Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, May 30, 2011

Panasss..!!! Pemilihan PAS 2011 & Demokrasi Zombie Kg Pisang..!!!


Semua sedia maklum, pemilihan PAS bakal berlangsung tak lama lagi, kalau takde aral minggu depanlah katanya. Satu keputusan yang tak berapa penting sudah diketahui – Presiden PAS menang tanpa bertanding. Kenapa kita kata tak berapa penting? Sebab, walaupun namanya Presiden, dia bukan ‘nakhoda kapal’ pun.

Itu yang buat kita tak faham apa yang gegak gempita sangat pasal pemilihan PAS setiap 3 tahun sekali ini, kokok dan sorak macam mana sekalipun, situasinya tidak berbeza langsung dengan situasi sama yang berlaku dalam PKR – ketua sebenar tidak dipilih secara demokrasi.

Hakikat yang sebenar, pemilihan ini hanya nak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) saja, kalau tak buat kang parti kena haramkan pulak sebab tak ikut peraturan dan perlembagaan yang telah ditetapkan. Bila itu berlaku, pihak yang akan disalahkan ialah UMNO, macam kes PKR sekarangla.

Apa tujuan setiap parti politik berdaftar mengadakan pemilihan setiap beberapa tahun sekali (selain menepati peraturan ROS)? Tujuannya untuk membolehkan ahli parti menunaikan hak mereka memilih kepimpinan tertinggi parti, maksudnya dari yang paling tinggi sampai yang paling kodi.

Itu baru boleh kita kata demokrasi, contoh paling baik UMNO, MCA, MIC dan semua parti dalam BN.

Kalau pilih yang kedua tinggi dan kebawah saja, sedangkan yang paling berkuasa terlepas dari sebarang apa jenis pemilihan till death do us apart, itu demokrasi style mana pulak? Atau nak bandingkan dengan zaman Nabi? Nabi sama ke dengan Nik Aziz?

Dah lama dah benda ni berlaku iatu sejak revolusi Iran mengubah landskap kepimpinan PAS pada 1979 tapi entah kenapa tiada siapa di dalam PAS yang berani nak mempersoalkan kedudukkan Nik Aziz atau Mursyidul Am for that matter.

Sekurang-kurangnya PKR yang memiliki amalan kepimpinan yang sama, ada juga suara dari dalam partinya yang menyuarakan soal ini (jawatan Ketua Umum dipertandingkan). Walaupun cadangan itu dibakul sampah tanpa sempat dibahaskan, sekurang-kurangnya ada jugaklah.

Tapi dalam PAS langsung tak ada.

Apa gunanya perwakilan berbahas dan mengundi dalam pemilihan PAS kalau undian mereka itu tidak membawa sebarang kesan kepada polisi dan dasar parti yng dibahaskan tadi. PAS bukanlah parti yang sempurna pun dan memerlukan perubahan yang berterusan tapi macam mana perubahan nak berlaku kalau hanya satu orang yang buat semua keputusan

Presiden nak perpaduan, mursyidul taknak, tak jadi juga.

So, Hadi Awang laung macam mana pun, gambarkan macam mana pun bagi nak menunjukkan yang PAS ini mengamalkan demokrasi yang sebenar, situasi sebenanya tidak langsung mendekati itu.

Nak kata demokrasi dalam PAS dah mati, tapi macam hidup, nak kata hidup tapi macam mati. Yang hidup tak mati pun tak ni zombie je.

Sumber: MyKMU.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!