Sunday, May 15, 2011

Panasss..!!! Jika benar Azmin, PKR dan AMK anak jantan, Islam, sahut cabaran saya...!!!


Memang mengundang nahas..!!! Memang hebat bila AMK bercakap besar. Terbaru, AMK Selangor begitu mendabik dada apabila mereka mengumumkan bahawa mereka sudah bersedia untuk menawan 20 DUN milik BN. Sekiranya kesemua 20 DUN ini ditawan, maka ini bermakna BN tidak akan memiliki sebarang kerusi di dalam DUN Selangor selepas PRU13 nanti.

Hebat betul bunyinya. Kuat betul bunyinya. Macam meriam buluh, bunyinya saja yang kuat, tapi isinya kosong! Betul ke AMK mampu tawan 20 kerusi DUN milik BN? Dah bersedia? Betul ke ni? Kalau dicabar bubar DUN Selangor, boleh ke AMK jamin bolot semua DUN-DUN BN tu?

Bunyi macam kelakar pun ada jugak. Macam "syok sendiri" pula dengar apa yag AMK dakwa di SINI. Bukan setakat confident menang, malah nak tawan pula baki kerusi yang BN pegang! Biarlah realistik sikit bila berkata-kata. Lelaki berpegang pada kata-kata. Lelaki yang tidak berpegang pada kata-kata itu bacul dan pondan sifatnya...

Bukan setakat itu saja, "madu" Anwar, si Azmin Ali pun sudah tahu bahawa Pakatan Haram mampu menawan Putrajaya sekiranya PRU13 berlangsung pada bulan ini. Sila rujuk di SINI. Mungkin semalam dia dah pergi bertilik pada tok nujum Anwar di Siam barangkali sehingga yakin mampu menang sebegitu.

Baiklah. Bagai dikata AMK Selangor, mereka yakin menang dan sudah bersiap sedia tawan baki 20 DUN milik BN di Selangor. Tak payah sebut pasal Putrajaya dulu kerana Pakatan Haram itu tidak punya kuasa nak bubar Parlimen. Kita cakap pasal DUN Selangor dahulu. Jika benar, saya cabar AMK dan PKR supaya Khalid Ibrahim bubarkan DUN Selangor dalam minggu ini juga!

Saya bagi tempoh seminggu (7 hari) pada AMK dan PKR untuk bubar DUN Selangor. Itupun jika benar mereka yakin menang dan mampu tawan 20 DUN milik BN. Itupun jika mereka benar anak jantan, ada "teloq" dan berani membuktikan bahawa mereka tidak hanya bercakap besar. Itu pun jika benar Azmin tidak "bermadu" dengan Anwar..!!!

Sila bubar DUN Selangor! Kita tengok siapa menang! Kita lihat siapa yang bakal tumbang! PKR ada kuasa untuk bubar DUN Selangor. Saya tak mencabar Kerajaan pakatan haram Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kerana PKR tidak berkuasa di sana. Bubarkan DUN Selangor segera dalam tempoh 7 hari..!!!

1 comment:

Anonymous said...

beranikah Lady GAGAP aka MB slgr nak bubarkan DUN?rasanya khalid sekarang pun dah runsing PRU dpt menang besar tau malu besar.Kalau tidak silap ada terbaca bahawa pakatan tidak akan bubar DUN sekiranya PM bubar Parlimen masa sekarang,sebab apa?sebabnya nak bolot2 harta negeri dulu sampai habis kalau kalahpun dah dpt byk habuan serta yang paling utama tidak keyakinan rakyat di negeri pakatan tidak akan mengundi mereka lagi

Bila Kak Su Bersuara... Heh!