Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, May 11, 2011

Undian tamat..Yakinkah anda itu adalah Anwar? Undian baru bermula...



Alhamdulillah, undian untuk menentukan sama ada wajar atau tidak video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dipertontonkan kepada khalayak umum sudah tamat. Ribuan terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada 1,195 pengunjung yang mengundi di sini.

Seramai 1,195 pengunjung ini telah menterjemahkan pendirian mereka melalui undian. Keputusan jelas menunjukkan seramai lebih seribu atau lebih tepat 1,041 undi memihak kepada memiliha "YA" terhadap persoalan ini, manakala 154 undi dari pengunjung setia di sini mengundi "TIDAK".

Ini bermakna pengunjung lebih memilih "YA" berbanding "TIDAK" dengan majoriti 887 undi.

Saya percaya, pengundi yang mewajarkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar ditayangkan pada khalayak ramai bukanlah berniat jahat atau bermotifkan politik. Namun, pendirian itu lebih kepada bertujuan ingin tahu, ingin melihat sendiri dan mencari kebenaran.

Saya percaya, majoriti yang mengundi sama ada memilih "YA" atau "TIDAK", sudah melihat sendiri video seks tersebut. Saya ingin bertanya, apakah anda ghairah ketika menonton? Adakah anda melihat tanpa sekelumit nafsu? Dan apakah kebenaran yang anda cari itu sudah anda temui?

Video itulah yang didakwa Eskay selama ini. Video itulah yang menyebabkan dia bersumpah. Dalam sumpahnya, dia menegaskan bahawa dirinya dan Anwar Ibrahim ada di dalam video tersebut, dan menegaskan juga bahawa dia bercakap benar. Dia sedar akan risiko bersumpah dengan nama Allah, dan tahu bahawa beliau akan dibalas dengan laknat Allah sekiranya menipu.

Muslim jenis apakah yang sanggup menerima kutukan dan laknat Allah dunia dan akhirat? Siapakah yang sanggup menanggung risiko terhadap laknat Allah? Sekiranya anda menipu, sanggupkah anda bersumpah laknat? Pada saya, lebih baik mengaku menipu dari menerima laknat dari Allah S.W.T. Buruk padahnya!

Justeru itu, saya ingin menjemput semua pengunjung-pengunjung budiman di blog picisan ini untuk turut sertai satu undian baru dengan persoalan, "BENARKAH LELAKI BERTUALA PUTIH ITU ADALAH ANWAR?".

Persoalannya, ada yang yakin itu adalah Anwar, sampai sanggup bersumpah. Ada yang kata tidak. Ada yang kata perut buncit, ada yang kata perut Anwar memang buncit! Ada yang kata tak pasti? Jadi, apa kata anda?

Dari itu, sila nyatakan pendirian anda di kotak undian. Kali ini, anda hanya ada 2 minggu saja untuk mengundi bermula hari ini.

Sekian, terima kasih. Selamat mengundi!

1 comment:

Anonymous said...

Menghantar video tu ke U.S adalah tidak perlu sebenarnya.Apakah PDRM kurang yakin atau was-was,setelah pihak Korea Selatan sudah mengesahkannya.Kita sedia maklum sikap Amerika Syarikat ni.Mereka ada veto,semua keputusan mereka adalah tepat dan terbaik.Video ini boleh dimanipulasi dengan mudah oleh CIA.Perisikan Singapura akan turut membantu menyelamatkan Al-Juburit demi DAP bintang tiga.Al-Juburit sering minta bantuan negara luar dalam setiap kes.Malangnya,PDRM dan badan kehakiman negara juga bersikap sama seperti petualang ni.Kita perlu ada keyakinan dan keberanian untuk menghadapi petualang bangsa ini sekiranya kita benar-benar ada kedaulatan.Nampaknya seperti ramai penyokong Al-Juburit ini adalah orang dalam yang sengaja melengah-lengahkan.Al-Juburit kelihatan lebih besar dari semua sistem yang ada.Adalah malang untuk generasi Melayu yang membesar dalam tempoh waktu sebegini bila mana pemikiran mereka dicorakkan oleh petualang bangsa yang cukup ramai ketika ini.Kenapa pemerintah terlalu lemah menghadapi mereka ini?Kalau inilah yang bangsaku kena hadapi,aku doakan adalah baik kiranya lahir seorang Mugabe atau Fidel Castro untuk musnahkan pengkianat-pengkianat ini.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!