Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, June 22, 2011

Gempar..!!! Benarkah Malaysia kini dilanda "ulama neraka"..???


Dalam mencari Islam, kita perlu sedar dan sedia maklum bahawa bukan semua orang yang dilabelkan ulama itu bagus. Bukan semua ulama akan masuk syurga. Jadi sesiapa yang menggelarkan diri mereka ulama haruslah memilih sama ada hendak menjadi ulama yang ke syurga atau ke neraka.

Jangan hanya menilai seseorang itu sebagai ulama dengan hanya dengan melihat luaran saja. Ulama bukanlah boleh diukur dengan serban sebesar bakul dan jubah umpama kelambu. Ulama juga tak boleh dikenali dengan tanda hitam didahi kerana ilmu serta iman tak boleh kita nampak melalui mata kasar.

Ulama ke syurga ialah ulama akhirat. Mereka berjuang untuk menyelamatkan manusia dan umat daripada kezaliman dan kegelapan jahiliyyah samada berbentuk pemikiran sekular ataupun dari pemikiran yang akan membawa kehancuran pada umat.

Ulama yang ke neraka pula ialah mereka yang digelar ulama Suu’ atau ulama yang jahat. Mereka ini bolehlah kita labelkan sebagai ulama rice cooker dan juga ulama peti sejuk. Golongan ulama seperti ini hanya akan bersama dengan mana-mana golongan yang dapat menjaga periuk nasi mereka atau dapat menyokong kepentingan peribadi mereka.

Kita harus faham, yang dikatakan sebagai ulama neraka itu adalah lebih teruk dari Dajjal. Ini kerana, mereka-mereka ini mampu menyesatkan dan menyelewengkan umat Islam dengan memutarbelitkan hadis serta ayat-ayat Quran.

Oleh itu.., sebagaimana kita harus berhati-hati daripada fitnah dajjal, maka seperti itulah kita harus berhati-hati dengan golongan ulama neraka dan ulama suu’ ini. Dikhuatiri mereka akan lebih menyesatkan dengan ucapan-ucapan serta ceramah-ceramah mereka yang kononnya berlandaskan islam tersebut.

Macam mana kita hendak mengenali ciri-ciri manusia yang dikatakan sebagai ulama neraka itu? Ciri-ciri ulama neraka amat mudah. Mereka ini akan menjadi bisu dalam menyatakan kebenaran dan lebih cenderung kepada kezaliman. Mereka ini hanya mementingkan hal mereka sendiri sahaja daripada memikirkan tentang umat Islam keseluruhan.

Ciri-ciri Ulama suu’ pula ialah.., mereka yang meninggalkan tugasan menentang kezaliman sebaliknya bersekongkol dengan golongan yang mahu menghancurkan masyarakat dan pemerintahan Islam.

Mereka memberi alasan kononnya mahu berdakwah kepada golongan kafir dengan bergabung dengan kumpulan tersebut, tetapi mereka sebenarnya berdusta. Mereka-mereka itu sebenarnya hanya dijadikan sekadar alat untuk puak-puak kafir berkuasa keatas umat Islam lainnya.

Jadi, hendaklah kita berwaspada dan berhati-hati dengan golongan manusia-manusia yang menyamar sebagai alim ulama ini. Apatah lagi jika mereka menggunakan ugama untuk meraih undi didalam berpolitik. Jangan sampai kita terpedaya semata-mata mahu mencari syurga secara mudah..

Sesungguhnya, pahala dan syurga itu tak akan dapat diperolehi hanya dengan sekadar memangkah kertas undi dan juga mengisi borang menjadi ahli kumpulan politik. Jangan terlampau taksub sehingga merugikan diri sendiri kelak..

Sumber: MyKMU.net

2 comments:

Anonymous said...

Ulama sabenar dapat menyelamatkan Umah dari perkara yg amat dibimbangi akan berlaku iaitu perpecahan olin Nabi.SAW.
diMalaysia ni Ulama sabenar perlu kita letak kan ditempat nya.

Yg Malang..telah berleluasan Ulama palsu..dari parti politik..Ngo..Sek Pondok..Kumpulan ajaran..

Mereka ini kebanyakan malas kerja untuk cari nafkah cara orang biasa...kalau peladang ke ladang, Kalau nelayan kelaut, Kalau Kerani ke ofis lah.

Ada juga belajar tak ikut sistem pembelajaran yg dikehendaki..jadi tak ada kelayakan untuk diambil berkerja...

Jadi kalau jual ubat ditepi jalan tak ... sepadan dgn hajat dihati..
jalan pertama ceramah disurau surau. Untuk nak pikat pendengar agar popular dan laris..hentam sana hentam sini.Kalau nak dapat job selalu masuk ahli..jadi ustaz..Pendapatan banyak..belum diupgrade ke pentas ceramah..

Tengoklah..ini bukan ulama...tak da beza dgn budak AF atau Maharajalawak..yg penting audien..lagi ramai lagi banyak job..masyuuuk.
Bezanya hanyalah.nyanyian..lawak..syarahan.

Pertanyaan..tak insaf ke?
Saperti kaki ekor yg sentiasa kena nombor...terfikir sedetik ke nak berhenti...
Inilah bahayanya...
bila dah tak masuk atau penceramah baru dgn modal cerite lagi hebat..dia akan terasa tak laku..barulah masuk akhbar kata macam macam..menyesallah..
Kalau betul betul menyesal pujlangkan yg masyuk dulu.. Ini nak ceramah lagi..
Kepada mereka ni pergi kurusu kemahiran dan bekerja dgn peluh..Ilmu tu untuk diamal sendiri..Yg lain lain Allah akan pelihara..
Sama samalah kita insaf...Nabi SAW sebaik contoh..tiada yg lain.

ajai62 said...

Assalam Bro

Kat Malaysia ni kebanyakan ulama adalah atas lantik sendiri... Asal balik mengaji dari negara Arab aje... terus nak orang panggil diri mereka ustaz...dan lepas tu naik taraf sikit lantik diri sendiri jadi ulama...siap ada AL lagi. Apa nak hairan sangat dengan mereka ini terutama yang cari makan dalam politik... Mafia Itali pun ada AL juga... AL CAPONE...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!