Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, May 8, 2011

Islam terancam: Wajarkah umat Islam bersatu? Atau politik lebih mulia dari Islam..???


Kecoh di dada akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan tajuk utama “Kristian agama rasmi?”. Dilaporkan bahawa sebuah perjumpaan telah dianjurkan oleh DAP Jelutong yang menjemput ketua-ketua paderi Krsitian dari seluruh Malaysia ke majlis tersebut. Ahli Parlimen DAP, Jeff Oii, juga dikatakan hadir dalam majlis itu.

Menurut sumber, perjumpaan secara tertutup pihak Kristian Malaysia itu telah mencapai resolusi di mana mereka sepakat menggariskan, sekiranya pakatan haram berjaya memenangi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 kelak, maka mereka mahu “Kristian dinobatkan sebagai agama rasmi negara” dan “Perdana Menteri mestilah dipilih dari golongan beragama Kristian”! Sedap bunyinya?

Nampaknya, DAP mempunyai “agenda tersembunyi” di sebalik perjuangan politik mereka. Kalau sebelum ini kita hanya dihidangkan dengan slogan “Malaysian Malaysia” yang akan menafikan seluruh hak keistimewaan Melayu di Tanah Melayu ini, kini DAP lebih berani untuk cuba menafikan hak dan keistimewaan Islam di negara ini pula!

Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Beberapa pihak dan NGO telah pun mengambil tindakan membuat laporan polis terhadap dakwaan cerita ini dan bersumberkan dari blog-blog pro-kerajaan. Kita tunggu apa KDN akan buat. Apakah KDN akan memberikan “amaran”, “amaran kurang keras”, “amaran keras”, “amaran separa keras”, “amaran sangat keras” atau “amaran paling keras”. Itu kena tanya Menteri KDN!

Selanjutnya, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang menganjurkan perhimpunan terbesar pertubuhan-pertubuhan Islam dari seluruh negara sudah menyenaraikan beberapa perkara yang dikatakan cuba dilakukan pihak Kristian untuk menggugat hak dan keistimewaan Islam di negara ini.

Antaranya ialah isu “murtad” yang kemudiannya dipolitikkan oleh DAP dan disokong oleh PAS dan PKR, isu kalimah “Allah” yang dipolitikkan dan dimahkamahkan oleh DAP serta disokong oleh Nik Aziz, Anwar dan Khalid Samad, dan isu “penerbitan Bible dalam Bahasa Melayu yang juga dipolitikkan DAP dan disokong penuh oleh PAS dan PKR pada pilihanraya Sarawak baru-baru ini”.

Pelik benar! PAS yang dahulunya merupakan sebuah parti yang sangat ekstrim mengenai Islam, tiba-tiba membuat “balik kuang 360 darjah” menyokong Kristian pula? Anwar yang dulunya dikenali sebagai “Pak Syiekh” dan ketua ABIM, tiba-tiba menyokong Kristian? Apakah kepentingan politik telah mengajar mereka untuk bertindak demikian? Berubah sungguh PAS setelah berkawan dengan “syaitan”!

Yang menjadi mangsanya sekarang ialah UMNO, petubuhan-pertubuhan Islam dan umat Islam di Malaysia sendiri. PAS dan PKR sudah menyebelahi Kristian sekarang, maka tinggallah kita yang kononnya bagi mereka “kurang Islam”, “kafir” dan sebagainya.

UMNO lah yang paling dibebankan. UMNO memegang tampuk pemerintahan. Sebarang dasarnya akan menentukan masa depan dan keharmonian negara ini. “Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak”, mungkin itu tindakan yang UMNO patut lakukan. Datuk Seri Jamil Khir Baharom harus mengambil tindakan drastik. DYMM Yang DiPertuan Agong harus dimaklumkan dan disampaikan berita mengenai perkembangan isu ini.

Pertubuhan-pertubuhan Islam di seluruh negara hendaklah mengambil tindakan pro-aktif bagi menangani isu ini dengan bijak. Memandangkan perkara ini adalah perkara sensitif di negara berbilang agama dan kaum ini, maka sebarang tindakan haruslah dikaji sebaik mungkin untuk mengelak perkara yang tidak diingini. Kita bukan seperti Sam Ketot yang tak reti fikir adab dan sopan dalam masjid! Kita ada akal yang dikurniakan Allah untuk berfikir dan menyelesaikan kemelut dengan cara berkhikmah. Perhimpunan baru-baru ini adalah tindakan permulaan yang sangat baik!

Umat Islam pula perlu bersatu. Tak mengira fahaman politik, sama ada Islam UMNO, PAS, PKR mahupun DAP, haruslah bersatu padu untuk menangani perkara ini. Allah dan Islam tidak mengenal UMNO, PAS, PKR atau DAP. Yang “dilihat” Allah ialah iman dan taqwa seseorang hambanya, bukan parti politiknya! Justeru itu, bersatulah kita di dalam ukhuwwah yang utuh dan gagah bagi melawan “agenda penghinaan Islam” yang diketuai oleh pihak Kristian, DAP, PKR dan PAS ini.

Kita buat yang terbaik. Kita ada undang-undang dan hukum hakam Islam. Apa saja tindakan kita harus berpandukan Islam terlebih dahulu dan undang-undang sedia ada. Sekiranya mereka melampau juga, kita serahkan pada Allah, qadha’ dan qadarNya. Takbir..!!! Allahuakbar..!!!!! Asyhadu an la ilaha illAllah, wa anna Muhammadan Rasulullah…


Sumber: MyKMU.net

2 comments:

Anonymous said...

Hakikatnya Islam itu bersatu dan akan terus bersatu yang haru nie orang2 Melayu yang semakin jauh dari landasan Islam sebenar.

Satu dari faktor kejadian ini ialah disebabkan kelemahan orang2 yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan oleh rakyat tidak mempertahankan Islam sewajarnya[i.e.fahaman Islam yang bertentangan dengan Negara dulu haram kini bebas diamalkan,dll]malah lebih menggunakan pendekatan kafir dalam menjelaskan masaalah Islam dari AQ sendiri..berlembut sehingga Islam diinjak2 oleh penganutnya sendiri dan memberi ruang yang luas utk kafir2 menjahanamkan Islam dalam erti kata sebenar..mengelncirka umat.Ditambah dengan talibarut dan pemuka2 Islam yang memutar belitkan agama itu sendiri sehingga dipertikaikan ummah.

Sebagai rakyat kita sekadar bertempik dan bersuara...kalau berlebihan nanti di cap pulak perusoh dan sebagainya.Kita masih menghormati undang2 dan haq kafir2 tu.Namun kesatuan umat Islam sememangnya menakutkan kafr2 nie..itulah yang diperkatakan oleh Allah dalam AQ lebih kurang gini maksudnya...'mereka nie takkan senang dan berpuashati selagi kita [umat Islam nie] tak mengikut cara mereka.'

So fikir2kan lah wahai bangsa Melayu ... jalan mana yang kita mahu.Islam bukan sekadar Jasmani sahaja dia berserta rohani.

wallahuwa'lam

Anonymous said...

AMARAN KERAS ialah AMARAN bagi JAMBU JAMBU dan CHINA DOLLS bila ANU GHAIRAH naik KERAS.....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!