Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, May 18, 2011

Ramai betul rakyat yang sayangkan Tun M..!!! Ya Allah, sembuhkanlah segera Tun M...

Waaah..!!! Mamat ni suka dengar bacaan Al-Quran...berkupiah lebai bagai...tapi cuba lihat "bahasa"nya di bawah...indah macam "bahasa Al-Quran" tak?



Waaahhh..!!! Ramai betul blogger-blogger pro BN yang sayangkan Tun M. Sejak berita Tun M mendapat rawatan di IJN pagi tadi, dan kemudiannya "didoakan puak-puak pakatan haram" supaya beliau segera mati, tidak putus-putus blogger pro BN menghentam sikap mazmumah yang ditunjukkan oleh mereka-mereka yang tidak tahu erti adab dan akhlak itu.

Untuk mengikuti apa kes yang dihentam oleh blogger-blogger pro BN, "prima facie"nya ada di SINI.

Saya juga sayangkan Tun M sebagaimana rakan-rakan yang lain. Dan di atas rasa sedih dengan musibah yang menimpa Tun M ekoran masalah kesihatannya itu, saya berdoa agar beliau segera sembuh dan kembali sihat ceria sebagaimana selalu. Melalui sumber di IJN, saya difahamkan bahawa keadaan Tun M stabil dan tidak membimbangkan.

Namun, apa yang kesalkan ialah sifat mazmumah atau sifat keji yang ditunjukkan oleh puak-puak pakatan haram ini. Berdasarkan apa yang didedahkan oleh blogger 153, saya percaya, mereka ini merupakan penyokong PAS dan PKR...

Pada saya, meskipun kita tidak suka pada seorang muslim itu, tidak sewajarnya kita mendoakan yang buruk-buruk buatnya. Saya sendiri, ketika mana Nik Aziz sakit dan muntah darah, saya mendoakan agar dia sihat kembali. Malah saya tegur rakan-rakan saya yang mendoakan Nik Aziz terus "padam".

Bukanlah saya mahu puak-puak PAS dan PKR yang mendoakan agar Tun M mati ini agar mencontohi akhlak saya. Saya cuma ingin menyeru agar mereka bersifat mahmudah dan memiliki "akhlak mengikut lunas Islam" sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Saya melihat, salah seorang dari mereka belajar di MRSM dan lulusan Al-Azhar, malah ada yang berkupiah lebai bagai. Seolah-olah imej mereka itu benar-benar Islam. Namun, kalam yang mereka ucapkan di FB mereka itu, tidak menunjukkan imej Islam yang sebenar.

Siapa yang bersalah dalam hal ini? Apakah mak bapak budak-budak ini "kurang ajar" anak-anak mereka ini? Atau sememangnya mereka ini "kurang ajar" sejak dilahirkan lagi? Atau mereka ini dipengaruhi sentimen politik pembangkang yang "kurang ajar"?

Entahlah. Saya kurang pasti. Namun, saya ingin tegaskan di sini bahawa ajaran Rasulullah SAW tidak begini. Moral budaya keMelayuan juga tidak mengajar begini. Ini semua budaya songsang ajaran pelampau PAS dan PKR. Harap mereka berubah dan berhijrah kepada yang lebih baik. Semoga insaf dan sedar kesilapan mereka ini...

Wallahu'alam.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!