Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, May 8, 2011

Makluman Terkini..! Tun Siti Hasmah gering...


Untuk makluman semua, Bonda Tun Siti Hasmah telah dikejarkan ke hospital sejurus tiba dari Kota Kinabalu pagi tadi.

Tun M bagi tahu tadi bahawa isterinya ada masalah sikit dengan lutut beliau dan telah dihantar ke hospital yang dirahsiakan. Keadaan Bonda Siti Hasmah masih belum dipastikan lagi. Namun menurut Tun M, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan...

Kawan-kawan semua, sama-samalah kita doakan Bonda Tun Siti Hasmah agar segera sembuh dari sakitnya. Tidak lupa, doakan sekali semoga ayahanda Tun M suami isteri agar panjang umur, beroleh ketenangan dan aman bahagia dunia dan akhirat...aminnn...

6 comments:

Anonymous said...

apara ko ni...gering tu bunyinya seolah2 teruk sangat keadaannya...bikin suspens jer...iuk iuk iuk

Anonymous said...

ntahnya..buat terkojut den..

Anonymous said...

sakit lutut jela bedol!haih!gering tu biasa org guna utk tahap terlantar atas katil

Bingai @ Bangang said...

jangan guna terma-terma bombastic aaa....
buat risau orang jer.
semoga THS segera sihat walafiat. ramai lagi rakyat yang ingin bertemu.

Anonymous said...

Semoga Tun Siti segera sembuh ....Amin.

DukeOfUMNO said...

Sorry la kalau korang tersilap faham. Pada saya, sekiranya terpaksa dikejarkan ke hospital, maknanya beliau dalam bahaya dan tidak sihat..apatah lagi hari ini adalah hari ibu dan Tun Siti Hasmah sudah berumur untuk ditermakan sebagai "kurang sihat"...Saya susah hati...melihat beliau sakit..beliau seolah-olah ibu saya...

Bagaimanapun, saya mohon maaf sekiranya kita berlainan terma mengenai perkataan "gering"...harap maklum

Bila Kak Su Bersuara... Heh!