Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, May 31, 2011

Panasss..!!! Air Asia beri sokongan kewangan pada Pakatan Haram..!!!


Siapa tak kenal dengan Malaysiakini, sebuah portal yang sememangnya sah penyokong pakatan haram. Berita-beritanya begitu hebat memutar belit setiap kata pemimpin BN, terutamanya UMNO. Raja spin pro-pembangkang ini memang suka mempolitikkan setiap isu atau berita semasa, tanpa rasa jemu, rasa bersalah mahupun bertanggungjawab.

Cuba layari laman web Malaysiakini, berita utamanya jelas sekali merupakan "spin" pro-pembangkangyang dilakukan supaya dilihat kontroversi dan bersifat menyerang Kerajaan. Memang negara ini mengamalkan kebebasan bersuara, namun putar alamnya itu dengan mudah dapat dikesan sebagai tali barut pembangkang!

Persoalannya, siapakah yang menyumbang dana untuk portal putar alam tersebut? Dikhabarkan bahawa dana utamanya ialah dari sebuah "konrad" yang pro-yahudi! Namun, kesahihannya masih lagi disiasat. Dan yang mengejutkan Air Asia turut menyokong portal pembangkang ini!

Mengapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana Air Asia turut subscribe ruangan iklan di situ! Saya tahu, sekiranya dipersoalkan mengenai perkara ini, tentunya jawapan standard akan diberikan iaitu "it's just business!" dan Malaysiakini mempunyai hit yang tinggi, bukan?

Namun, itu hanyalah alasan! Dengan meletakkan iklan di situ, secara tak langsung, Air Asia menyumbang dana kepada laman web pro-pembangkang. Itukah balasan Air Asia terhadap Kerajaan setelah diberikan pelbagai keistimewaan? Kadangkala, keistimewaan yang diberikan itu melebihi pada apa yang diberi kepada MAS!

Ternyata jelas, Air Asia adalah salah satu penyumbang kepada pembangkang! Apa tindakan yang wajar dilakukan terhadap Air Asia - Tony Fernandez ini?

7 comments:

Anonymous said...

patut kasi warning pada dia. Jangan bagi muka sangat..

Anonymous said...

tak menghairankan, kerana Tony Fernandez seperti Kalimullah adalah orang KJ. dan KJ pulak mempunyai matlamat sama macam kaki seks tu. kalau sikaki seks tu ke Sg Buloh, si kitol akan teruskan agenda tersembunyinya utk ke Putrajaya.

whiteorange said...

Kalau gitu Air Asia ni celako la yo??

Tapi MAS sepuloh kali celako, tambang mahal tapi asyik rugi!!!!

Setidak tidaknya orang kampong macam aku meraso naik kapa terobang kerana polisi AirAsia.

Bab AirAsia nak sokong pembangkang tu, aku serah kek UMNO @ BN lah sebab dorang ni yang punya kuasa!! tak dapek den nak tolong, yang penting den nak makan angin dengan tambang murah....

Anonymous said...

Dah muak dgn WARNING AMARAN ... tak de kesan nye.

Mintak je AirAsia jelaskan hutang dgn MAB ... pastikan mereka bayar income tax backpay dari mula penubuhan

Anonymous said...

Bagus la... kalau nk banyak iklan kuatkan blog dengan fakta. baru betul.. bukan dengan fitnah! Tahniah Malaysiakini!!! Sumber berita alternatif yang semakin dipercayai...

Anonymous said...

Kita ramai-ramai PULAU AIRASIA jangan sapa naik baru dia rasa...kita pakat ramai-ramai naik FIREFLY tambang lagi murah dan kelas lagi...sekarang pun AIRASIA ni da mula cekik darah penumpang yang bawa luggage lebih RM15KG bayangkan kalau terlebih 4KG..kalau naik sekeluarga 20-30KG cuba kita kira berapa lagi kena bayar lain lagi yuran nak check in lugage...kat Firefly bayar RM38 dapat luggage 20KG dan minum lagi.. Si TONI tu da naik tocang kira sebelah rakyat Malaysia. Sekor lagi yang tidak mengenang budi..Ayuh..kita kempen naik firefly..sekarang terbang KL-KK,KL-KUCHING,JB-KK etc.. sekian dari cucu - cucu bekas polis Bukit Kepong.

Kamal Sanusi said...

Every businessman want his business to profit & expend. I cannot recall any businessman wants his business to collapse/loss.

To ensure their business survival, they have to do a publicity/advertisement or marketing to ensure all their promotions/info reach as many people as possible.

To do so, they need to advertise in any media which has the highest hit (readers) otherwise they are wasting monies/time in advertising in the media with lowest hit (readers).

Either the media belong to pro-PR or pro-BN, it doesn't matter because we/they are more concern the profitability of the company so that the staff can earn a living

Bila Kak Su Bersuara... Heh!