Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, May 15, 2011

Terkini...!!! Kuan Yew bersara jadi Kabinet, Pok Nik terus gila kuasa...!!!


"Maharaja" Singapura, Maharaja Lee Kuan Yew, mengumumkan untuk tidak menerima sebarang jawatan kabinet di dalam kerajaan Singapura, sekali pun diminta oleh "Putera Mahkota"nya yang kini memerintah republik itu, "Putera Mahkota Dinasti" Lee Hsien Loong.

Namun begitu, "bekas boss" Lim Kit Siang ini tetap kekal sebagai Ahli Parlimen PAP di republik milik keluarganya itu. Begitulah gerangan yang berlaku di Singapura, dalam mempertahankan dinasti komunis yang telah menafikan hak pribumi di negara Temasik itu. Sudah tua, uzur dan tidak berkeupayaan, namun tetap nak jadi "Tok Wakil" jugak!

Mungkin pendirian Kuan Yew ini menjadi contoh dan ikutan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, yang sudah tua, uzur dan tidak berkeupayaan untuk mentadbir serta berpolitik, namun tetap enggan bersara. Kalau boleh, biarlah dia jadi MB Kelantan sampai mati!

Apa tidaknya? Selagi boleh berbicara, Pok Nik akan terus berpolitik. Lagipun, "kilang tiket ke syurga"nya perlu beroperasi sepenuh masa bagi memberikan tiket percuma kepada juak-juak PAS yang ingin ke syurga secara mudah. Melacur, melanggan pelacur, berjudi dan menonggang arak pun tak mengapa, kerana Pok Nik sudah memberikan tiket ke syurga kepada mereka.

Harap Pok Nik tidak mengambil keputusan untuk bersara lagi sebagaimana yang GAP katakan di sini. Bukan apa, susah juga kami jika Pok Nik bersara dari menjadi liabiliti kepada PAS. Dengan fatwa-fatwa songsang Pok Nik, senang sikit untuk kami semua membuktikan betapa songsangnya PAS berbanding Islam sebenar!

Lagi pun, Pok Nik belum jilat kaki kami lagi. Kami sedang menunggu Pok Nik jilat tapak kaki ayahanda Tun M, Najib, Rosmah, pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO di seluruh negara. Selagi Pok Nik tak merayu menjilat tapak kaki kami memohon maaf kerana mengkafirkan kami, maka kami tidak akan redha dengan dosanya.

Jangan fikir begitu mudah untuknya masuk ke syurga Allah. Jangan fikir Pok Nik sebagai "pengeluar tiket ke syurga", begitu senang masuk ke syurga Allah. Dia punya banyak dosa terhadap umat Islam di Malaysia, terutamanya umat Islam yang berjuang dalam UMNO. Selagi tak terampun dosanya, insyaAllah, akan kami tuntut dunia akhirat!

Pada saya, Kuan Yew dan Nik Aziz, tidak banyak bezanya. Yang berbeza antara mereka mungkin hanya agama saja. Sekiranya Kuan Yew mati dan tidak memeluk Islam, sudah tentu nerakalah tempat tinggalnya. Namun, sekiranya Pok Nik mati, dan belum sempat menjilat kaki kami, maka tunggulah di padang mahsyar kelak. Segala pahalanya perlu diberikan kepada kami, dan jika pahalanya habis, maka dia perlu ambil semua dosa kami sampai habis..!!!

2 comments:

Anonymous said...

nik aziz gila kuasa serta pangkat dunia jugak ler cakap tak serupa bikin pun kalau boleh nak jadi mb smpai mati serta nak jadi PM nak tapi berkias tak mahu nampak sangat tamak jawatan.

Anonymous said...

berdosa awak menghina ulamak macamni...hina ulamak seumpama kamu menghina nabi muhammad saw...ulamak pewaris nabi...beristighfar banyak2...tuan guru nik aziz bukan setakat pemimpin agama tapi manusia yg mengakkan agama Allah di bumi Malaysia ni...

ni la dia umat akhir zaman ulamak diejek dihina dicaci..org yg sekular diterima...blog ni blog sekular sama dgn UMNGOK yg sekular tolak hukum Allah...kalau berani paparkan komen ini....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!