Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, May 5, 2011

Run Anwar..Run...You can run but you cannot hide..!!!


Cerita yang pernah aku dengar dulu mengatakan anwar memiliki green card dan green card itu di perolehinya dari al gore ketika mamat tu dulu jadi naib persiden amerika, perlu di ingat, green card anwar tu masih valid sehingga sekarang, itu cerita yang aku dengar lima tahun dulu.

Tapi dalam keadaan sekarang ni tak terkejut sekiranya cerita pasal green card anwar tu adalah cerita betul, anwar kini menunggu masa sahaja untuk lari keluar negara, dalam keadaan dia yang makin tertekan sekarang ni, aku yakin dia pasti gunakan green card yang diberikan oleh al gore tu untuk dia menetap di amerika tampa ganguan dan merancang untuk menghuru-harakan negara dari luar.

Petunjuk yang anwar akan lari keluar negara ni juga di sebut oleh bekas naib ketua pemuda parti keadilan nasional, zahid mat arip, kata zahid, tidak mustahil anwar akan akan lari ke luar negara dalam keadaan dia tertekan sekarang ini, sejarah dah buktikan macam mana taksin yang lari ke luar negara boleh menghuru-harakan thailand melalui pengikut fanatiknya.

Anwar pernah lari bersembunyi di kedutaan turki dulu kerana dia kata ada orang nak bunuh dia, wal hal tak de sape pun yang kelapaq nak bunuh dia, tapi penyokong fanatiknya percaya bulat-bulat cerita bodoh tu, jangan terkejut kalau sekali dia gunakan alasan ada orang nak bunuh dia sebagai tiket untuk dia lari ke US.

Sumber: DET

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!