Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, June 2, 2011

Gempar..!!! Perkara yang PAS Kedah mampu buat, tapi BN tak mampu..!!!


Saya terpanggil untuk mengulas tentang isu yang dibangkitkan oleh sahabat saya di sini dan di sini, serta jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Pas Kedah di sini, mengenai "pusat hiburan yang dulunya hanya ada 2 ketika BN memerintah, dan kini telah meningkat kepada 6 setelah PAS mengambil alih Kerajaan Kedah".

Pada saya, saya sangat bersetuju dengan cara PAS Kedah yang membuka lebih banyak pusat hiburan dan karaoke di Kedah. Betullah tu, mana ada salah buka pusat hiburan. Lagi banyak PAS buka, lagi bagus!!!

Memang itu kehendak rakyat Kedah, sebab itu rakyat Kedah pilih PAS untuk perintah Kedah pada PRU12 yang lalu. Memang rakyat Kedah mahu PAS buka pusat hiburan banyak-banyak! Pandai betul PAS "jaga hati" rakyat Kedah yang sudah lama nak ke pusat-pusat hiburan macam tu. Masa BN dulu depa tak berpeluang!

Masa BN perintah Kedah dulu, pusat hiburan terhad. Ada 2 saja. Mana cukup! Rakyat Kedah nak lebih banyak pusat hiburan dibuka dan hanya PAS saja yang mampu buka pusat-pusat hiburan untuk menghiburkan rakyat Kedah. Iyalah, dah penat-penat kerja disiang hari, rakyat Kedah pun nak berpeleseran jugak di sebelah malamnya!

Masa BN perintah dulu hanya ada 2 buah pusat hiburan saja. Mana cukup, bro! Tak muat untuk budak-budak Kedah nak melalak, minum-minum, bersosial, bawa awek, bawak balak, beromen, dan sebagainya! BN memang tak reti tunaikan kehendak rakyat yang mahukan lebih banyak pusat hiburan dibuka! BN tak reti ke nak baca minda budak-budak Kedah yang nak bertenet nih?

Nasib baik PAS perintah Kedah. Hanya PAS saja yang mampu memenuhi impian budak-budak ni untuk berhibur, bersosial dan enjoy sambil buat maksiat kat pusat-pusat hiburan macam tu. Hanya PAS saja yang faham desakan gelora nafsu budak-budak Kedah ni. BN apa tahu pasal kelab-kelab malam ni. Asyik-asyik masjid saja...budak-budak tu boring laaaa...

Justeru itu, saya ucapkan tahniah kepada PAS Kedah kerana berjaya merealisasikan hasrat berpeleseran di malam hari sebagaimana yang diingini oleh rakyat Kedah. Meskipun pembukaan pusat-pusat hiburan ini tidak ada dalam manifesto PRU12 PAS Kedah, namun ke"prihatinan" PAS Kedah ini begitu dialu-alukan rakyat Kedah yang 80% beragama Islam dan berbangsa Melayu!


Semoga dengan pembukaan pusat-pusat hiburan di Kedah oleh PAS ini akan menyemarakkan lagi dakwah Islamiyyah dan mengimarahkan lagi syiar Islam di negeri Jelapang Padi itu. Jangan terkejut selepas ini sekiranya pak-pak lebai PAS akan berduyun-duyun menyerbu pusat hiburan dan karaoke ini lepas solat Isyak di masjid..!!!

3 comments:

Anonymous said...

tgk menteri besar kedah ni tak ubah mcm mcm org tua dok kg lepak kedai kopi deberi pangkat....lemah cangok

Anonymous said...

hahah buka jer ler tu kan sumbangan PAS terbesar kepada rakyat kedah,elok nanti perasmiaan pusat hiburan tu biar mb pi tandatangan plak rasmi,glamor skit nanti bila pru tewas pun nama mb masih terpakat kt plak tu,biar rakyat kedah kenangkan mb tu.nak bina masjid tak upaya baik bg lesen buka pusat hiburan

Bingai @ Bangang said...

boleh kutip cukai banyak tu bai!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!