Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, June 27, 2011

Gelombang Merah Kedah: Gelombang yang belum jadi gelombang...


Memang memeritkan untuk menerima kesilapan sendiri. Dan memang pahit untuk ditelan kelemahan sendiri. Namun pada saya, Perhubungan UMNO Negeri Kedah wajar mengakui kelemahan mereka dan menunjukkan perubahan drastik dengan corak serta pendekatan mereka.

Baru-baru ini, saya bersidang lagi bersama beberapa blogger pro-UMNO/BN Kedah. Kami sebulat suara bersetuju bahawa UMNO Kedah wajar berubah dari terus 'mandom', 'syok sendiri' dan 'bermain politik untuk kepentingan diri sendiri'. Saya enggan mengulas lanjut tentang apa yang dimaksudkan di sini, namun, fikir-fikirkanlah sendiri.

Di dalam pertemuan ringkas tersebut, saya juga menyatakan bahawa adalah tidak berguna Kedah mempunyai blogger-blogger yang ternama, hebat, top rank dan sebagainya pun, sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO/BN Kedah masih ditakuk lama, berada dalam kedudukan defensive, takut untuk menyerang dan sebagainya.

Saya diberitahu bahawa di Kedah mempunyai banyak isu. Namun, isu-isu tersebut sangat jarang diketengahkan, apatah lagi untuk dipanjangkan kepada blogger-blogger pro-UMNO/BN Kedah bagi dimainkan di blog masing-masing. Untuk bersuara di akhbar pun sudah takut, bagaimana nak tawan Kedah balik?

Justeru itu, saya fikir, sewajarnya UMNO Kedah perlu berubah serta merta. Masa semakin suntuk. Datuk Mukhriz wajar mengetuai jentera serangan. Pro-aktiflah sendiri. Tok Bashah dan lain-lain wajar pertimbangkan perkara ini. Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!