Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, May 7, 2011

Terkini..!!! PRU Singapura latest result: Opposition 5, PAP 4..!!! DAP dah risaukan "abang" mereka..!!!


Hari ini nasib Kerajaan PAP Singapura bakal ditentukan. Hari ini adalah hari Plihanraya Umum negara republik itu. Menurut khabar dari Singapura, PAP yang merupakan abang kandung kepada DAP, sedang ketingalan oleh pembangkang dengan 1 kerusi!!!

Dikhabarkan juga PRU Singapore kali ke-16 ini merupakan pertandingan yang paling sengit dalam sejarah yang menyaksikan pribumi asal negara itu mula bangkit, melahirkan rasa tidak puas hati pada PAP setelah dipinggirkan dan disisihkan oleh pemerintah yang lebih "favor" kepada orang Cina Singapura! Mereka bakal mengundi pembangkang, no matter what!

Tentunya DAP sedang menumpukan perhatian mereka kepada "abang" mereka yang sedang diasak teruk pembangkang Singapura. Kalau boleh, mahu saja DAP tolong berkempen untuk PAP di sana minggu lepas. Tapi nanti nampak "over" pulak. Maka terpaksalah mereka tolong senyap-senyap ikut "pintu belakang" (macam Anwar jugak!).

DAP di Malaysia banyak dipengaruhi oleh PAP di Singapura. Maklumlah, Lim Kit Siang merupakan Setpol Lee Kuan Yew suatu masa dahulu. Masa itu, Guan Eng masih budak hingusan lagi!Dan sekiranya Melayu mahu nasib mereka terpinggir, mundur, di anak tirikan dan disisih ketepi seperti di Singapore, undilah DAP..!!! Gerenti menderita punya...!!!

Sekarang ini pun DAP telah menggunakan taktik Lee Kuan Yew untuk menjadi "Raja Singapura". Untuk memenangi hati rakyat Melayu suatu masa dahulu, Lee Kuan Yew sanggup bersongkok ketika berkempen. Ketika itu Melayu masih ramai dan kuat di republik itu.

Namun, setelah Kuan Yew mendapat kuasa, Melayu semakin ramai keluar dari Singapura akibat ditindas dan kesempatan ini dikatakan telah digunakan Kuan Yew untuk meng"import" kaum Cina dari Tanah Besar secara "pukal"..!!!

Anda lihat saja di Pulau Pinang. Lihat bagaimana orang Cina, khususnya Cina DAP, mendapat keistimewaan. Cina MCA dan Gerakan turut diusik, tapi usik sikit sajalah. Yang teruk dikacau, diganggu dan dipinggirkan ialah Melayu UMNO, PAS, PKR dan India MIC, PKR, PPP dan sebagainya. Hatta Kimma pun turut diancam diskriminasi oleh rejim Guan Eng!

Anda pilih DAP? Celaka badan, gelap masa depan...!!!

1 comment:

Anonymous said...

Puas hatilah aku kalau pembangkang menang dalam pilihanraya tahun ini 2011..

Ramai rakyat Singapura termasuk aku sendiri sudah tidak puas hati dgn PAP.

Aku email surat pada PM mintak tolong selesaikan mengenai orang bodoh yng buat fitnah pasal kucing aku, dia pun tak tolong.

Aku tulis surat pada pengerusi HDB pun dorang tak buat apa apa. Aku jumpa wakil rakyat aku, dorang pun tak ambil apa apa pertolongan.

Tadi pagi, aku dapat luahkan rasa geram aku dengan meletakkan pangkah "Penyamun Ali Baba" bersebelahan dgn pembangkang, Workers Party ataupun Parti Pekerja..

Ambik kau PAP.....

Khalidalwaleed
Singapura

Bila Kak Su Bersuara... Heh!