Monday, May 2, 2011

Jawapan kepada "Anon" yang menyalak di "shout box" blog saya, ini jawapannya...


Kepada yang menyalak di "shout box" saya...ini jawapan saya mengenai pertikaian yang ditimbulkan...

1. SANGAT BESAR BEZANYA di antara menuduh seorang muslim itu berzina dan menuduh "lelaki yang bertuala putih" itu adalah si polan bin si polan.

Menuduh seorang muslim berzina adalah sangat berat tuduhan itu di mana si penuduhnya mestilah membawa "empat saksi adil, tidak fasiq dan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk". Saksi-saksi tersebut pula mestilah menyatakan bahawa mereka dengan jelas telah melihat perlakuan yang tepat sebagaimana "cincin yang disarungkan jari", faham?

Memandangkan Eskay tidak melihat pun kejadian seperti itu, dia tidak punya sebarang saksi sebagaimana yang disyaratkan, dan dia hanya ada fakta berdasarkan pengalamannya bersama Anwar ketika berpoya-poya dan rakaman video tersebut, maka mungkin kerana itu dia tidak menuduh Anwar melakukan zina. Faham setakat ini?

Mungkin disebabkan itulah maka dia hanya mendakwa bahawa "lelaki yang bertuala putih" itu adalah Anwar. Berdasarkan rakaman video tersebut pun tidak ada seorang pun yang dapat membuktikan bahawa Anwar berzina kerana tidak kelihatan pun aktiviti sebagaimana "cincin yang dimasukkan jari ke lubangnya", faham? Faham ke tak faham ni?

Demikian itu, jelaslah mamat yang mintak saya jelaskan di shout box tersebut merupakan seorang yang kurang faham, kurang jelas dan tidak tahu tentang hukum hakam Islam. Tolonglah jangan menunjukkan kebodohan dan kerendahan IQ anda di sini.

2. Sememangnya mendedahkan keaiban muslim lain itu menjadi satu dosa menurut Islam. Malah menurut undang-undang pun dia bersalah juga. Sebab itulah "idola si tukang menyalak di shout box" saya buat laporan polis dan Datuk T akan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan mengikut lunas undang-undang sedia ada.

Eskay bersumpah di masjid semata-mata untuk menjaga kreadibilitinya sebagai individu yang benar dan menyatakan perkara yang benar tentang apa yang didedahkannya. Itu tujuannya. Salahkah dia mempertahankan kreadibilitinya? Mengapa kreadibiliti Anwar saja yang perlu dijaga? Orang lain tak perlu jaga kreadibilitinya, kah?

Pada saya, perkara ini tidak timbul sekiranya Anwar menyelesaikan tuduhan ini dengan sumpah balas. Dengan bersumpah balas, Anwar bukan saja menyerahkan kes ini kepada Allah yang Maha Adil dan keadilanNya tidak perlu dipertikai, Anwar juga akan menghentikan spekulasi dan syak buruk rakyat Malaysia terhadapnya, sekaligus membersihkan namanya.

Cuma, saya berpesan, kalau Anwar rasa dia tidak berada di kedudukan yang tidak benar, iaitu "memang dia lelaki bertuala putih itu", maka tak payahlah bersumpah. Buruk padahnya..!!! So, sebelum dia bersumpah, baik fikir berjuta kali.

p/s: Terima kasih kepada penyokong peliwat yang menyalak di shout box saya kerana membuktikan bahawa penyokong peliwat sememangnya bengap, tidak berilmu, dangkal dan rendah IQ. Thanks..

5 comments:

Anonymous said...

tulah.sy smpai skrg xfhm knape ade lagi manusia yg buta akal dan hati.sy geram yg amat.PKR lgsg xmmbntu ekonomi ataupun ketenteraman negara.makin xstabil dibuatnya.tolonglah.mereka ni sume sy anggap tak ada NUR dlm diri.sekian.

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam Bro.
Inilah perangai mangkuk mangkuk ayun yang rasa diri mereka bijak.Nak cakap pasal hukum hakam tapi initipati sumpah laknat Datuk Eskay pun diaorang tak faham dan teliti.

Agaknya bro..diaorang ini beranak je dari perut ibu perkataan yang pertama keluar dari mulut mereka ialah Qazaf.

Tu yang terpekik terlolong Qazaf,Qazaf,Qazaf dalam masjid.

Sekolahkan diaorang ini bro..

aku je said...

apakala mereka telah menyerahkan segala-galanya kepada Allah, dgn berdoa, bersolat hajat dan tidak pula disusuli dgn tawakkal.

Kemudian selepas itu mereka meneruskan caci maki, sumpah seranah dan berbagai kata-kata yg keji, apakah mereka telah tergolong dalam hambaNya yg tidak meredhai qada' dan qadar Allah?

Sebenarnya apa perlunya caci maki dgn kata-kata yg sungguh keji. Lupakah mereka bahawa perkara2 yg diucapkan itu boleh berbalik semula kepada mereka jika mereka di pihak yg salah? Adakah mereka yakin mengetahui segala-galanya?

Sbb saya dan juga sekelian mereka itu hanyalah manusia biasa, sbb itulah Allah wujudkan taubat dan rasa insaf yg terbit dari hati.

Itu lah yg terjadi kepada sekian banyak umat manusia yg mengagungi Anwar pada 1998, berdemonstrasi pagi petang siang malam hingga ada yang sanggup masuk jel kerana mempertahan seorg manusia - Anwar Ibrahim.

Hari ini? Sungguh ramai yg memeranginya termasuklah kawan-kawan karibnya.

Apa tidak mungkinkah sedara sedari yang terus menerus memaki hamun akan juga menjadi seperti mereka dgn kesal yg tak sudah.

Saya hanya memerhati dari jauh. Apabila sampai waktu mengundi, saya pergi menunaikan tanggungjawab. Tak perlu maki hamun atau sumpah seranah. Kerana saya tahu dan faham Allah Maha Adil. Noktah.

Wau Janak said...

Betul!

mk said...

Apa apa pun Kes ini dah diseahkan Kepada Allah...untuk KeadilanNYA.
Eskay dengan hak sumpahnya.
Anwar dengan Solat hajat beramainya..itu hak dia.
Rakyat dalam diam pun solat hajat dan bermunajat untuk Kebenaran dan KeadilanNYA.
Janganlah kita tak Yakin Kebesaran dan Kekuasaan Allah .Dia Maha Adi dan Maha Mengentahui apa yang dah berlaku dan akan berlaku.
Ingatlah...apa apa komen...disudut benar atau tidak..cara betul atau tidak..patut atau tidak ..Tak nak pakai Allah tapi pakai mesin kesan bohonglah....semua ini adalah penanda tahap Iman kita atau mungkin Yard stick untuk tahu tahap kejahilan?..murtad kot

Sama sama lah kita pelihara diri masing masing .... itu yang lebih afdal .

Bila Kak Su Bersuara... Heh!