbang rasa dan mengutamakan kepentingan mereka.

Tidak timbul isu ‘berhimpun di dalam stadium seolah-olah berhimpun di dalam tandas’ kerana berhimpun di situ lebih menjamin keamanan rakyat sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan.

Kesimpulannya, perhimpunan yang bakal mencetuskan kekecohan ini mampu dihentikan sekiranya semua pihak bersetuju untuk memberi kerjasama, mengenepikan ego dan kepentingan diri.

Ini semua demi kesejahteraan serta memastikan kebajikan rakyat terpelihara. Kata kuncinya hanyalah sama ada mahu atau tidak. - mynewshub.my

1 comment:

Anonymous said...

senang jer bai ... kerajaan patut buat pekak jer dengan puak ni la nie depa berasa bangga pasi hari-hari dapat liputan aku cadangkan kerajaan arahkan semua perniaaagaan ditutup pada hari tu dan tak payah ada polis biar depa jer buat gila rakyat boleh tengok BERSIH SANGAT KA DEPA NI .... LA NIe kalo polis turun polis akan dicaci dan akan menjadi satu isu pada depa .....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!