Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, May 31, 2011

Panasss..!!! TNB cuba sabotaj Kerajaan..???


Saya kira, ramai yang sudah termakan dengan niat kurang elok beberapa media internet yang cuba menggambarkan Kerajaan sebagai zalim dan tidak bertimbangrasa, kononnya Kerajaan bertanggungjawab dengan kenaikan tarif elektrik.

Memang benar ada kenaikan sebanyak 7.2%, namun, tahukah anda tentang "perkara besar" yang sengaja disembunyikan di sebalik kenaikan tarif elektrik ini? Sepatutnya, "perkara besar" ini yang didedahkan, namun tak ramai yang tahu.

Sebagai seorang yang berada di dalam sidang media mengenai pengumuman ini, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara besar yang di"rahsia" oleh media pro-pembangkang ini...

Tahukah anda bahawa boleh dikatakan tidak ada kenaikan harga tarif elektrik langsung bagi 75% rakyat Malaysia? Sebenarnya, hanya pengguna yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sahaja yang akan terbabit dengan kenaikan harga tarif elektrik yang baru ini. Itu pun hanya 7% sahaja.

Kebanyakan rakyat menggunakan elektrik tidak melebihi 300 kWj atau pada anggara bil RM77 sebulan. Maknanya, pada sesiapa yang bil elektrik bulanannya melebihin RM77 saja yang akan dikenakan kenaikan tarif, yang bil elektrik bulanannya dibawah RM77 tidak ada sebarang kenaikan pun.

Mengikut rekod kajian pula, seramai 25% rakyat domestik saja yang menggunakan lebih dari RM77 sebulan, itupun kerana mereka terlibat dengan penggunaan elektrik indutri, komersial dan perniagaan. Mereka ini saja yang terpaksa menghadapi kenaikan tarif elektrik, itupun pada kadar minimum.

Bagi bil elektrik bulanan RM85, dianggarkan hanya akan naik dalam RM1 ke RM2 saja. Membebankan ke kenaikan tarif elektrik kali ini? Pada saya, ia tidak membebankan pun kerana bil elektrik bulanan saya hanya sekitar RM50 sebulan saja, maknanya saya tidak akan terlibat dengan kadar tarif elektrik yang baru ini.

Pada pandangan saya, kenaikan kadar tarif elektrik ini berpunca dari "ketamakan" TNB yang mengalihkan bebannya untuk ditanggung rakyat. Mereka untung berbilion-bilion setahun. Seharusnya, sebagai GLC negara, TNB harus mendahulukan rakyat dan TNB wajar meng"absorb" bebanan tersebut!

Mengapa TNB tidak boleh bertolak ansur dengan Kerajaan yang membayar subsidi kepadanya? Tidak bolehkah TNB berkorban sedikit supaya tidak membebankan Kerajaan dan seterusnya membebankan rakyat? Mengapa TNB tidak punya semangat mendahulukan rakyat sebagaimana gesaan Kerajaan sedangkan TNB juga merupakan sebuah "syarikat ciptaan Kerajaan" sendiri? TNB nak sabotaj Kerajaan, kah?

TNB bukan syarikat persendirian milik Khalib. TNB dibawah Kerajaan dan sepatutnya membantu Kerajaan yang mendahulukan rakyat. Saya difahamkan bahawa pihak Kerajaan ada berbincang dengan TNB dan berdebat besar dengan TNB mengenai perkara ini. Kerajaan mempertahankan tarif lama dan TNB mahukan kenaikan kadar tarif.

Dan hasilnya, Kerajaan berjaya mengekalkan tarif elektrik untuk 75% rakyat yang menggunakan perkhidmatan dari TNB ini. Syabas saya ucapkan pada Kerajaan yang berjaya mempertahankan majoriti rakyat Malaysia dari ketamakan TNB!

Pada saya, TNB seharusnya mencari jalan lain untuk mencari sumber kewangan lain dari terus membebankan rakyat. Berdikarilah sikit macam Petronas yang tidak pernah membebankan Kerajaan tu. TNB bukan saja selalu bebankan Kerajaan, rakyat pun terbeban sama! Macam ni ke handle GLC Kerajaan? Poddah la Khalib...resign je la!

5 comments:

Kasim Awang said...

Saya cadang kita semua kempen supaya PERKASA didaftarkan sebagai parti politik lepas tu kita seru semua orang-orang Melayu undi perkasa. Biarkan Najib dan barisan kabinetnya jatuh. Masalah sekarang kita tiada parti altenatif yang boleh ganti UMNO. Harapkan PAS jauh sekali la. Jika PERKASA ada dalam kabinet, saya rasa mereka faham kesusahan rakyat. Saya pun dah meluat dengan Najib sebab dia tadbir negara secara koporat (dengan mengambil Idris Jala sebagai .....). Najib sepatutnya ada jiwa rakyat. Yang saya nampak Najib ada jiwa berniaga.

Anonymous said...

Salam Duke of UMNO,

Saya sudah pencen kerja sendiri umur sudah 66 tahun. Pendapatan saya sekarang lebihkurang RM 1200.00 termasuk hasil dari rumah yang diberi sewa. Saya mempunyai saorang anak perempuan yang bekerja disabuah kilang swasta dengan bayaran RM 700.00 sebulan. Isteri saya sakit kencing manis tahap merbahaya serkarang sedang menjalani haemodylisis dengan bayaran RM 160.00 sekali rawatan dan kena buat 3 kali seminggu.

Dirumah sewa ( RM 300.00 sebulan ) saya membayar bil letrik lebihkurang RM 125.00 sebulan, kerana ada satu unit hawa dingin terpakai yang dipasang kerana isteri tidak tahan cuaca panas yang melanda MALAYSIA sejak beberapa tahun dahulu, terutama diantara jam 12.00tengah hari hingga ke 5.00 petang.

Standard kegunaan letrik sekarang kalau bawah daripada RM 77.00 sebulan itu memanglah untuk keluarga sangat daif. Dalam sesabuah rumah yang mempunyai keluarga biasa katakan dengan 5 orang anak yang bersekolah, mempunyai sebuah mesin basuh, sebuah peti TV, satu strika (Iron )
sebuah peti sejuk, 3 kipas angin yang berfunsi 18 jam sehari, atau sekurang-kurangnya sebuah periuk nasi letrik, dan beberapa gajet yang menggunakan letrik, saya anggarkan kegunaan letrik melebihi RM 77.00 sebulan ( Jangan bandingkan dengan zaman 90han )

Jadi, mana ada 25% rakyat domestik yang menggunakan 300KWj sebulan? Kenaikan tarif letrik memang membenankan rakyat. Saya adalah ahli UMNO tegar, tetapi jikalau kerajaan BN tidak perihatin lagi dengan keadaan sekarang, Kerajaan akan menerima nasib sama saperti PRU 12.

Anonymous said...

PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, RAKYAT DIDAHULUKAN. SILAP, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUATAMAKAN. MAJU NEGARAKU MAJU!!

Anonymous said...

KALAU NAK UNTUNG LAGI, TU HAH KILANG2/ RUMAH2 SETINGGAN YG BUAT PENYAMBUNGAN HARAM KENA HAPUSKAN.
YG TERANG2 BERSALAH HENDAKLAH DIDENDA CUKUP2 UTK COVER BALIK APA2 YG PERLU.
JGNLAH DISUSAHKAN PENGGUNA YG BERDISIPLIN DAN MEMATUHI UNDANG2!!!

Anonymous said...

kerajaan masih tidak sedar yang staf TNB tu semuanya pro pembangkang.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!