Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, May 1, 2011

Terkini..!!! Eskay tak faham atau Mufti Selangor yang tak faham ni???


Nampaknya masih ramai yang tidak faham tentang dakwaan yang diketengahkan oleh Eskay terhadap Anwar. Ketidak fahaman ini turut mengundang beberapa pihak termasuk Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes, Nik Aziz Nik Mat dan beberapa ulama lain.

Mungkin mereka-mereka ini difahamkan oleh juak-juak PKR dan pakatan haram pembangkang bahawa "Eskay telah menuduh Anwar telah berzina", maka dengan itu mereka cepat melatah dan menuduh Eskay sebagai jahil tentang hukum Islam.

Saya bukan berniat menghentam Mufti Selangor, namun saya fikir saya harus merungkai salah faham yang diputar belitkan kepada SahibusSamahah Mufti. Maafkan saya sekiranya Tuan Mufti tersinggung.

Ulama-Ulama ini dilaporkan telah menggesa Eskay mengemukakan "empat saksi adil, tidak fasiq dan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk". Rujuk di SINI. Jika itu yang minta oleh mereka, maka jelaslah mereka yang sebenarnya tidak faham, bukan Eskay!

Keperluan "mengemukakan empat saksi adil, tidak fasiq dan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk" itu adalah syarat-syarat untuk menuduh seorang muslim itu berzina. Semua sedia maklum mengenai hal ini.

Masalahnya sekarang, Eskay tidak menuduh pun Anwar berzina! Bila Eskay tuduh Anwar berzina? Dia tak tuduh pun begitu! Cuba "flash back" dan rujuk kembali kepada sumpah dan dakwaan Eskay sebelum ini.

Eskay hanya menyatakan bahawa Anwar ada di dalam video tersebut dan dia pun mengaku bahawa dia pun ada bersama Anwar ketika itu. Itu saja. Ada Eskay sebut "saya melihat Anwar berzina" atau sebagainya? Jadi apa perlunya syarat pertuduhan zina tersebut?

Yang Pok Nik Ajis pulak lagi best. Terang-terang dia tuduh video seks ini angkara UMNO. Mana dia tahu? Dia ada bersama Anwar dan Eskay ke "time" tu? Dia di bilik nombor berapa? Dia tilik pakai tok nujum mana? Pakai bomoh siam ke?

Amboi..!!! Sedap mulut saja tuduh UMNO jadi dalang! Kan Datuk T dah cakap bahawa merekalah dalang video tersebut. Mereka tidak mewakili UMNO. Lainlah kalau Presiden, Timbalan Presiden dan para MT UMNO yang buat sidang media mengaku jadi dalang video seks tersebut, barulah Pok Nik boleh tuduh begitu!

Nama saja Mursyidul Am, tapi main tuduh fitnah ikut suka mak bapak dia saja. Apa dia ingat hukum hakam dosa pahala tu dia yang tentukan? Dia terang-terang fitnah UMNO! Musyidul Am kepala tengkorak apa yang suka-suka hati fitnah orang ni??? Padanlah Anwar panggil dia "wali selipar" dulu. Nak kena baling dengan selipar ke?

6 comments:

Anonymous said...

tak faham ka buat-buat tak faham ka saya cadangkan mereka yang nak menolong nwar tu buat lah solat hajat banyak banyak dan diikuti dengan bacaan yasin. buat selama 40 malam. jemaah sekurang-kurannya 40 orang dan mohon kepada allah agar melaknat kat pelakun yang menyamar jadi u tu nwar oii. biar pelakun yang menyamar tu jadi gilo meroyan. padan muka dia. berapa la haramjadah pelakun tu dapat ya nwar. err jangan lupa plak minta penfitnah yang tuduh u liwat dia tu jadi lumpuh seluruh badan ka. berapa la budak sekor ni dapat upah dari umno kerana fitnah u yang suci murni tu. buat dengan iltizam ya nwar, tapi kalu u yang jadi gilo dan lumpoh dek doa u sendiri wa tak tanggung ya nwar. amalan ni orang kampung dok buat lama dah kalu depa hilang barang dek rumah dimasuki pencuri. insyaalah makbul, u cuba la moga-moga berhasil.

Bekas Keadilan 1998 said...

asyik2 FITNAH dibuat oleh UMNO .. kalau kau org PR tanya budak tahun 1 (umur 7 tahun) pun boleh jawab. Kalau tuduh org lain mesti ada bukti.Kalau tak ada bukti .. ( FITNAH NAMANYA) nah ANWAR , Nik Aziz dan lain2 . tunjukkan bukti kes porno anwar . Baru rakyat pecaya .. TUNJUKKAN KAN BUKTI PUAK PAKATAN RAKYAT YG TERAMAT MANGKUKNYA . BUKTIKANLAH BODOH .. CAKAP2 KAU ORG SEMAKIN SIAL ..

Anonymous said...

menate nik ajis..sakit ati betul dio ko umno..tak tau kes gapo jd dende (dendam) do'oh gitu. Sikit2 tuduh UMNO..ya allah, ampunilah hamba mu ini..pimpinlah dan kurniakanlah ilmu dan keyakinan hakiki ke dalam hati manusia bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat..Aminnnnnn..bab menate tu kira sedeqah ko dio lah hehehe...

usin said...

kalau x memikirkan org tua ni warga emas, lama dh aku carutkan....

Anonymous said...

bodoh. kalau sama-sama main laga ayam tak payah nak bersumpah masuk TV...dah tentu berkait dgn bab zina...BODOH MACAM ANJING LA KAU NI

Anonymous said...

..jangan salahkan Tok Guru yg mursyid tu. Dia tidak akan bercakap perkara yg karut marut.Apa lagi untuk membuat tuduhan melulu dan fitnah. Semasa kejadian perzinaan itu berlaku dia sendiri ada ditempat kejadian dan dia tidak nampak Anuwar berada disitu. Datuk Eskey juga ada beritahu dia bahawa dia telah diarah oleh Mahadir dan UMNO untuk pasang alat perakam video tersebut bagi mengenakan Anuwar. Kalau dia tidak ada disitu pada masakan itu masakan dia tahu apa yg dia cakap tu...

..harap semua orang puas hati dgn penjelasan ini, dan jangan tuduh Tok Guru kita cakap merapu dan buat fitnah....

Kajol

Bila Kak Su Bersuara... Heh!