Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, May 4, 2011

Terkini...!!! PAS nak Parlimen Miri, DAP & PKR bagi ke tidak..?!!!


Untuk memastikan PAS bertapak di Sarawak, PAS Kawasan Miri meluluskan usul untuk parti itu bertanding di Parlimen Miri pada PRU-13 yang akan datang. PAS akan mendesak pada DAP dan PKR agar memberikan kerusi Parlimen Miri untuk membuktikan "setiakawan" dan sokongan padu PAS di dalam pakatan haram itu.

Nak tergelak saya baca berita itu di sini! Syok sendiri ke? Haahahahaaaa...! Khabarnya usul tersebut dapat sokongan Husam Musa!!! "Bakal" Presiden PAS itu berkempen sampai ke Sarawak ke??? Punya lah nak jadi Presiden PAS, sampai naik "belon" ke Sarawak!

Rasa-rasa DAP dan PKR akan serahkan ke Parlimen Miri pada PAS? Parlimen Miri tu majoriti orang Cina tu! Agak-agak la sikit. Miri merupakan kawasan favorite DAP. Kalau tak DAP, PKR dulu akan sambar kawasan tu sebab kawasan tu dijangka sengit!

Parlimen Miri sekarang diwakili oleh Datuk Peter Chin Fah Kui dari SUPP. Peter Chin sekarang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, salah seorang Menteri Kerajaab Pusat.

Oleh kerana melihar George Chan (SUPP) kalah tempohari pada pilihanraya DUN Sarawak, maka PAS sudah memasang angan-angan untuk bertanding di Parlimen Miri, meskipun tak ramai pun orang PAS di Miri. Boleh kira dengan jari!

Nampaknya, PAS tidak berpegang pada realiti. PAS gagal membawa pulang sebarang kerusi DUN pada pilihanraya Sarawak tempohari dan tak pernah menang pun di Sarawak! Zero! Kosong! Telur ayam! Itu pun ada hati nak langgar tempat Cina??? Hahahahaaaa...

Haaa..! Apa lagi DAP? PKR? Bagilah kerusi Parlimen Miri tu pada PAS! Boleh menang kot? Bagi sajalah...bukan ke semangat "setiakawan"! Buktikanlah!!! Kalau tak bagi, memang jelas PAS hanya "keldai baghal" di mata DAP dan PKR, hanya PAS saja yang tak sedar diri...

Apa pun kita tunggu PAS kena "letup" dengan DAP dan PKR lagi lepas ni..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!